Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Thursday, April 16, 2009

Tahniah dan Takziah

Saya mewakili pihak usramedic mengucapkan lagi ucapan tahniah, 'Selamat Panjang Umur dan Banyak Amalan!' Kali ini kepada Ketua Biro Akademik KPT sesi ini, Ustaz Muhammad Syukri b. Muhammad Nazar. Beliau juga merupakan penulis jemputan di blog usramedic. Tarikh lahirnya berdasarkan kalendar hijrah ialah pada 19 Rabiul Akhir.


Kami juga ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Syukri dan Ustaz Abd Manan disebabkan kemalangan yg telah menimpa beliau pada pagi semalam ketika dalam perjalanan ke kelas pengajian Syeikh Yusri yg mensyarahkan Sunan Tirmizi di Jabal Muqattam. Walaubagaimanapun, tiada kecederaan parah yg dilaporkan.

Ustaz Abd Manan yg menunggang motosikal cedera ringan di bahagian lutut. Satu-satunya baju melayunya di Mesir ini akhirnya koyak. Walaupun begitu, beliau masih boleh berfikir dengan waras. Baju Melayu untuk majlis perkahwinan terpaksa diganti dengan yg lain. Ustaz Syukri yg membonceng pula luka ringan di bahagian tangan. Kedua-duanya, masih mampu mengukir senyuman.

Menurut mangsa, Ust Abd Manan yg juga selaku Ketua Biro Dakwah KPT, motosikal yg ditunggangnya hilang kawalan akibat tumpahan minyak yg terdapat di tengah jalan. Keadaan jalan yg licin itu menyebabkan mereka berdua bergeser sejauh 47 langkahan kaki berdasarkan langkahan kaki Ust Manan.

Tiada ucapan yg afdhal disebut apabila mendapat berita sebegini kecuali ucapan Istirja' , "Inna lillah wa inna ilaihi raaji'un."


p/s: Kepada sesiapa yg ingin menziarahi mereka, silalah bawa buah tangan. :)
Saya mewakili pihak usramedic mendoakan agar anda berdua sembuh kembali.

al-aman.blogspot.com

6 comments:

Anonymous said...

hihi.. gambar us manan masa muda ke tu? hik3

-- d'udin--

farezuan said...

Takziahlah buat kedua2 mangsa yg terlibat...mungkin tuhan nak naikkan darjat mereka ke maqam yg lebih tinggi...dan saper2 yg ader baju melayu lebih tu, bolehlah sedekah ke ust Manan...

Anonymous said...

camne plak dgn motor? ok ke? harap2 motor tak rosak lah.Lepah ni bleh kasitau ustaz wan osman kutip derma utk baiki motor tu...hi3

kembara™ said...

ujian meningkatkan ketaqwaan

alqarni_12 said...

mekasihlah prihatin ke mangsa kjadian 2...
tp jgnlah prihatin sgt sapa ltk gambar ambo.
sapo admin ni?..x puah hati sungguh la..
kpd d'udin..gamba ambo mmg g2..sbb ambo ni mudo sokmo..
harap ustz farezuan cepat2lah tolong jahit baju ambo tue..

al-aman said...

Berita biasanya mesti ada tnjuk gambar mangsa. :)

Post a Comment

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).