Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Showing posts with label Sains. Show all posts
Showing posts with label Sains. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Saya rindukan tamadun itu!

Dunia barat waktu itu amat memalukan. Zaman yg dikenali sebagai Zaman Kegelapan atau Dark Ages. Manakala pada waktu yg sama tapi di dunia Islam, zaman itu ialah Zaman Keemasan atau Golden Ages. Tamadun Islam yg diasaskan oleh Rasulullah Sollallahualaihiwasallam terus melonjakkan kegemilangannya. Tamadun Islam memperkenalkan kemodenan kepada dunia seluruhnya. Inilah era di mana Islam berada di kemuncak tertinggi dalam dunia ilmu sains dan teknologi. Saya rindukan tamadun itu. Tapi, memadaikah hanya sekadar rindu?!

Tonton dua video di bawah ini. Saya benar-benar teruja menontonnya!

Part 1:




Part 2:



Read More......

Thursday, November 12, 2009

Bangkitlah dari lenamu

Apabila bercakap di hadapan pelajar-pelajar perubatan di Mesir, perkara yg saya sebut berulang-ulang kali ialah "Manfaatkan keberadaan anda di sini. Pastikan diri anda berbeza dengan pelajar-pelajar perubatan di tempat lain." Anda dikelilingi para ulama Al-Azhar. Anda juga hidup bersama komuniti pelajar-pelajar agama. Kawan-kawan anda di Ireland misalnya perlu mengeluarkan kos yg mahal untuk menjemput tenaga pengajar dari luar untuk memberi pengisian kepada mereka. Namun di sini, anda berjiran dengan mereka. Bahkan ada yg sebilik dan berkongsi katil. Sedarlah, sudah tiba masanya untuk bangkit dari lena yg panjang.

Sebagaimana anda fokus kepada subjek-subjek di universiti, maka berikan juga penekanan kepada ilmu-ilmu agama. Tamadun Islam yg pernah menaungi dunia satu ketika dahulu ialah kerana kejayaan umat Islam dalam berlaku adil kepada aspek duniawi dan ukhrawi. Pembangunan kebendaan aktif dimajukan. Pembangunan insan tidak pernah diabaikan. Aktiviti-aktiviti intelektual berkembang pesat. Maka, Islam bangkit sebagai sebuah tamadun dan kuasa besar yg mengejutkan dunia di kala itu. Ilmu-ilmu agama diutamakan namun ilmu-ilmu lain tidak diketepikan.

Ketika Imam Syafie (wafat 204 H) tersohor dengan metod ilmiahnya membentuk ilmu Usul Fiqah, maka Jabir bin Hayyan (wafat 200 H) pula tekun dengan kajiannya sehingga dianggap sebagai Bapa Ilmu Kimia. Al-Khawarizmi (wafat 234 H) melalui karyanya, Al-Gebr wa Al-Muqabalah yg ditulis pada zaman pemerintahan Al-Makmun telah memperkenalkan Algebra kepada dunia. Istilah yg berasal daripada bahasa Arab ini masih digunapakai oleh Matematik Moden pada hari ini.

Pada kurun ke-4 Hijrah, Al-Battani telah melakukan pengiraan bahawa setahun menyamai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Pengiraan di zaman moden pula menunjukkan bahawa setahun menyamai 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat. Maka, beza pengiraan Al-Battani dengan pengiraan moden hanyalah 2 minit 22 saat sahaja!

Umat Islam telah mengetahui bahawa bumi beredar mengelilingi matahari sejak dari kurun ke-8 Hijrah lagi melalui kajian Ibnu As-Syatir Ad-Dimasyqi. Tahukah anda bahawa Ahli Falak Islam berperanan besar merancakkan kemajuan ilmu astrologi di barat. Bahkan istilah-istilah yg digunakan mereka masih digunapakai pada hari ini. Zigrid Honka menghitung dan mendapati jumlahnya mencapai 160 istilah.

