Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Thursday, April 30, 2009

Amal Bermusim

Bismillahirrahmanirrahim..


Sukar sungguh sekarang untuk menulis, akal selalu bercambah dengan idea hati terus mendesak, maka keterpaksaan jua di pinta tika menulis ini. Semememangnya terasa kelakar jua tika kita mengingati semula akan kehidupan yang dilalui ini samaada yang telah lalu mahupun yang akan datang menyapa nanti. Itulah yang hakikat sebuah kehidupan, tiadalah dinamai kehidupan tanpa mendapat lambaian kegembiraan dan kedukaan sepanjang perjalanan hidupnya.

Musim imtihan sudah mula datang bertamu, kedatangnya menyebabkan manusia mula terkial-kial mencari pendayun dan pelampun untuk menghadapi gelombang ombak peperiksaan yang bakal kunjung tiba. Kehadiranya mampu menggerakkan mereka yang leka dengan keasyikan dunia, kalau direnungi kedatangan imtihan itu, ada baiknya dan kepulangannya menyebabkan sesetengah manusia itu sedih.

Mungkin terasa pelik dengan kenyataan diatas, mana tidaknya rata-rata manusia kurang gembira dengan kedatangan imtihan dan berharap ingin bercerai denganya secepat yang mungkin namun oleh kerana keterpaksaan, kebencian yang ada pada hati terpaksa di pendam. Kehidupan itu perlu kepada pengamatan pada mata yang memandang dan ditafsir dengan hati yang bersih maka terhasilah sulingan yang terbaik.

Sebenarnya datangnya imtihan itu telah menjadikan manusia rapat dengan tuhannya, cuba kita bayangkan apabila tibanya imtihan sekalian umat mahasiswa akan bertamu dirumah Allah taala menadah tangan bermohon pada tuhan yang maha memberi, ditambah pula dengan ibadat solat hajat dan tahajjud secara berjemaah dengan satu pengharapan agar kejayaan diperolehi.


Usaha untuk mengapai kejayaan tidak terhenti pengharapan pada Allah sahaja, maka setiap saat dalam fatrah imtihan kitablah menjadi rakan yang paling akrab, dimana jua pergi pasti bersamanya kitab. Setiap saat waktu solat pula, pasti dijaga dengan sebaiknya dan ditunai secara berjemaah agar kejayaan bisa terhasil. Disebabkan keberatan dalam menghadapi imtihan, maka terjadi ringanlah lidah untuk mengalungkan zikir pada Tuhan Yang Maha Mendengar.

Betapa indahnya perjalanan amalan sebegini, namun terlebih indah jika ia kekal sehingga ke akhir hayat, bukan hanya datang dalam keadaan bermusim sahaja. Ingatlah, berdirinya kita dalam kehidupan ini bukan kerna sebuah sijil untuk kita binakan kekayaan mahupun perhiasan yang terbaik diatasnya hanya untuk memenuhi tuntutan kehidupan dunia, tapi tegaknya kita dalam kehidupan ini tidak lain hanya kerana tuhan yang Maha Esa.

Maka janganlah hadirkan ibadat bermusim buat Tuhan Yang Maha Esa , tika imtihan menjelma maka ruh kebaikkan mula menampakkan diri namun tika imtihan mula berlabuh ruh kelekaan mula bersarang dalam hati. Ingatlah dan takutilah dengan amalan yang bermusim ini, kerana amalan sebegini adalah salah satu cabang kepura-puraan dalam pengibadatan pada Allah taala, dan secara tidak langsung telah menempah bilik di neraka jahanam.
"Istiqamah itu terlebih baik dari seribu karamah."
“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah, seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman diwaktu pagi,kemudian di waktu petang dia menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman diwaktu petang, kemudian pada esok harinya dia menjadi kafir. Ia telah menjual ugamanya dengan mata benda dunia.” -Riwayat Muslim-

Akhirnya….

Selamat menghadapi imtihan yang akan kunjung tiba buat sahabat sekalian. Jadikanlah imtihan ini sebagai wasilah untuk kita bertaqarrub pada Allah taala dan bukan hanya untuk mengapai tujuan dunia semata mata, agar kejayaan kita didunia ini berterusan hingga menggapai kejayaan yang hakiki di akhirat nanti.

SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA!!

Wallahualam.


posted by,

Ustaz Farezuan
http://insaf.blog.friendster.com

4 comments:

Dzuu Haniin said...

salam..ana ni nak dkt exam pun malas cmne ye?

Anonymous said...

syukran u farezuan...baru ana tersedar...insyaALLAH ana akan membetulkan smula niat ana...

Ibn azhar to Dzuu Haniin said...

ambe pun samer jgk...huhh

Anonymous said...

alhamdulillah rindu ambe utk bace tulisanmu terubat jua..
namun ambe terlebih rindu utk mendengar suare ustz farizwan bergema2 di surau kite..

~ jagung ~

Post a Comment

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).