Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Friday, September 3, 2010

Kejarlah Lailatul Qadar

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini bersamaan 24 Ramadhan 1431 Hijrah. Bulan Ramadhan telah pun memasuki fasa ke-3 dan hampir melabuhkan tirainya. Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita melaksanakan amalan-amalan kebaikan.

Pada 10 malam terakhir inilah, adanya satu malam yang lebih mulia daripada malam-malam yang lain, iaitu malam Lailatul Qadar. Rasulullah SAW mengajar kita supaya berusaha untuk mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir ini dan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti solat tahajjud, berzikir, membaca al-quran dan lain-lain lagi.



Hal ini kerana waktu malamlah kondisi dan kecerdasan otak kita dalam keadaan yang terbaik
. Semasa kita tidur, akan terjadinya proses pemulihan sel tubuh, penambahan kekuatan dan otak kita kembali berfungsi dengan baik. Jadi, tidak hairanlah ALLAH SWT menghendaki kita beribadat selepas bangun daripada tidur.

Apatah lagi, pada 10 malam terakhir ini. Umat Nabi Muhammad SAW mempunyai jangka hidup yang pendek. Tetapi dikurniakan malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan. Bukan senang untuk kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan ini yang terdapat didalamnya Lailatul Qadar. Mungkin Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita.

Jadi, sama-samalah kita berusaha mengejar Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir ini. Semoga ALLAH SWT mempertemukan kita dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini.

Aminn...ya robb.


Wallahualam.

Read More......

Sunday, July 11, 2010

Nikmat '600 kali ganda'


Bismillahirrahmanirrahim
...

Di dalam tubuh manusia, terdapat pelbagai sistem kompleks dan abstrak. Semua sistem tersebut penting dalam memastikan tubuh manusia menjalani proses kehidupan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Sistem pernafasan, sistem kardiovascular, sistem saraf, sistem peranakan dan beberapa lagi sistem lain. Dengan kesemua sistem inilah, manusia mampu melakukan segala tanggungjawab sebagai hamba yang hina kepada ALLAH swt dengan lancar.

Tapi perkara yang ingin difokuskan kali ini ialah sistem pencernaan ( digestive system ). Satu sistem yang berperanan dalam memproses segala makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh manusia. Apabila diproses dan dicerna, sampailah masa untuk diserap. Bahagian yang berperanan dalam penyerapan ini adalah usus kecil( paling utama ).

Subhanallah...ALLAH swt Maha Teliti dalam mencipta makhlukNYA. Disini, makanan yang melalui usus kecil akan diserap semaksimumnya. Hal ini kerana usus kecil mempunyai permukaan yang luas untuk proses penyerapan ini sebanyak 600 KALI. Bagaimanakah usus kecil didalam tubuh manusia mampu mencapai pergandaan tersebut?




( sila rujuk gambar diatas)

Faktor 1
- permukaan dalam usus kecil terdapat lengkukan bulat ( circular fold ). Berbanding permukaan yang rata, lengkukan lebih membantu dalam penyerapan ini sebanyak 3 kali.

Faktor 2
-
pada lengkukan itu pula, terdapat villi yang menyerupai jari-jemari dan meningkatkan luas permukaan sebanyak 10 kali.

Faktor 3
-pada villi, terdapat pula sel di sekelilingnya yang dikenali sebagai microvilli. Sel ini menyumbang sebanyak 20 kali .

Jika dihitung semua sekali 3x10x20 jumlahnya 600 kali ganda. Nilai yang terlalu tinggi. Bukan itu sahaja,malah jika 50% usus kecil dibuang( tidak termasuk bahagian hujung ileum ), penyerapan masih lagi boleh berlaku dengan baik.


Oleh itu, bersyukurlah setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH swt kerana telah menyediakan nikmat '600 kali ganda' ini tanpa disedari. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. Sesungguhnya hakikat syukur itu tiada penghujungnya...alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.
Read More......

Tuesday, July 6, 2010

Hikmah disebalik rotan



Adakah anda menggunakan rotan untuk mengajar anak anda? Jika perlu, saya akan menggunakan alat didikan tersebut. Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah berpesan supaya setiap ibubapa perlu mengajar anak-anak sembahyang semasa umur mereka 7 tahun. Sekiranya anak-anak tidak mahu sembahyang pada umur 10 tahun, Rasulullah SAW mengajar supaya pukul mereka dengan rotan dengan cara-cara yang yang telah ditetapkan dalam Islam.


Dalam ilmu Physiology(Fisiologi), kanak-kanak begitu mudah dalam mempelajari sesuatu. Jika ibubapa memukul( merotan) anak-anak, akan berlakunya learning process dalam otak mereka. Merotan atau dalam Physiologynya dikenali sebagai noxious stimulus (rangsangan sakit), akan mempercepatkan firing level urat saraf dalam otak untuk mudah belajar & memahami sesuatu perkara.





Subhanallah...Rasulullah SAW berpesan pada 1400 tahun yang lalu. Tetapi, para saintis baru menemuinya pada 20-30 tahun baru-baru ini. Hebatnya Islam. Maka banggalah anda menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Satu-satunya agama yang mulia disisi ALLAH SWT. Wallahualam...