القانون في الطب - The Canon of Medicine

Siapa tidak mengenali Ibnu Sina yg masyhur dengan karyanya Al-Qanun fi At-Tibb? Ibnu Nafis (wafat 687 H) pula merupakan orang pertama yg menemui sistem peredaran darah dalam tubuh manusia. Beliau juga digelar Ibnu Sina Kedua. Karya bermutu Az-Zahrawi (wafat 404 H) dalam ilmu perubatan diterjemah ke Bahasa Latin lalu diajar di Eropah selama 500 tahun. Ibnu Al-Jazzar Al-Qoirowani (wafat 369 H) pula tokoh perubatan pertama yg menulis buku tentang Paediatrik.

Jangan lupa bahawa nama-nama ini juga tersenarai sebagai ulama dalam bidang ilmu agama. Ibnu Nafis sebagai contoh merupakan ulama besar dalam Mazhab Syafie. Beliau ada mensyarahkan kitab At-Tanbih karangan Abu Ishak As-Syirazi.

Cukuplah sekadar ini sebagai motivasi penguat diri. Ketahuilah sesungguhnya umat Islamlah sebenarnya pemangkin kepada kebangkitan dan kemajuan di Eropah. Kepada pelajar-pelajar perubatan, jangan semata-mata fokus kepada pembelajaran di kuliah sehingga mengabaikan ilmu-ilmu agama. Kepada para pelajar bidang agama pula, janganlah pula buta ilmu-ilmu lain. Kesepaduan ilmu perlu diwujudkan. Masing-masing punya tanggungjawab besar. Sejauh manakah generasi hari ini mampu menjamin kehebatan generasi akan datang? Saya tidak fikir generasi akan datang menjadi generasi yg 'warak' dan serius dengan agama tanpa sibuk dengan kemajuan. Dunia sekarang tidak dipandu ke arah itu. Tapi saya fikir mungkin generasi akan datang serius dengan kemajuan tanpa sibuk dengan agama. Saya bimbang mereka hanya membawa Islam pada nama sedang roh pengamalan Islam jatuh tercicir jauh di belakang.

Ada pihak yg adil dalam aspek dunia tapi zalim dalam aspek akhirat. Begitu jugalah sebaliknya. Akhirnya, Islam dilihat cacat. Ajaran Islam tidak dilihat syumul. Maka, umat Islam mesti mengembalikan keadilan dalam menguruskan kedua-dua aspek, duniawi dan ukhrawi seterusnya sabar menunggu kepulangan Tamadun Islam yg sekian lama menghilang. Yakinlah, Tamadun Islam sedang menunggu gilirannya. Maka, bangkitlah dari lenamu yg panjang!

Berhibur? Silakan tapi jangan melampau.

Artikel ini tidak ditulis khas untuk pelajar-pelajar perubatan. Artikel ini untuk semua.



-A wake up call for the muslim students-

al-aman
Baitul Hikmah
1430 H
Read More......

Friday, November 6, 2009

Jerawat 2 !


Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar bahawa menyentuh muka yang berjerawat boleh memberi kesan yang negatif dan memudaratkan kesihatan. Ada juga yang berkata ia mampu meningkatkan lagi populasi jerawat di muka. Bukan itu sahaja, malah sebarang jangkitan pada muka mampu memberi impak yang bahaya. Jadi, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit 'input' yang telah saya perolehi semasa kuliah baru-baru ini berkenaan dengan muka.

Untuk pengetahuan sahabat sekalian, doktor-doktor telah menyimpulkan bahawa terdapat satu kawasan pada muka kita yang dikenali sebagai 'dangerous area of face', yang dianggap kawasan yang bahaya pada muka kita. Di sinilah kawasan yang boleh dikatakan induk bagi penyebaran jangkitan kuman ke dalam tengkorak manusia. Hal ini kerana terdapat beberapa saluran darah yang utama wujud di kawasan ini. Kawasan yang dimaksudkan ialah seperti gambar ini:

danger triangle of face

Semua kawasan dalam bentuk segi tiga ini dianggap bahaya kerana saluran darah yang terdapat di bawah permukaan muka bersambung dengan cavernous sinus (satu tempat pengumpulan darah dalam rongga tengkorak). Tambahan pula, di dalam 'cavernous sinus' ini terdapat beberapa saraf yang penting. Jika jangkitan berlaku pada muka, ia mampu menyebarkan jangkitan ini yang berada di muka hingga ke dalam tengkorak, iaitu pada 'cavernous sinus'. Jangkitan ini mampu menjangkiti saraf-saraf yang terdapat di dalam 'cavernous sinus' ini.

