Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Tuesday, August 11, 2009

Jerawat!

Hmm… jerawat…. Perkataan yang tidak asing lagi bagi kita semua. Kemasyhurannya selalu kita dengar dan rupa parasnya sentiasa kita tatapi. Tetapi kehadirannya kebiasaannya mendapat sambutan yang kurang baik dari sesetengah pihak. Tidak kira lelaki ataupun wanita. Namun disebabkan jerawat, kita semua kelihatan semakin matang! Syukran kepada Encik Jerawat!

Sebenarnya ini bukanlah 100% penulisan saya sendiri. Saya cuma ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian satu artikel yang saya terbaca semasa melayari internet beberapa hari yang lalu. Bagi saya, penemuan ini agak menarik perhatian saya dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah.

APA ITU JERAWAT?

Satu keradangan yang berlaku pada kulit. Kebiasaannya, jerawat ini ‘membesar’ apabila ‘whiteheads’ atau ‘blackheads’ telah dijangkiti. Ia boleh terjadi pada muka, leher, dada, belakang mahupun bahu.



JENIS-JENIS JERAWAT

1. WHITEHEADS- jenis jerawat yang kekal di bawah permukaan kulit

2. BLACKHEADS- jerawat ini timbul ke permukaan kulit dan kehitaman

3. PAPUL- bonjolan kecil berwarna merah jambu yang mungkin berasa sakit jika disentuh

4. PUSTUL- jerawat ini berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas

5. NODUL- jerawat yang besar dan menyakitkan di dalam kulit

6. SISTA- jerawat bernanah yang dalam, menyakitkan dan boleh meninggalkan parut

BAGAIMANA ENCIK JERAWAT DILAHIRKAN @ SEBAB-SEBABNYA :

Kulit kita mempunyai berjuta-juta rongga yang kecil. Rongga-rongga ini bersambung dengan kelenjar minyak. Di samping itu, kelenjar minyak di dada, muka dan belakang mampu mencapai angka ribu. Fungsi kelenjar ini adalah untuk melicinkan kulit dengan mengeluarkan minyak yang mengalir melalui saluran yang kecil menuju ke permukaan kulit.

Jadi terdapat 2 punca yang mampu saya ulaskan di sini iaitu:

1- HORMON:

-Merupakan punca utama yang menyumbang kepada kelahiran beliau. Kebiasaannya, kenaikan jumlah hormon dalam badan kita berlaku semasa akil baligh atau kitaran haid bagi wanita. Hal ini menyebabkan penghasilan hormon ‘DiHydroTestosterone(DHT). Hormon ini berperanan merangsang kelenjar minyak mengeluarkan minyak secara berlebihan lalu menyebabkan rongga-rongga di kulit tersumbat. Kesannya, lahirlah Encik Jerawat ini.


2- ‘ SLOUGHING ‘

-Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, pembaharuan kulit yang berlaku akan memproses sel-sel kulit yang telah mati dan menukar kulit. Penukaran kulit berlaku secara berterusan dan kulit baru akan ambil alih.

Tetapi ‘sloughing’, iaitu proses mengasingkan tisu-tisu hidup daripada tisu-tisu yang mati, berbeza bagi setiap orang dengan individu yang lain. Ada sebahagian individu yang tukar sel dengan kerap dan setengah yg lain tidak. Kesan bagi mereka yang jarang berlaku ‘sloughing’, akan menyebabkan sel-sel mati melekit dan bercantum menjadi ‘plug’. Plug ini akan memerangkap minyak dan bakteria dalam kulit. Proses ini memakan masa 2-3 minggu, lalu menghasilkan jerawat.



NASIHAT-NASIHAT DALAM MENGURUSKAN JERAWAT

-Jangan memicit jerawat, kerana ia boleh merosakkan kulit kerana kotoran atau bacteria pada hujung jari mampu menghasilkan keradangan dan meninggalkan parut

-Mengurangkan daripada menyentuh muka secara kerap terutamanya bagi mereka yang telah mempunyai jerawat, kerana geseran yang banyak pada kulit akan menutup rongga-rongga pada kulit secara berlebihan. Kesannya, pengaliran minyak ke permukaan kulit menjadi lebih sukar.

-Jangan menukar produk kebersihan secara kerap, kerana ia boleh menyebabkan alergik dan masalah-masalah kulit yang lain.

-Minta nasihat daripada doktor atau pakar kulit



Disediakan oleh:

Amgad’s student


# Ada juga yang kata jerawat ini timbul sebab jatuh hati pada seseorang. Hmm…. betul ke? (^^)

0 comments:

Post a Comment

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).