Tambahan: Untuk pemahaman istilah secara lebih mendalam, boleh rujuk kepada pelajar perubatan. :)
Read More......

Sunday, June 20, 2010

Ohh...Palestinku

Bismillahirrahmannirrahim. Isu palestin...Satu isu yang besar dalam sejarah dunia umat Islam pada abad ini. Isu yang dikatakan masih belum ada penyelesaiannya sejak 1964 hingga kini. Saban hari, umat Islam tidak jemu disajikan dengan berita-berita tentang SAUDARA seislam di Palestin yang tersiar di dalam akhbar, televisyen mahupun internet. Angka korban meningkat dari hari ke hari atas kekejaman tentera-tentera Yahudi seolah-olah tiada titik noktahnya.Seluruh umat Islam di seluruh pelosok dunia cuba bangkit bagi menunjukkan kebencian terhadap perbuatan mereka.

Persoalannya, setakat manakah kesungguhan dalam diri umat Islam pada hari ini terhadap isu tersebut? Kadang-kadang selang beberapa hari setelah mendengar berita tentang Palestin, ada SEBAHAGIAN daripada umat Islam mula hilang sensitiviti dan tidak ambil cakna. Seolah-olah SAUDARA di Palestin sudah tiada apa-apa pertalian bagi mereka.

Jadi, mula saat ini umat Islam perlu cuba SEMAKSIMUM yang mungkin dalam menunjukkan kasih sayang kepada SAUDARA di Palestin. Banyak alternatif yang telah dilaksanakan. Ada sebahagiannya mampu membantu dengan hanya berdoa dan solat hajat. Ada juga sebahagian yang lain menggunakan kaedah mengutip sumbangan terhadap Palestin. Malah, ada yang menubuhkan group ANTI-ISRAEL di laman web seperti Facebook dan macam-macam lagi.

Tapi, apa yang ingin di fokuskan di sini ialah barangan boikot. Seharusnya setiap individu yang bergelar muslim perlu memandang serius terhadap perkara ini. Setiap muslim perlu ingat bahawa barangan boikot ini merupakan sumber kepada ekonomi musuh Islam. Jadi, amat dukacita sekiranya masih ada di kalangan umat Islam pada hari ini membeli barangan boikot.


Bukan apa, macammana sekiranya di akhirat kelak bayi-bayi yang terbunuh di Palestin mengadu kepada Allah SWT dengan mengatakan bahawa masih ada sebahagian daripada umat Islam membantu musuh-musuh Islam membunuh saudara mereka sendiri. Dengan apa? Dengan membeli barangan Yahudi yang akhirnya hasil tersebut akan di gunakan untuk menzalimi umat Islam itu sendiri. Kadang-kadang mereka mengetahui barangan yang dibeli itu barangan boikot. Wallahualam, samada mereka terlupa atau buat-buat lupa.


Jadi, wahai individu yang cinta akan SAUDARAnya...tolonglah mereka seberapa yang boleh. Tidak dengan hanya berdoa, malah sumbangan, boikot dan pelbagai alternatif lain perlulah di lakukan. Jika tidak mampu buat semua jangan tinggalkan semua. Penulisan ini tidak merujuk kepada mana-mana pihak. Sekadar peringatan bersama. Wallahualam.


Kepada Tuan Guruku Ust Fahmi, maaf di atas kemalasan yang menyelubungi diri ini dalam meng-update blog. Doalah supaya rajin macam Ust Fahmi juga. :)

Read More......

Friday, June 4, 2010

HOW PRAYER ACCELERATES THE TREATMENT OF THE SICK

We refer to many branches of science and scientific facts today and use them to analyze various things and events — even religious matters. We refer to them, either one at a time or in groups, to provide evidence of Allah's existence and oneness to those who need such evidence.


Similarly, when looking at science in the light of the Qur'an, we point out that it contains information about the nature of things that agrees with modern scientific findings. Consider medicine. I once read a book called Medicine Is the Niche of the Faith. It is really so, and we must acknowledge God when studying our bodily existence and development.



Your Lord says, "Call on Me and I will answer you. Those who are too proud to worship Me will enter Hell abject." (Qur'an, 40:60)

According to the Qur'an, prayer, meaning "calling, giving expression, requesting, seeking help," is a person's turning sincerely to Allah, and seeking help from Him, the Almighty, the Compassionate and Merciful, in the knowledge that he is a dependent being. Illness is one of those instances when a person feels this dependence most and draws closer to Allah. Furthermore, sickness is a test, devised in His Wisdom, that takes place by His Will, and is a warning to remind people of the transience and imperfection of this life, and is also a source of recompense in the Hereafter for the patient and submissive.