Ada di antara saraf-saraf ini yang mengawal pergerakan motor bagi otot-otot di muka. Jadi, sekiranya seseorang itu menghidapi jangkitan pada muka lalu menjangkiti pula saraf ini, ia mampu menyebabkan otot-otot di muka lumpuh dan menyebabkan seseorang itu tidak mampu memberi sebarang ekspresi muka. Seolah-olah muka anda akan dianggap tiada perasaan.

Oleh itu, marilah kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam penjagaan muka. Semoga tulisan saya yang tidak seberapa ini memberi sedikit info yang berguna kepada para pembaca dan diharapkan ilmu yang sedikit ini mampu melahirkan umat Islam yang sihat, insyaallah. Wallahua'lam...


Entri tentang jerawat, siri lepas : Jerawat !

Disediakan oleh,
Dr. Malek (amgad's student)

Read More......

Tuesday, August 11, 2009

Jerawat!

Hmm… jerawat…. Perkataan yang tidak asing lagi bagi kita semua. Kemasyhurannya selalu kita dengar dan rupa parasnya sentiasa kita tatapi. Tetapi kehadirannya kebiasaannya mendapat sambutan yang kurang baik dari sesetengah pihak. Tidak kira lelaki ataupun wanita. Namun disebabkan jerawat, kita semua kelihatan semakin matang! Syukran kepada Encik Jerawat!

Sebenarnya ini bukanlah 100% penulisan saya sendiri. Saya cuma ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian satu artikel yang saya terbaca semasa melayari internet beberapa hari yang lalu. Bagi saya, penemuan ini agak menarik perhatian saya dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah.

APA ITU JERAWAT?

Satu keradangan yang berlaku pada kulit. Kebiasaannya, jerawat ini ‘membesar’ apabila ‘whiteheads’ atau ‘blackheads’ telah dijangkiti. Ia boleh terjadi pada muka, leher, dada, belakang mahupun bahu.



JENIS-JENIS JERAWAT

1. WHITEHEADS- jenis jerawat yang kekal di bawah permukaan kulit

2. BLACKHEADS- jerawat ini timbul ke permukaan kulit dan kehitaman

3. PAPUL- bonjolan kecil berwarna merah jambu yang mungkin berasa sakit jika disentuh

4. PUSTUL- jerawat ini berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas

5. NODUL- jerawat yang besar dan menyakitkan di dalam kulit

6. SISTA- jerawat bernanah yang dalam, menyakitkan dan boleh meninggalkan parut

BAGAIMANA ENCIK JERAWAT DILAHIRKAN @ SEBAB-SEBABNYA :

Kulit kita mempunyai berjuta-juta rongga yang kecil. Rongga-rongga ini bersambung dengan kelenjar minyak. Di samping itu, kelenjar minyak di dada, muka dan belakang mampu mencapai angka ribu. Fungsi kelenjar ini adalah untuk melicinkan kulit dengan mengeluarkan minyak yang mengalir melalui saluran yang kecil menuju ke permukaan kulit.

Jadi terdapat 2 punca yang mampu saya ulaskan di sini iaitu:

1- HORMON:

-Merupakan punca utama yang menyumbang kepada kelahiran beliau. Kebiasaannya, kenaikan jumlah hormon dalam badan kita berlaku semasa akil baligh atau kitaran haid bagi wanita. Hal ini menyebabkan penghasilan hormon ‘DiHydroTestosterone(DHT). Hormon ini berperanan merangsang kelenjar minyak mengeluarkan minyak secara berlebihan lalu menyebabkan rongga-rongga di kulit tersumbat. Kesannya, lahirlah Encik Jerawat ini.


