Sunday, December 27, 2009
Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-19, Pami!
Pihak usramedic ingin mengucapkan selamat panjang umur, selamat bagus amalan dan selamat murah rezeki kepada Doktor Mohd Fahami bin Ariffin aka Pami. Pada 27 Disember 2009, genaplah umur beliau 19 tahun. Tarikh lahir beliau ialah pada 27 Disember 1990. Semoga pertambahan usia diiringi dengan bertambahnya ilmu dan amalan. Sempena Tahun Baru Hijrah ini, ayuh kita bermujahadah melawan nafsu untuk menjadi seorang muslim sejati. Kepada Dr. Pami, berazamlah untuk menjadi seorang doktor Muslim yg berdakwah kepada agama Allah. Anda insan istimewa kerana dipilih Allah ke Bumi Mesir. Manfaatkan peluang. Teruslah berazam hingga kejayaan berada di tangan anda. Kejayaan sebenar ialah meraih redha Allah.
Kepada Doktor Pami secara khasnya dan kepada semua secara amnya, hayatilah sebuah Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam,
Kepada Doktor Pami secara khasnya dan kepada semua secara amnya, hayatilah sebuah Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam,
' خَيْرُ النَاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ '
"Sebaik-baik manusia ialah yg panjang umurnya dan baik amalannya..." Hadith Riwayat Tirmizi.
Dari kiri, Pami, Zuket dan Marami bersama Syeikh Abdul Rahman dari Tanta yg menjadi imam jemputan untuk terawih di Terengganu.
Kebetulan tarikh ulang tahun kelahiran Pami yg ke-19 jatuh pada Hari Asyura Tahun 1431 Hijrah. Sempena Hari Asyura, ayuh kita sama-sama puasa sunat dengan niat puasa Asyura. Bahkan bagi Dr. Pami, di samping puasa Asyura beliau juga boleh berniat berpuasa sunat sebagai tanda kesyukuran dipanjangkan usia oleh Allah. Rasulullah Sollallahualaihiwasallam menyambut hari kelahirannya iaitu Hari Isnin dengan berpuasa sunat. Apabila ditanya mengapa Baginda berpuasa pada hari Isnin, maka Baginda menjawab hari itu ialah hari kelahiran Baginda.
Tadi, kami baru sahaja selesai berdiskusi tentang Hari Asyura dan membaca Hadith Musalsal Hari Asyura. Seramai 4 orang ahli usramedic hadir (Malek, Pami, Najmi, Hashim. Zuket pulang ke Malaysia), naqibnya dan disertai Dr. Anas, Dr. Hamzah dan Dr. Hafuza. Antara yg dibincangkan ialah hadith-hadith yg berkait dengan Hari Asyura. Perbincangan merujuk kepada Kitab Latoiful Maarif karangan Ibnu Rejab Al-Hanbali hafizahullah.
Kelebihan puasa Hari Asyura ialah sebagaimana sabda Baginda di dalam Sahih Muslim,
وصيام يوم عاشوراء إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التى قبله
"Berpuasa pada Hari Asyura, aku memohon kepada Allah agar menghapuskan dosa tahun sebelumnya."
Para ulama berkata, dosa yg dihapuskan ialah dosa kecil. Manakala bagi dosa besar, perlu dihapuskan dengan taubat kepada Allah.
Jom puasa!
Sunday, December 20, 2009
Peta Perjalanan Hijrah Yang Bersejarah
Terdapat 10 peta. Setiap peta menunjukkan pergerakan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam bersama Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq radiyallahuanhu di dalam peristiwa hijrah menuju ke Madinah. Jalan yg dilalui oleh mereka bukanlah jalan yg biasa digunakan untuk ke Madinah. Rujuk setiap peta untuk membantu anda memahami pergerakan mereka dalam operasi Hijrah. Setiap peta diberikan penjelasan secara ringkas (di bahagian bawah setiap peta).