Those without faith, on the other hand, imagine that the way to recovery is through doctors, medicines or the advanced technological capabilities of modern science. They never pause to think that it is Allah Who causes their physical system to function when they are in good health, or Who creates the healing medicines and doctors when they are ill. Many turn only to Allah when they arrive at the opinion that doctors and medicines are inadequate. People in such situations seek help only from Allah, realising that only He can free them from their difficulty. Allah has revealed this mindset in a verse:


When harm touches man, he calls on Us, lying on his side or sitting down or standing up. Then when We remove the harm from him he carries on as if he had never called on Us when the harm first touched him. In that way We make what they have done appear good to the profligate. (Qur'an, 10:12)

The fact is, however, that even in good health, or without tribulations or other difficulties, a person must pray and give thanks to Allah for the comforts, good health and all the other blessings He has imparted.


One very important aspect of prayer is this: In addition to praying out loud, it is also important for a person to make every effort to pray through his or her deeds. Prayer by action means doing everything possible to attain a certain wish. For example, in addition to praying, a sick person may also have to visit an expert doctor, use medicines that will be of benefit, and receive hospital treatment if necessary, or some other form of special care. Because, Allah has linked everything that happens in this world to specific causes. Everything in the world and in the universe happens in accordance with these causes. Therefore, the individual must take the requisite measures in accordance with these causes, and yet await the outcome from Allah, with humility, submission and patience, in the knowledge that it is He Who brings about their results.


The positive effect of faith and prayer on the sick and the way these accelerate treatment is a matter that has attracted the attention of and is recommended by doctors.Under the heading "God and Health: Is Religion Good Medicine? Why Science Is Starting to Believe," the 10 November, 2003, edition of the famous magazine Newsweek took the curative effect of religion as its cover story. It reported that faith in God raised people's morale and helped them recover more easily, and that science had also begun to believe that people with religious faith recover more easily and quickly. According to a Newsweek survey, 72% of Americans say they believe that praying can cure someone and that prayer facilitates recovery.


Research in Great Britain and the USA has also concluded that prayer reduces patients' symptoms and accelerates the recovery process.


According to research conducted at Michigan University, depression and stress are observed to lesser extent in the devout. And, according to findings at Rush University in Chicago, the early death rate among people who worship and pray regularly is some 25% lower than in those with no religious convictions. Another study conducted on 750 people, who underwent angiocardiography, proved scientifically the "curative power of prayer." It was established that the death rate among heart patients who prayed decreased by 30% within a year after their operations.

Examples of the prayers mentioned in the Qur'an are:


  • And Ayyub when he called out to his Lord, "Great harm has afflicted me and You are the Most Merciful of the merciful," We responded to him and removed from him the harm which was afflicting him and restored his family to him, and the same again with them, as a mercy direct from Us and a Reminder to all worshippers. (Qur'an, 21:83)

  • And Dhu'n-Nun [Yunus] when he left in anger and thought We would not punish him. He called out in the pitch darkness: "There is no god but You! Glory be to You! Truly I have been one of the wrongdoers." We responded to him and rescued him from his grief. That is how We rescue the believers. (Qur'an, 21:87-88)

  • And Zakariyya when he called out to his Lord, "My Lord, do not leave me on my own, though You are the Best of Inheritors." We responded to him and gave him Yahya, restoring for him his wife's fertility. They outdid one another in good actions, calling out to Us in yearning and in awe, and humbling themselves to Us. (Qur'an, 21:89-90)

  • Nuh called out to Us and what an excellent Responder We are! (Qur'an, 37:75)

As has already been stated, prayer must not only be for alleviation of sickness, or other mundane problems. A sincere believer must always pray to Allah and accept whatever comes from Him. The fact that the benefits of prayer revealed in many verses of the Qur'an are now being recognised scientifically, once again reveals the miraculous nature of the Qur'an.


We are believers because of the faith in our hearts, not the knowledge in our heads. Objective and subjective evidence can take us only so far. After that, we must drop all such things in order to make any spiritual progress at all. When we follow our heart and conscience within the Qur'an's light and guidance, God may guide us to the enlightenment for which we are looking. As the German philosopher Kant said, "I felt the need to leave behind all the books I read in order to believe in God."
Read More......

Tuesday, April 20, 2010

Saya rindukan tamadun itu!

Dunia barat waktu itu amat memalukan. Zaman yg dikenali sebagai Zaman Kegelapan atau Dark Ages. Manakala pada waktu yg sama tapi di dunia Islam, zaman itu ialah Zaman Keemasan atau Golden Ages. Tamadun Islam yg diasaskan oleh Rasulullah Sollallahualaihiwasallam terus melonjakkan kegemilangannya. Tamadun Islam memperkenalkan kemodenan kepada dunia seluruhnya. Inilah era di mana Islam berada di kemuncak tertinggi dalam dunia ilmu sains dan teknologi. Saya rindukan tamadun itu. Tapi, memadaikah hanya sekadar rindu?!

Tonton dua video di bawah ini. Saya benar-benar teruja menontonnya!

Part 1:




Part 2:



Read More......

Lahirnya Seorang Khalifah di Muka Bumi Allah (part 1)

Al-Quran berulang-ulang kali menyebut sesuatu yang menuntut para pembacanya untuk percaya. Adakalanya ia menceritakan tentang syurga, binatang dan tumbuhan dimana ia menjadi bukti kewujudan pencipta yang Agung. Pernahkah kita terfikir tentang bagaimana wujudnya manusia yang dianggap sebagai khalifah di muka bumi Allah. Ataupun adakah lahirnya kita semata-mata kerana percantuman air mani dari ayah dan ibu??