2- ‘ SLOUGHING ‘

-Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, pembaharuan kulit yang berlaku akan memproses sel-sel kulit yang telah mati dan menukar kulit. Penukaran kulit berlaku secara berterusan dan kulit baru akan ambil alih.

Tetapi ‘sloughing’, iaitu proses mengasingkan tisu-tisu hidup daripada tisu-tisu yang mati, berbeza bagi setiap orang dengan individu yang lain. Ada sebahagian individu yang tukar sel dengan kerap dan setengah yg lain tidak. Kesan bagi mereka yang jarang berlaku ‘sloughing’, akan menyebabkan sel-sel mati melekit dan bercantum menjadi ‘plug’. Plug ini akan memerangkap minyak dan bakteria dalam kulit. Proses ini memakan masa 2-3 minggu, lalu menghasilkan jerawat.



NASIHAT-NASIHAT DALAM MENGURUSKAN JERAWAT

-Jangan memicit jerawat, kerana ia boleh merosakkan kulit kerana kotoran atau bacteria pada hujung jari mampu menghasilkan keradangan dan meninggalkan parut

-Mengurangkan daripada menyentuh muka secara kerap terutamanya bagi mereka yang telah mempunyai jerawat, kerana geseran yang banyak pada kulit akan menutup rongga-rongga pada kulit secara berlebihan. Kesannya, pengaliran minyak ke permukaan kulit menjadi lebih sukar.

-Jangan menukar produk kebersihan secara kerap, kerana ia boleh menyebabkan alergik dan masalah-masalah kulit yang lain.

-Minta nasihat daripada doktor atau pakar kulit



Disediakan oleh:

Amgad’s student


# Ada juga yang kata jerawat ini timbul sebab jatuh hati pada seseorang. Hmm…. betul ke? (^^)

Read More......

Thursday, July 16, 2009

Men No Longer Needed For Sperm?


Scientists Grow Human Sperm in Lab


By IOL Health & Science Staff


UK scientists say they have created the world's first human sperm in the laboratory using stem cells derived from human embryos. The scientists used male embryos donated following IVF treatment. They will need at least five years to perfect the technique.


The researchers say that the aim behind their work is not procreation but rather to help men who are suffering from infertility problems to parent a child. However, they do not deny that using the science for such a purpose is within the bounds of possibility.


Some critics are calling the technique "immoral" and "madness" saying there is no excuse to take one life in order to possibly create another. Others ponder over the possibility that such a technique could possibly be used to replace men if scientists successfully create the sperm using female embryos. On the other hand, there are those who think this will eventually be beneficial to mankind and will be used to solve the problem of male infertility.

What are your feelings about this scientific first? Do you think the technique will eventually be used for unethical purposes or do you support it as a means to understand male infertility?


Source: http://www.islamonline.net
Read More......

Friday, June 19, 2009

Apabila Allah Terus Berbicara

Semalam, madah Histology tamat bersama dengan ujian shafawinya. Maka kami masih berbaki 2 madah lagi. Iaitu yang terdekat Anatomy selepas itu Biochemistry.Mohon doa sahabat-sahabat untuk kejayaan kami. Naqib kami, Ust. Ahmad Fahmi sudah berjaya menamatkan peperiksaan beliau semalan, dan saya yakin bahawa beliau melakukannya dengan baik.

Selama menerawang di alam siber, hingga menemukan saya dengan penemuan terbaru para saintis dengan hasil eksplorasi mereka. Di sini




























Benarlah kata Allah dalam warkah cinta kepada hambaNya.

الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً مَّا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِن تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِن فُطُورٍ

ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِأً وَهُوَ حَسِيرٌ

Maksudnya : 3. Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali- kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

4. Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah. (Surah Al-Mulk)




Seperti mana hebatnya langit maka,se-gah itu jugalah bumi. Selama bertahun-tahun manusia hidup di muka bumi Allah ini, belum pernah bumi berhenti membuat kejutan kepada mereka yang menghuninya. Saban tahun ada saja penemuan-penemuan terbaru yang dijumpai dari alam rahsia yang tersimpan di muka dan perutnya. Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.


