Friday, September 3, 2010
Kejarlah Lailatul Qadar
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini bersamaan 24 Ramadhan 1431 Hijrah. Bulan Ramadhan telah pun memasuki fasa ke-3 dan hampir melabuhkan tirainya. Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita melaksanakan amalan-amalan kebaikan.
Pada 10 malam terakhir inilah, adanya satu malam yang lebih mulia daripada malam-malam yang lain, iaitu malam Lailatul Qadar. Rasulullah SAW mengajar kita supaya berusaha untuk mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir ini dan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti solat tahajjud, berzikir, membaca al-quran dan lain-lain lagi.
Hal ini kerana waktu malamlah kondisi dan kecerdasan otak kita dalam keadaan yang terbaik. Semasa kita tidur, akan terjadinya proses pemulihan sel tubuh, penambahan kekuatan dan otak kita kembali berfungsi dengan baik. Jadi, tidak hairanlah ALLAH SWT menghendaki kita beribadat selepas bangun daripada tidur.
Apatah lagi, pada 10 malam terakhir ini. Umat Nabi Muhammad SAW mempunyai jangka hidup yang pendek. Tetapi dikurniakan malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan. Bukan senang untuk kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan ini yang terdapat didalamnya Lailatul Qadar. Mungkin Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita.
Jadi, sama-samalah kita berusaha mengejar Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir ini. Semoga ALLAH SWT mempertemukan kita dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini.
Aminn...ya robb.
Wallahualam.


1 comments:
Assalamualaikum,
Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.
SILA KLIK http://www.docstoc.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
• Tok Ayah Zid Kedai Lalat
• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
• Jom Kenali Dr Maza & Co
• Ahlul Bait Yang Dicerca
SILA KLIK http://www.4shared.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Rasulullah Budak Kampung
• Maulid Tandingi Krismas
• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.
FAKEH KHALIFAH SAKA
fakeh@hush.com
Post a Comment