Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Friday, April 10, 2009

KENAPAKAH KITA MESTI MENUTUP AURAT?

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pertama kali, marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana masih dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan yang baik. Semoga dengan adanya nikmat-nikmat seperti ini, kita dapat menjalankan amal ibadat kita kepadaNYA dengan lebih baik dan berterusan, insyaAllah.

Memandangkan ini kali pertama ana post dI blog ni, n blog2 lain pun sblm ni mmg ana x pernah post sumthing, ana harap posting ana yang sulung ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada para pembaca, semoga usaha ana ini dilihat oleh Allah swt sebagai satu amalan dakwah, semoga Allah swt merahmati kita insyaAllah.

Ana tidak berniat untuk menulis satu artikel yang panjang, maklumlah ini kali pertama, tapi ana ada satu info yang menarik yang ingin dikongsikan bersama,


KENAPAKAH KITA MESTI MENUTUP AURAT?




Ramai juga yang mempersoalkan, apa perlunya menutup aurat? Tambahan pula keadaan sekeliling yang agak panas, rimas dan sebagainya. Timbul lagi persoalan, kalau nak tutup aurat, tutuplah sendiri, kenapa perlu memaksa orang lain pula untuk menutup aurat? Di dalam artikel kali ini, insya Allah sedikit sebanyak artikel yang ditulis oleh “seorang lelaki” untuk kegunaan kaum wanita.



Pertama : Aurat itu menjijikkan mata


Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya. Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!


Kedua : Aurat itu perlu disembunyikan


Selain itu, aurat adalah anggota yang perlu disembunyikan, kerana ia adalah maruah. Sekiranya semua wanita memikirkan maruahnya, sudah pasti semua wanita di dunia ini menutup aurat mereka. Apa yang terjadi, mereka yang mendedahkan aurat ini telah menjaja maruah mereka untuk diperagakan di hadapan lelaki-lelaki. Mungkin hendak menarik perhatian lelaki-lelaki, tetapi, kenapa perlu menarik perhatian lelaki? Tiada sebab bukan?Cukup sekadar aurat mereka dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.


Ketiga : Aurat itu pintu kepada zina!


Dengan menjaja aurat dan maruah di pasar-pasar, dan jalanan, ia boleh membawa kepada zina. Begitu juga rogol. Adakah rogol itu hanya disalahkan kepada lelaki sahaja? Kaum wanita adalah kaum paling kejam sekali apabila mereka mendedahkan aurat mereka untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, tetapi apabila dirogol, kaum lelaki juga yang dikenakan hukuman. Timbul juga persoalan, “Perempuan bertudung pun kena juga”. Biasanya yang lontarkan soalan ini adalah orang yang tidak bertudung! Sengaja mencari alasan untuk menghalalkan aurat mereka. Hakikatnya sekiranya mereka mengetahui perempuan bertudung pun turut menjadi mangsa, sepatutnya mereka lebih memakai tudung.

Perempuan bertudung pun kena, apatah lagi tidak. Mungkin boleh dilihat dari pelbagai aspek. Aurat bukan hanya dengan bertudung. Sekiranya tudung dipakai hanya separas atas dada, kemudian mengenakan baju dan seluar ketat, sama sahaja. Itu juga masih dikatakan membuka aurat. Takkanlah menutup aurat sebahagian, dan sebahagian lagi dibuka? Sama sahaja, aurat juga. Dari aspek lain, ingatlah, sekiranya perempuan yang menutup aurat pun menjadi mangsa, maka perhatikanlah. Mereka menjadi mangsa disebabkan perempuan-perempuan lain yang tidak menutup aurat. Perempuan lain yang sengaja mendedahkan aurat mereka menyebabkan perempuan yang suci menjadi mangsa. Lihatlah betapa besarnya dosa tidak menutup aurat, orang lain menjadi mangsa disebabkan kita!


Kesimpulan


Ya, tidak dinafikan, mereka yang merogol orang, yang bermata keranjang dan sebagainya boleh dipersalahkan. Tetapi, apakah punca mereka menjadi seperti itu? Adakah semua kesalahan dan dosa tersebut hanya dipikul oleh mereka? Tidak. Perempuan yang mendedahkan aurat lebih dahulu menanggung dosa kerana menjadikan golongan lelaki seperti itu. Berhati-hatilah dengan aurat anda. Ia akan membunuh anda sekiranya tidak dijaga! Saya yakin, ramai wanita yang mendedahkan aurat benci dengan artikel ini, bahkan melabelkan artikel ini sebagai jumud, mengongkong dan sebagainya.

Tetapi ingatlah, ia ditulis oleh seorang lelaki yang tiada sebarang kepentingan terhadap diri anda! Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “Kenapa perlu sibuk tepi kain orang?” Saya menjawab “Orang gila pun akan tegur orang yang berseluar koyak”. Bolehkan orang yang berseluar koyak itu menjawab “Ini seluar aku, aku punya pasallah!” Lihatlah kebodohan orang yang berseluar koyak ini, apabila ditegur tentang keAIBan dirinya, dimarahi pula orang itu.


Posted by,
ZuKaK

4 comments:

Alia Abdul Rashid said...

salam..nice one..teringt saya tentang bila mana kita mahu menegur org, perlulah dilakukan secara berhikmah & berhikmah tidak bermakna kena tegur secara lembut, kalau teguran keras diperlukan,insyaAllah,itulah yg menjadi pilihan..dlm kita menegur,insyaALlah sama2 juga kita tanam kefahaman sebenar pd mereka & cuba memahami background mereka kan..sama2 usaha ya..insyaAllah..

al-aman said...

Seorang gadis pernah ditegur dan dinasihati oleh seorang lelaki. Sebabnya, dia keluar lewat malam. Lalu gadis itu melontarkan pertanyaan kepadanya, ingkar kepada nasihatnya, "Kenapa awak suka jaga tepi kain orang?"

Maka, lelaki itu menjawab, "Saya bukan nak jaga TEPI kain awak, tapi saya nak jaga DALAM kain awak!" Baru la gadis tersebut terdiam...

Dzuu Haniin said...

huhu..mmg itulah hidup ssorg lelaki.setiap hari yg berlalu penuh dgn dugaan dan mujahadah mnghadapi perempuan yg x reti nak phm perintah Agung.

Anonymous said...

Tahniah,mubarak,ahsanta..semoga tulisan pertama ini menjadikan anda seorang penyumbang besar kepada dunia thaqafah dan dakwah..

Post a Comment

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).