SYUKUR
Setelah kita melihat segala keagungan dan kehebatan Allah maka sewajibnya kita bersyukur. Teringin saya memetik dari kitab Penawar Bagi Hati yang dinukilkan oleh Sheikh Abdul Qadir al-Mandili berkenaan syukur.

Syukur itu memalingkan oleh hamba akan segala barang yang memberi nikmat Allah taala dengan dia atasnya daripada pendengar,penglihat,kaki ,tangan dan lainnya kepada barang yang dijadikan kerananya.

Bermaksud, syukur itu kita menggunakan anggota yang dijadikan Allah pada jalannya atau pada matlamat kejadiannya.

Pada hakikatnya, kedudukan peringkat syukur ini lebih tinggi dari peringkat sabar,zuhud dan khauf(takut). Sesungguhnya sifat-sifat tersebut hanya kita amalkan di dunia sahaja. Berbeza dengan sifat syukur. Syukur tidak putus setelah putusnya dunia. Sifat syukur berterusan diamalkan hingga ke dalam syurga. Firman Allah s.w.t dalam Surah Yunus ayat 10 :

وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya : Dan kesudahan doa bagi ahli syurga itu," Segala puji tertentu bagi Allah yang menjadikan sekalian alam.


Dan syukur itu setinggi-tinggi peringkat, tidak ramai yang sampai ke peringkat ini.

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

Maksudnya : Sedikit dari sekalian hambaku yang bersyukur. (Surah Saba' ayat 13)



Amat indah apabila pada setiap berakhirnya amalan kita,tidak jemu untuk bersyukur atas nikmat dikurniakan rasa syukur..Wallahualam

(Jazakallah kepada Tuan Guru Safuan atas pengajaran kitab Penawar Bagi Hati)

Specially brought by Dzuu Haniin
Read More......

Tuesday, June 2, 2009

Rokok tanpa asap dan Gambar Kempen Anti Rokok serata dunia

Rokok tanpa asap?

This electronic cigarettes are unapproved by the government and virtually unstudied has not deterred thousands of smokers from flocking to mall kiosks and the Internet to buy them. And because they produce no smoke, they can be used in workplaces, restaurants and airports. One distributor is aptly named Smoking Everywhere. Source: http://www.nytimes.com

Para mufti kena jawab ni... hukum, hukum.


Gambar- gambar kempen anti rokok:


Fahami betul-betul.


Kalau cucuh api mesti best ni! Booommm!!!
Smoke Is Poison Advertisement: 12 meter long chemical tanker that looks like a giant cigarette was used by Cancer Research UK to highlight the toxic smoke in cigarettes


Jangan jadi macam saya...



Stop Smoking Bus Advertisement: “Ready to quit?





Kalau letak di bus stop, nescaya penuhlah ia dalam tempoh kurang daripada 1 minit.
Bus stop anti-smoking campaign



“What we see when you smoke”






This one from the Cancer Patient Aid Association was put on the roofs of outdoor smoking areas



Anti-smoking promotion for ‘World No Tobacco Day’ found at coffee shops in Dubai, where people come to smoke



Fight Smoking“: an ad campaign throughout the gyms



Budak-budak kalau hisap rokok, tangan dia jadi besar ke? huhu.
Second hand smoke in the home hospitalises 17,000 UK children a year” (the campaign for Roy Castle Lung Cancer Foundation, the UK medical research charity dedicated to dedicated to defeating lung cancer)


Another campaign for Roy Castle Lung Cancer Foundation: Deathbed



Petua untuk kelihatan tua.
“Smoking causes premature ageing”


“There is an easier way of committing suicide: try smoking”

Source: http://www.dirjournal.com





Berhenti merokok. Sekian, terima kasih!

Read More......

Wednesday, April 22, 2009

Gemuk???