Kami telah menciptakan kamu,maka mengapa kamu tidak membenarkan (hari kebangkitan)Maka kamu perhatikan tentang (benih manusia )yang kamu pancarkan.Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan kami tidak lemah.

[Al-Waqi'ah:57-59]

Keagungan penciptaan manusia berkali-kali disebut di dalam AL-Quran. Penceritaan yang dikisahkan di dalam ayat-ayat tersebut begitu halus dan terperinci, mustahil bagi seseorang yang hidup pada abad ke-7 untuk mempunyai pengetahuan tentangnya.Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

  1. Manusia tidak dilahirkan daripada keseluruhan air mani tetapi hanyalah sebahagian yang amat kecil daripadanya(sperma)
  2. Lelakilah yang menentukan jantina bayi yg dilahirkan
  3. Embrio melekat di rahim ibu seperti lintah
  4. Pertumbuhan embrio berlaku di 3 kawasan gelap di dalam rahim ibu

Perkara-perkara yang diceritakan adalah jauh melangkaui tahap pengetahuan yang dipelajari oleh manusia pada zaman tersebut.

Fakta-fakta ini hanya mampu dibuktikan melalui teknologi yang diperolehi pada abad ke-20.

Sekarang mari kita mengkaji perkara-perkara ini satu-persatu:

SETITIK AIR MANI

Sperma melalui perjalanan di dalam badan ibu sampai mereka menjumpai ovum.Hanya seribu daripada 250 juta yang berjaya menjumpai ovum.Di akhir perjalanan yg hanya lima minit ini,ovum yg hanya sebesar separuh dari sebiji garam hanya membenarkan satu daripada seribu sperma untuk disenyawakan.

perkara ini berpatutan lah dengan apa yang dikatakan di dalam Al-Quran dimana hanya sebahagian yang amat kecil daripadanya.Ini juga dijelaskan lagi dalam Surah al-Qiyama

Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkn begitu sahaja (tanpa pertanggungjawaban)?. Bukankah dia mulanya hanya setetes mani yg ditumpahkan (ke dalam rahim)[al-Qiyama:36-37]

Komponen-komponen Air Mani..

Cecair atau lebih dikenali sebagai air mani mengandungi sperma tidak merangkumi hanya sperma sahaja.Sebaliknya ia merangkumi percampuran pelbagai cecair yang lain.Air mani adalah percampuran cecair yang dihasilkan daripada beberapa organ persetubuhan lelaki seperti testis,salur prostat,seminal vesicles dan juga saluran air kencing lelaki.

Kajian yang lebih terperinci juga menunjukkan air mani lelaki mengandungi komponen-komponen lain seperti citric acid, prostaglandin, flavin, ascorbic acid, ergothioneine, cholesterol, phospholipids, fibrinolysin, zinc, phosphatase acid, phosphase, hyaluronidase and sperma.Cecair yang terkandung dalam air mani mempunyai banyak fungsi antara untuk memberi tenaga kepada sperma, mengneutralkan acid di dalam rahim perempuan dan juga untuk melicinkan pergerakan sperma.

Perkara ini telah di sebut di dalam al-Quran dan telah dibuktikan oleh sains pada masa kini:

Jantina Bagi Bayi Yang Baru lahir

Pada pandangan sesetengah golongan, jantina bayi ditentukan oleh sel ibu, malah ada juga yang menyatakan jantina ditentukan oleh kedua-dua sel ibu dan ayah.Tetapi di dalam Al-quran ada menyatakan samada lelaki atau perempuan bayi yang akan dilahirkan adalah bergantung kepada setitik air mani daripada ayah.

Kajian yang terperinci telah dilakukan bagi membuktikan apa yang dinyatakan didalam al-quran dan terbukti apa yang dinyatakan adalah benar .JAntina bayi ditentukan oleh sperma daripada ayah dan bukan telur daripada ibu.

Chromosomes adalah elemen utama bagi mentukan jantina seseorang.Badan manusia mempunyai 46 chromosomes dan 2 daripadanya dikenali sebagai "sex chromosomes" atau chromosomes jantina.Sex chromosomes akan berbeza dari lelaki dan perempuan,lelaki mempunyai chromosomes "XY" manakala perempuan "XX".Y chromosomes adalah untuk jantina lelaki manakala X adalah untuk perempuan.

Penentuan jantina bagi seorang bayi itu ditentukan daripada penggabungan 2 chromosomes ini.Perempuan mempunyai 2 sex chromosomes iaitu "XX",berbeza bagi lelaki yang mempunyai satu X dan satu Y.Jika X chromosomes daripada perempuan bercantum dengan X chromosomes daripada lelaki maka akan menghasilkan bayi perempuan.Tetapi jika bercantum dengan Y chromosomes dariapada lelaki maka akan menghasilkan bayi lelaki.

