Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Sunday, August 30, 2009

Selamat hari lahir, 'bintang'!


Pihak usramedic ingin mengucapkan selamat panjang umur, selamat bagus amalan dan selamat murah rezeki kepada Doktor Khairun Najmi Asyraf bin Mohd Azmin. Pada 29 Ogos 2009, genaplah umur beliau 18 tahun. Tarikh lahir beliau ialah pada 29 Ogos 1991. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Mudah-mudahan pertambahan usia beliau menambahkan lagi kematangan beliau. Beliau merupakan pelajar yg paling muda di kalangan ahli usrahmedic. Beliau dan Hashim merupakan pelajar lompat. Bahkan kesemua anggota usrahmedic memang suka melompat kecuali naqibnya.

Pami mane?!

Nama 'Khairun Najmi Asyraf' jika diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia bermaksud 'Sebaik-baik bintang termulia'. Semoga Doktor Najmi benar-benar menjadi bintang! Hasil karyanya boleh dibaca di SINI. Satu kupasan yg bagus mengenai bahana pergaulan bebas yg melanda remaja masa kini. Kami masih tertunggu-tunggu tulisan seterusnya daripada anda wahai Doktor Najmi :)

Kepada Doktor Najmi secara khasnya dan kepada semua secara amnya, hayatilah sebuah Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam,

' خَيْرُ النَاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ '

Maksudnya, "Sebaik-baik manusia ialah yg panjang umurnya dan baik amalannya..." Hadith Riwayat Tirmizi.

6 comments:

najmi said...

trime kaseh ust..hak3..
insyaAllah..
maseh mncari tjuk..

Dzuu Haniin said...

ni rasa nak bermadah..

Jika bintang, manusia mncari Polaris.
Jika manusia, mereka mncari yang laris.

Jika bintang trtulis dalam kalami,
Bila manusia menjadi Najmi..

Anonymous said...

Najmi: bintangku: my star :)

Anonymous said...

"Mudah-mudahan pertambahan usia beliau menambahkan lagi kematangan beliau"

luv this part, hehe..

asSirru said...

Salam alaik..Sirru'ala barakatillah..kullu sanah wa antum bikhair... Ismi Nur Syeera Syazanie/Khalisyah...Umur 11 thhn...Ana teringin menyemaikan cita-cita ana untuk bljr di Mesir...Smga apa yg ana harapkan akan menjadi kenyataan..Kagum tengok antum semua sentiasa senyum walaupon telah berjauhan dgn parent..Teruskan perjuagan..Smga dipermudahkan urusan..

al-aman said...

Allah makbulkan doa Nur Syeera insya Allah... amiinnn.... Kepada ahli usrah medic, gunakan kelebihan yg ada. Tngok adik Nur Syeera kita ni teringin sangat nk mai mesir.. Antum smua dah ada d Mesir.. so, blajar bersungguh2 ilmu duniawi n ukhrawi...

Post a Comment

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).