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan post pertama saya diblog ini. Pertamanya saya memohon maaf kepada Ustaz Fahmi atas kelewatan post sulung saya ini disebabkan perkara2 yang tak dapat dielakkan.. ma'alaisy..


Seterusnya, saya ingin memohon maaf kepada para pembaca jika karya saya pada kali ini terdapat kecacatan yang tak dapat dielakkan..

Untuk post sulung saya ini, saya ingin membincangkan mengenai kegemukan. Post saya pada kali ini mungkin amat berguna untuk kesedaran antum kerana kegemukan mempunyai pelbagai komplikasi ke atas tubuh badan.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah sersabda,
"a man has not filled-up a vessels worst than his belly. It is sufficient for a man some few bites which support his stamina. It is necessary to take more. Then, 1/3 of the space for food, 1/3 for the water and 1/3 for respiration." [riwayat Imam Ahmed and Tarmizi].
Rasulullah juga pernah bersabda, "perut itu rumah kepada penyakit".



[gambar hiasan]

Sekarang, para saintis telah menemui bahawa dari sudut kesihatan, kegemukan berpunca daripada kurangnya asimilasi atau penyerapan nutrien dari makanan disebabkan terlalu banyak lemak. Selain itu, masalah kurangnya fungsi kelenjar endokrin (salah satu kelenjar yang menyalurkan bahan rembesan terus ke darah) juga menyebabkan kegemukan.

Sesetengah orang mengatakan bahawa kegemukan berpunca daripada keturunan. Tetapi pendapat tersebut kurang dapat diterima, kerana keturunan bukan merupakan punca utama kegemukan. Sebahagian kecil kes sahaja yang berpunca daripada keturunan.

Penyelidik mengkompemkan bahawa berat badan yg berlebihan memberi tindak balas yang amat dahsyat kepada tubuh badan. Salah satu statistik yang dikeluarkan oleh badan swasta di Amerika mendapati bahawa semakin bertambah ukur lilit pinggang, semakin kurang umur seseorang itu. Orang yang mempunyai ukur lilit dada kurang dari pinggang juga meningkatkan kebarangkalian untuk mati. Diabetis atau kencing manis juga lebih banyak dialami orang yang gemuk atau obes berbanding orang yang normal. Obes memberi pelbagai effect negatif kepada organ2 lain dalam tubuh badan manusia terutama pada jantung. Lemak yang berlebihan akan menggantikan sebahagian sel2 jantung dan directly pengaruhi fungsi utama jantung iaitu mengepam darah ke seluruh badan. Nabi Muhammad s.a.w. telah menegaskan mengenai kegemukan apabila baginda bersabda, "perut itu rumah bagi segala penyakit".



Penyelidikan tersebut juga menyatakan larangan pengambilan ubat2 untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Hal ini kerana, ubat2 tersebut mempunyai side effects yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang lebih teruk akan timbul. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan atau maintain berat badan adalah dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan.

Allah telah berfirman dalam surah Al-A'raf, ayat 31 yang bermaksud,
"Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki masjid, makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang berlebihan".
Oleh itu, telah jelas bahawa Islam telah membincangkan mengenai hal ini sejak 14 abad yg lalu. Jelas juga disini bahawa Islam telah mendahului sains moden dalam memberi amaran berkaitan keburukan mengambil makanan berlebihan dan effect negatifnya.




Rasulullah juga pernah bersabda, "punca segala penyakit ialah makan makanan berlebihan". Kata2 nabi menunjukkan kepentingan sistem pencernaan yang melindungi tubuh daripada racun2 yang dihasilkan oleh makanan. Makan berlebihan dan makan selepas makan menyebabkan bebanan ke atas sistem pencernanaan juga penggandaan bakteria berbahaya. Bakteria tersebut boleh difuse dalam darah dan mengeffect organ2 lain. Maka, kita dapat lihat bahawa Islam amat menitik-beratkan hal berkaitan makanan. Oleh itu, sama2 kita menjaga berat badan untuk memudahkan kita beribadat kepada Allah Taala... Wallahualam...


posted by,
dr. fami™...
Read More......