Dalam erti kata yang lain,jantina bagi bayi ditentukan oleh chromosomes yang datang dari lelaki bukan daripada perempuan.

Coretan penulis:

Pada masyarakat zaman sekarang ini,perempuan selalu dipersalahkan jika bayi yang dilahirkan adalah lelaki.Seperti mana yang kita ketahui,pada zaman jahiliah bayi perempuan dianggap membawa bala dan dibunuh dengan serta-merta malah ada yang ditanam hidup-hidup.

Menurut bukti diatas dapatlah kita sama renungkan, al-quran yang diturunkan pada zaman nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W telah menyatakan peristiwa ini tetapi kenyataan ilmu sains ini hanya dapat dibuktikan pada abad ke-20. Read More......

Sunday, April 18, 2010

" Tidak malukah kamu, mencelaku dihadapanku?" - Mulianya Akhlak Para Ulama'

Al-Habib Ali Al-Jufri pernah menceritakan: 

Suatu hari, datang seorang lelaki dari kampung bertemu datuk kepada Al-Habib Ali Al-Jufri. Dia mengadu kepada datuk Al- Habib bahawa ada seorang lelaki yang menghina dan mencelanya.  Lalu datuk Al-Habib berkata kepada lelaki tersebut: " Adakah kamu tidak merasa malu kepada dirimu sendiri apabila mencelaku dihadapanku". Lantas lelaki tersebut menjawab: " Bukan aku yang mengucapkan perkataan sedemikian. Akan tetapi, lelaki itu yang mengucapkannya. Aku hanya menceritakan kepadamu". Lalu datuk kepada Al-Habib Ali menjawab; " Aku tidak mendengarnya daripada lelaki tersebut. Sekarang ini, aku hanya mendengar ucapan itu keluar dari mulutmu"

Sifat sayang dan marah dalam jiwa para ulama' hanya terbit menerusi panduan cahaya Baginda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Kedua-dua sifat tersebut terbit hanya kerana Allah. 

 Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam pernah bersabda:

" Sesungguhnya ikatan Islam yang paling kukuh adalah kamu sayang kerana Allah dan marah kerana Allah"

Pernahkah kita memarahi atau tidak puas hati kepada kawan-kawan kerana perkara dunia selain dari Allah Taala? Ikatlah talian kasih-sayang yang dibina dengan ikatan Islam dan iman yang kukuh. Jangan suka mengadu domba antara satu sama lain. Maafkanlah kesalahan yang dilakukan oleh kawan-kawan yang hanya melibatkan kepentingan diri. Contohilah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam, para sahabat dan ulama'-ulama' pewaris para nabi. Selepasnya, kita akan mampu menghayati betapa nikmatnya hidup dalam ukhuwwah Islamiyyah.


Kita semua pernah mendengar cerita Sayyidina Ali Radiallahu'anhu yang membatalkan niat untuk membunuh seorang kafir hanya disebabkan si kafir itu meludah ke mukanya? Apabila ditanya kepada Sayyidina Ali mengenai perbuatannya, dia menjawab dengan jawapan yang sangat indah: " Sebelumnya, aku mahu membunuhnya semata-mata kerana Allah. Aku tidak mahu membunuhnya kerana rasa marah yang timbul dariku. Apabila dia meludah ke mukaku, aku menjadi marah kerana perbuatannya meludah mukaku. Dan aku tidak mahu membunuh dengan pedangku ini melainkan semata-mata kerana Tuhanku"

Indahnya berada di bawah suluhan cahaya Ilahi... Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan hamba yang mendapat pimpinan dariMu, amin....
Read More......

Monday, April 12, 2010

Jom tonton Rabo3yat, beberapa minit sahaja!

Rabo3yat: Tazkirah ringkas mingguan bersama Al-Habib Muhammad bin Abdul Rahman As-Saggaf hafizahullah. Menarik! Tidak memakan masa yg lama, hanya beberapa minit sahaja! Jom tonton! Tazkirah beliau disampaikan dalam bahasa Arab tapi mempunyai sari kata dalam bahasa Inggeris.


# Laman web Rabo3yat: http://www.rabo3yat.com/
(Laman boleh diterjemah ke banyak bahasa)

Video boleh ditonton di laman web dan juga di Youtube.

# Rabo3yat di Youtube:
Dalam bahasa Arab di SINI.
Sarikata bahasa Inggeris di SINI.

# Rabo3yat di Facebook: SINI





Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Habib Muhammad As-Saggaf, anda boleh baca di SINI.
Read More......

Sedar Terhadap Dosa Yang Dilakukan Pembuka Jalan Menuju Taubat

Orang yang melakukan dosa kepada Allah Taala terdiri dari dua golongan;

1) Orang yang tidak tahu dia melakukan dosa maka dia dikira jahil.
2) Orang yang mengetahui perkara yang dilakukan adalah dosa. Dia dikira sebagai orang yang merendahkan syariat Allah Taala dan tergolong dalam ahli maksiat.