Wednesday, April 15, 2009

New imaging tool could improve cancer diagnosis

A new imaging technique that uses tiny, dye-containing particles to "fingerprint" proteins within a single cell may lead to better ways to diagnose and treat cancer, U.S. researchers said.

A new imaging technique that uses tiny, dye-containing particles to "fingerprint" proteins within a single cell may lead to better ways to diagnose and treat cancer, U.S. researchers said on Tuesday.

If the technique succeeds on a larger scale, it could improve the ability not only to diagnose cancers, but to determine how aggressive a tumor is and how likely it is to respond to therapy.

"We could use it for diagnosis and maybe to help plan an appropriate treatment for a specific indication," said Cathy Shachaf, a researcher at Stanford University whose study appears in the Public Library of Science Journal PLoS One.

Shachaf said the effort is designed to give doctors a better look at the machinery inside a cell.

"Different types of cells are active in cancer," Shachaf said. "What we tried to do is develop technology to be able to look at the proteins active in a single cell to able to define and distinguish different types of cancer cells from each other."

She said current cell imaging technology known as flow cytometry uses antibodies tagged with fluorescent dye to detect proteins, which light up as they flow through a beam of light.

But the images can become muddy if there are too many overlapping colors, limiting the number of proteins that can be imaged simultaneously to about 20.

Rather than simple fluorescent dyes, the Stanford team used special nanoparticle probes created by Intel Corp that give off distinct signals.

"Instead of giving us a very broad, smooth spectrum they give us sharp fingerprints," Shachaf said.

Shachaf's team used the technology to detect two distinct cancer proteins simultaneously, but she said they have imaged as many as nine in the lab.

"What we've done is shown we can use these particles to detect specific proteins in a single cell," She said.

Shachaf said the team hopes eventually to be able to image as many as 100 distinct features inside a cell.

"The goal of this is to outdo current technology," she said.


Source: World Bulletin

Read More......

Saturday, April 11, 2009

THE POWER OF LOVE


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT kerana dengan izinNYA , saya diberi sedikit kekuatan untuk menghasilkan artikel sulung bagi diri yang dhaif ini. Yang mana saya kira inilah kali pertama saya melibatkan diri dalam dunia blog. Sebelum ini, saya hanya membaca dan melihat sahabat2 yang lain menulis blog masing2 , namun ALLAH SWT telah memilih dan memberi saya peluang untuk turut serta berada di pentas dakwah ini.

Erm…tajuk ini kalau tak silap saya ambil daripada tajuk lagu Celine Dion. Siapa dia, carilah sendiri.Entah macammana saya dapat idea ini. Mungkin ALLAH SWT memberi saya ilham melalui cara itu bagi penetapan tajuk artikel saya kali ini. Siapa tahu?

Bagi pengajian perubatan, kami ada belajar subjek ANATOMY. Dalam ANATOMY ini, iaitu subjek yang menerangkan struktur dalam tubuh badan manusia, ia telah membuatkan saya pening kepala. Amat memeningkan kepala. Kalau tak percaya, try tanya budak2 medik yang lain. Hal ini kerana terdapat banyak struktur2 dan bahagian2 yang perlu di hafal. Nama urat saraf, nama salur darah, nama otot dan banyak lagi. Namun begitu, dalam keadaan yang memeningkan kepala ini, terlintas di fikiran saya bahawa ALLAH SWT sebenarnya ingin menunjukkan kepada kita bahawa betapa kuasanya ALLAH SWT menyusun struktur tubuh badan manusia ini. Yang mana penyusunanNYA yang terlalu....lalu... rapi.


Misalnya, sebagaimana sahabat2 sedia maklum, bahawa dalam tubuh kita terdapat beratus-ratus salur darah( artery-1 & arteries- lebih daripada 1 ) malah mungkin lebih… Ada yang ke atas dan turun ke bawah dan ada yang melilit sekeliling tulang kita. Sungguh kompleks sekali ciptaan ALLAH SWT ini. Jadi apa yang ALLAH SWT ingin tunjukkan kepada kita disini??