Ramai dalam kalangan masyarakat hari ini mengetahui perkara yang dilakukannya adalah perkara yang dilarang dalam agama akan tetapi masih tetap bertegas untuk melakukannya. Melakukan maksiat adalah perbuatan terkutuk dan merasa bangga dengan maksiat yang dilakukan lebih terkutuk dari itu.

Setiap Muslim diperintahkan untuk bertaubat atas setiap dosa yang dilakukan. Jalan pertama yang mendorong seseorang untuk bertaubat adalah dengan mengakui dan menyedari perkara yang dilakukannya adalah salah dari segi syarak.  Adapun sekiranya seseorang cuba mengelak dari mengakui kesilapan yang dilakukan dengan mengatakan;" tidak salahpun aku melakukan perbuatan itu" sebagaimana yang kita dengari dari ramai orang yang keras hatinya, sesungguhnya ucapan itu menunjukkan kesombongannya dalam keadaan dia tidak menyedarinya. Bahkan, sesungguhnya ucapannya yang mengatakan perbuatannya itu tidak berdosa telah membawanya kepada dosa yang lebih besar iaitu berbohong.

Kita sangat biasa mendengar ucapan wanita yang mengaku beragama Islam yang tidak mahu menutup aurat mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Antara ucapan mereka; " Tidak mesti yang berpakaian menutup aurat hatinya baik". Berapa ramai artis yang mempertahankan  pakaian seksi mereka atas nama seni. Ucapan sebeginilah yang merosakkan masyarakat hari ini. Sedarkah mereka; menutup aurat itu wajib tidak kira sesiapa sekalipun selagi dia adalah seorang Muslim? Mereka mengetahui hakikat itu tetapi kesombongan dalam hati menyekat mereka untuk menerima taufiq dari Ilahi.


Sayyiduna Umar Al-Khattab Radiallahu'anhu mengatakan: " Moga Allah Taala merahmati orang yang menunjukkan kepadaku akan kelemahanku". Apabila seseorang ditegur atas kesilapan yang dilakukan  akan menyebabkannya bersegera menuju taubat atas kesilapannya. Begitulah contoh terbaik yang ditunjukkan oleh sahabat yang dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Apabila datang sesuatu perintah dari Allah, ianya akan mengena ke atas setiap hambaNya. Tidak boleh seseorang beralasan untuk mecari ruang meninggalkannya. Bahaya sungguh kefahaman  hari ini yang berpendapat ketaatan itu untuk orang-orang tertentu yang mempelajari agama sahaja. Ada yang menganggap sesetengah perkara yang dipandang jelek oleh syarak adalah amalan biasa bagi mereka yang tidak mempelajari agama secara mendalam. Bahaya dan tersangat bahaya. Mereka yang tidak berpendidikan agama tidak boleh mencari kelonggaran dalam melakukan perintah Allah Taala. Adapun yang telah menceburi bidang agama, tanggungjawab mereka adalah menjaga nama baik agama dari terus dicemari. Jangan mereka pula yang menunjukkan contoh yang buruk dalam kehidupan seharian.

Berusahalah untuk menjadi hamba Allah Taala yang taat kerana Hari Esok kita bakal menerima soalan-soalan 'maut' terus dari Allah Taala. Agak-agak, ketika itu bolehkah kita beralasan sebagaimana alasan kita sekarang ini?
Read More......

Monday, April 5, 2010

Sanah helwah yaa gamill

Dari kiri, Dr Anas & Dr Hasyim


Pihak usramedic ingin mengucapkan selamat panjang umur kepada 2 orang ahli, Dr Anas & Dr Hasyim.Dr Anas telah genap umurnya 20 tahun pada 19 Mac baru-baru ini dan Dr Hasyim yang baru sahaja melangkah umur yang ke 19 iaitu pada 5 April. Semoga pertambahan usia diiringi dengan bertambahnya ilmu dan amalan. Amin...

Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam,

' خَيْرُ النَاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ '

"Sebaik-baik manusia ialah yg panjang umurnya dan baik amalannya..."
Hadith Riwayat Tirmizi.
Read More......

Jauhi Sifat Dengki

Hasad atau dengki adalah permusuhan yang terang-terangan kepada Allah Taala. Sifat ini menunjukkan seseorang yang dengki dengan nikmat yang diperolehi oleh saudaranya tidak berpuas hati dengan pembahagiaan nikmat Allah Taala kepada mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Hasad terbahagi kepada beberapa bahagian;

1) Seseorang bercita-cita supaya kebaikan yang diperolehi oleh saudaranya hilang walaupun kebaikan itu tidak akan berpindah ke tangannya.

2) Seseorang bercita-cita melihat kebaikan pada saudaranya hilang dan berpindah ke tangannya.

3) Seseorang bercita-cita melihat kebaikan pada saudaranya berpindah ke tangannya. Akan tetapi sekiranya, tiada jalan untuk dia memperolehinya, dia rela kebaikan itu kekal di tangan saudaranya.

4) Dikenali sebagai ghibthoh dan dibenarkan oleh Islam. Iaitu seseorang mengimpikan kebaikan yang ada pada saudaranya turut sama diperolehinya tanpa ada sebarang niat mahukan kebaikan itu hilang dari saudaranya. Seumpama seseorang melihat saudaranya mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran, lalu dia berazam untuk turut menghabiskan hafalan sebagaimana saudaranya.