Untuk pengetahuan sahabat, setiap organ dalam tubuh badan kita di supply kan oleh banyak arteries. Cuba sahabat bayangkan kalau organ kita hanya memerlukan satu artery sahaja. Mungkin untuk normalnya, organ akan berfungsi dengan baik apabila mendapat darah yang mencukupi. Macammana pula kalau artery ini mengalami masalah seperti tersumbat ? Bagaimana organ ini ingin mendapatkan darah tersebut yang mengandungi oxygen dan nutrisi yang di perlukan oleh organ?? Kalau tidak mencukupi, boleh menjejaskan organ tersebut kerana setiap tindakbalas dalam organ memerlukan oxygen terutamanya.


Namun begitu, sifat AR-RAHMAN dan AR-RAHIM ALLAH SWT mengatasi segala-segalanya, DIA telah mencipta banyak arteries untuk di supply kan kepada organ tersebut. Satu organ akan di supply kan oleh banyak arteries yang mana jika salah satu artery tersebut tersumbat, maka darah akan melalui artery yang lain sebagai satu alternatif untuk memastikan organ tersebut mendapat darah yang mencukupi dan berterusan.

Contohnya paru-paru(lungs), ia di supply kan oleh satu artery utama yang di panggil sebagai bronchi artery. Artery ini akan berpecah kepada beberapa bahagian kecil artery untuk men supply kan kepada lung kita ini lalu bersambung antara satu sama lain yang di panggil sebagai 'anastomosis'. Subahanallah, kasihnya ALLAH SWT dalam memastikan lung kita dalam keadaan yang terbaik dan mampu lagi berfungsi jika salah satu artery ini tersumbat. Lung kita akan berfungsi dengan baik sekali dan kita mampu bernafas dengan sempurna di atas muka bumi ALLAH SWT sehingga ke hari ini.


Sepertimana yang sahabat2 sedia maklum, pernafasan amat penting dalam memastikan tisu dalam tubuh badan manusia mendapat oxygen yang cukup. Dengan udara inilah kita dapat melaksanakan ibadat dan perkara yang kita ingin lakukan. Makan, minum, bersenam, berbual dan sebagainya dalam kehidupan seharian.


Bagaimana sekiranya ALLAH SWT menarik nikmat ini daripada kita dengan mencipta satu sahaja artery untuk satu organ?? Sahabat2 sekalian, begitu sayangnya ALLAH SWT kepada kita. Walaupun artery itu kecil sahaja jika tengok dengan mata kasar, namun ia menjadi begitu agung sekali jika di lihat dengan mata hati. ALLAH SWT ingin memastikan bahawa kita sentiasa dalam keadaan yang baik supaya segala aktiviti harian dapat kita lakukan dengan lancar. Ini baru cakap pasal artery, tak cakap lagi struktur2 yang lain. Inipun dah cukup nak mengambarkan kasih-sayang ALLAH SWT kepada kita. Kasih sayang siapa yang mampu menandingi kasih sayang ALLAH SWT. Ibu kita pun tak setanding dengan kasih sayang ALLAH SWT…


Jadi kadang 2 saya terfikir, macammana kita nak membalas cinta ALLAH SWT ini yang di ibaratkan sebagai 'THE POWER OF LOVE'? Sayang yang terlalu....lalu...lalu sayang. Ikutlah apa yang sahabat ingin sebut pun. Sepatutnya lebih2 lagilah kita sayang kepada ALLAH SWT. Jadi, marilah kita sama2 hisab balik diri kita sejauh mana kita sayang kepada ALLAH SWT.


Jadi jam dah pukul 12 mlm lebih , sebelum mengakhiri kalam saya, ingin diri ini memohon maaf kalau apa yang ingin saya kongsikan di sini tidak seberapa dan jika terdapat kecacatan dan kesalahan silalah tegur supaya saya dapat membaiki lagi skill menulis artikel ini.Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita bersama. Sekian.

Yang hensem:
amgad's student
Read More......

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).