Seseorang yang dengki tidak mungkin mampu untuk menjadi pendakwah kerana asal tujuan dakwah adalah menyampaikan cahaya keimanan kepada orang lain. Seseorang pendakwah berazam untuk berkongsi dan menyampaikan kebaikan, cahaya hidayah serta kemanisan bertaqarrub kepada Allah Taala kepada saudaranya yang lain manakala seseorang yang dengki tidak mahu kebaikan yang ada padanya diperolehi oleh orang lain dalam masa yang sama tidak senang duduk melihat kebaikan yang ada di tangan orang lain.

Ikuti kisah menarik yang diceritakan oleh Al-Habib 'Ali Al-Jufri Hafizohullah di bawah;

Seorang Imam Masjid yang bernama Syeikh Muhammad As-Syanqithi menceritakan satu kisah kepada Al-Habib Ali Al-Jufri.

Di tempat tinggal Syeikh As-Syanqithi, ada seorang pendatang dari luar negara yang bukan Muslim bekerja di syarikat minyak dan dia sudahpun berkhidmat di situ lebih kurang 20 tahun. Ketika kontraknya dengan syarikat tersebut hampir tamat dan dia akan kembali semula ke negara asalnya, dia berjumpa dengan seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang Syeikh. Lalu, dia pun menceritakan kepada lelaki tersebut keinginannya untuk masuk Islam setelah melihat keindahan agama Islam. Dia menceritakan bahawa umurnya sudah lebih 60 tahun dan sangat tertarik dengan akhlak umat Islam di situ. Dia bertanya dengan penuh harapan; " Adakah sekiranya aku masuk Islam, Allah Taala akan mengampunkan dosa kesalahanku selama ini?". Jawab lelaki yang berpakaian seperti seorang syeikh itu; " 60 tahun kamu bergelumang dengan dosa dengan dosa dan maksiat!! Kemudian, kamu bercita-cita untuk memasuki syurga Allah Taala? Agak sukar dan payah!!!". Lelaki yang bercita-cita untuk masuk Islam mempercayai kata-kata tersebut dan pulang dengan rasa kecewa.

Selepas enam bulan, dengan sebab keinginannya yang sangat tinggi untuk memeluk agama Islam, lelaki tersebut pergi berjumpa dengan Syeikh Syanqithi yang menceritakan kisah ini kepada Habib Ali. Dia bertanya kepada Syeikh; " Adakah aku boleh memeluk agama Islam?". Jawab Syeikh; " Sudah pasti boleh. Ucapkanlah dua kalimah syahadah sekarang!". Lelaki itu bertanya untuk mendapatkan kepastian dari syeikh: " Benarkah aku memang boleh memeluk Islam?". Jawab syeikh lagi memberi keyakinan kepadanya: " Memang pasti. Sekiranya kamu benar-benar tunduk dengan ajaran Islam, ucapkan kalimah syahadah sekarang!".

Lelaki tersebut mengucap dua kalimah syahadah dan menangis. Syeikh bertanya; " Apakah yang membuatkan kamu menangis?". Dia pun menceritakan kisahnya sebelum ini yang pergi bertemu lelaki yang berpakaian seperti syeikh dekat dengan tempatnya bekerja kemudiaannya lelaki itu memberitahu sukar untuk dirinya memperolehi keampunan Allah Taala. Syeikh meminta nombor telefon lelaki tersebut dan menelefonnya. Syeikh bertanya: " Mengapa kamu mengatakan kepada lelaki yang mahu memeluk agama Islam sukar untuknya mendapat keampunan Allah?". Lelaki tersebut menjawab: " Mana mungkin lelaki yang sudah puluhan tahun bergelumang dengan dosa dan maksiat, tiba-tiba dia mengidamkan untuk berada dalam syurga bersamaku yang telah lama melakukan ketaaan!!"

Lihatlah jawapan yang diberikan olehnya kepada syeikh; "........ tiba-tiba dia mengidamkan untuk berada dalam syurga bersamaku yang telah lama melakukan ketaaan!!".

Di sini terdapat beberapa masalah pada lelaki tersebut yang berpunca dari sifat dengki dalam dirinya. Dia tidak mahukan kebaikan diperolehi oleh orang lain. Dalam masa yang sama, dia berkeyakinan amalannya telah cukup untuk menempatkannya dalam syurga Allah Taala.

Sepatutnya bagi seseorang mu'min yang baik mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan cahaya Islam sampai ke seluruh alam. Tidakkah Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bersabda:

" Allah Taala memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab (dakwah) yang kamu lakukan, lebih baik dari unta merah (kenderaan yang paling mahal harganya"

Sekian.
Read More......

Wednesday, March 24, 2010

Mencontohi Tawadhu'nya Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam

Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam;
" Sesiapa yang tawadhu' akan diangkat kedudukannya oleh Allah Taala"

Islam menggalakkan kepada penganutnya supaya bersikap tawadhu' dan rendah diri serta menjauhi sifat sombong. Setiap kelebihan yang ada pada diri, hakikatnya adalah kurniaan Allah Taala. Setiap muslim diajar bahawa kemuliaan itu milik Allah Taala. Dia berkuasa memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya dan menghinakan sesiapa yang dikehendakinya.

" Sifat sombong menunjukkan tersangat bodoh dan jahilnya orang yang sombong tersebut. Bagaimana sifat sombong mampu berada pada makhluk yang hanya dicipta dari mani yang hina dan kemudiaannya tidak lama selepasnya akan menjadi debu. Sekiranya terdapat padanya secebis kelebihan dan kebaikan, semua perkara itu hanyalah semata-mata kelebihan kurniaan Allah Taala." - Imam Haddad Rahimahullah -

Berkata ulama' salaf;

" Sesiapa yang merasakan seliparnya lebih baik dari selipar kawannya, dia adalah seorang yang sombong"

Sekiranya merasa bangga diri dengan selipar yang hanya diletakkan di kaki sudah dikira sombong, bagaimana dengan perkara yang lebih besar dari itu? Suasana hari ini, masyarakat berlumba-lumba untuk berbangga dengan kemewahan diri seumpama pakaiannya yang berjenama, telefon yang mahal dan canggih, kereta yang mampu memecut laju bahkan nombor pendaftaran kenderaan juga dijadikan sesuatu yang ingin dibanggakan. Begitulah jiwa manusia yang dididik dengan kemewahan dunia sehingga mereka hilang sifat qana'ah dalam diri. Sentiasa merasa tidak cukup dengan nikmat kurniaan Allah Taala jauh sekali untuk bersyukur dengan pelbagai nikmat kurniaan Ilahi kepada mereka.

Kemuliaan dan ketinggian martabat Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam tidak menjadikan Baginda Sollallahu'alaihiwasallam merasa sombong dengannya. Bahkan, Baginda Sollallahu'alaihiwasallam menunjukkan contoh teladan terbaik dengan menjadi seorang hamba yang paling tawadhu' dengan nikmat kurniaan Allah Taala.

Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bersabda;

" Jangan kamu memujiku sebagaimana perbuatan orang Nasrani kepada Isa bin Maryam, sesungguhnya aku hanyalah hamba. Maka katakanlah; hamba Allah dan pesuruhnya"

Bermaksud: Jangan mengangkatku melebihi darjat kenabian dan kehambaan kepada Allah. Jangan meniru mereka yang mengangkat Nabi mereka sebagai Tuhan atau anak Tuhan.

Berkata Al-Imam Al-Busiri;

" Tinggalkan cara orang Nasrani memuji nabi mereka (mengangkat sebagai Tuhan),
Kemudiannya, katakanlah dan letakkanlah pada Muhammad dengan pujian sesuka hatimu,

Nisbahkanlah pada dirinya apa yang kamu ingini dari kemuliaan,
Nisbahkanlah pada kedudukannya apa yang kamu ingini dari keagungan,

Kerana sesungguhnya kelebihan Rasulullah itu tiada hadnya,
sehinggakan ketinggian itu tidak mampu diucapkan oleh lidah

Sehabis-habis ilmu yang ada pada mereka tentang dirinya hanyalah mampu mengatakan,
Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam merupakan semulia-mulia makhluk ciptaan Allah"


Kebiasaan sahabat, apabila melihat Rasulullah Sollallahu'ahalaihiwasallam, mereka akan bangun berdiri. Tawadhu'nya Rasulullah Sollahu'alaihiwasallam, Baginda melarang para sahabatnya dari berbuat demikian. Namun begitu, sahabat tidak mampu untuk menahan diri mereka. Suatu hari, apabila melihat keagungan pada Baginda Sollahu'alaihiwasallam, mereka bangun sebagai tanda penghormatan kepada Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Lalu Rasulullah bertanya dengan tegas; tidakkah aku melarang kamu dari berbuat demikian? Para sahabat menjadi malu kepada Baginda Sollallahu'alaihiwasallam apabila ditanya sedemikian rupa. Mereka tidak mampu untuk membalas pertanyaan tersebut.

Tiba-tiba Sayyiduna Hassan bin Thabit menuju ke hadapan lalu berkata; aku akan menjawab persoalanmu itu wahai Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Sayyiduna Hassan bin Thabit pun menjawab dengan syairnya;

قيامي للعزيز عليّ فرض : وترك الفرض ما هو مستقيم

عجبت لمن له عقل وقلب : يرى هذا الجمال ولا يقوم

" Bangunnya aku kepada orang yang mulia adalah kewajipan,
meninggalkan kewajipan itu bukanlah satu sifat yang baik,

Aku merasa hairan kepada orang yang mempunyai akal dan hati,
apabila melihat kecantikan ini tetapi tidak bangun berdiri tanda penghormatan"

Lalu, Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam ketawa mendengar syair Sayyidina Hassan bin Thabit dan menerima apa yang diucapkan olehnya.

Begitulah sifat tawadhu pada Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.
Read More......

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).