Allah telah mengizinkan Rasulullah Sollallahualaihiwasalam untuk berhijrah. Baginda telah keluar dari rumahnya pada waktu malam dan mengarahkan Sayyiduna Ali radiyallahuanhu supaya tidur di tempat baginda untuk mengaburi pihak kafir Quraisy yg ingin membunuhnya. Jika mereka mengintai melalui lubang pintu, mereka akan menyangka Baginda masih kekal di dalam rumah. Baginda menuju ke rumah Sayyiduna Abu Bakar yg berperanan sebagai teman Baginda dalam operasi hijrah. Mereka bergerak menuju ke Selatan Mekah yg menghala ke Yaman sedangkan Madinah berada di Utara Mekah, sebagai strategi untuk mengelirukan musuh. Lihat peta di atas.
Pada malam 27 Safar Tahun ke-14 Kenabian, Baginda dan Sayyiduna Abu Bakar menghala ke arah Yaman, menuju ke Gua Thur. Jarak dari Mekah ke Gua Thur ialah 5 batu. Mereka menetap di sana selama 3 malam: Jumaat, Sabtu dan Ahad. Anak kepada Sayyiduna Abu Bakar, Abdullah berperanan sebagai pembawa berita dari Mekah. Pada waktu malam, beliau akan ke Gua Thur lalu menceritakan perancangan Quraisy yg beliau dengar di Mekah. Sebelum subuh, beliau akan pulang semula ke Mekah lalu pagi harinya, beliau sudah berada di Mekah. Maka musuh menyangka beliau ada bersama mereka di Mekah sepanjang malam. Musuh tidak akan menghidu sebarang misi yg dilakukan. Hamba Sayyiduna Abu Bakar, 'Amir bin Fuhairah pula akan ke Gua Thur bersama kambingnya, memberi susu kepada mereka sekaligus berperanan memadamkan kesan tapak kaki Abdullah dengan melalui jalan yg sama yg dilalui oleh Abdullah.
Baginda dan Sayyiduna Abu Bakar keluar dari Gua Thur pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal. Bersama mereka ialah seorang penunjuk jalan yg masih kafir, Abdullah bin Uraiqit dan 2 tunggangan yg sejak lama telah disediakan oleh Sayyiduna Abu Bakar, khas untuk misi hijrah. Sayyidatuna Asma', anak kepada Sayyiduna Abu Bakar pula berperanan menyiapkan bekalan untuk permusafiran mereka. Dari Gua Thur, mereka bergerak ke 'Usfan. Lihat peta.
Suraqah bin Malik bin Ju'syam berjaya mengesan lalu mengikuti jejak mereka. Tiba-tiba kaki kudanya terjerelus ke dalam pasir. Cubaan demi cubaan untuk mendekati Baginda semuanya gagal. Akhirnya beliau tahu bahawa Baginda dilindungi oleh Allah. Beliau juga memohon keamanan dari Baginda. Bahkan beliau dijanjikan gelang Maharaja Kisra, Raja Parsi . Sedangkan kerajaan Parsi hanya jatuh pada zaman Sayyiduna Umar bin Al-Khattab. Ini bererti, Baginda telah diwahyukan bahawa satu hari nanti Islam akan mengalahkan Parsi, kuasa besar dunia ketika itu. Dari 'Usfan, mereka menuju ke Amaj. Lihat peta.
Di dalam perjalanan, mereka lalu berhampiran Khemah Ummu Ma'bad Al-Khuza'iyyah. Ummu Ma'bad memberi minum dan makan kepada sesiapa sahaja yg lalu di situ. Tapi, ketika itu tiada apa yg mampu diberikan kepada mereka. Tiba-tiba, kambing kurus miliknya mampu mengeluarkan susu berkat tangan Baginda yg menyapu kantung susunya. Mereka minum susu yg diperah. Baginda juga meninggalkan sebekas susu di khemah Ummu Ma'bad, yg mengejutkan suaminya yg pulang, bagaimana kambing yg kurus mampu mengeluarkan susu. Ummu Ma'bad menceritakan segalanya. Dari Amaj, mereka menuju pula ke Qudaid. Lihat peta.
Abu Buraidah dan kaumnya seramainya 70 orang yg pada asalnya ingin menangkap Baginda untuk mendapatkan ganjaran 100 ekor unta yg dijanjikan puak kafir Quraisy akhirnya lembut hati lalu memeluk Islam kesemuanya setelah menerima dakwah daripada Baginda. Kemudian, Baginda meneruskan perjalanan.
Mereka bertemu dengan Az-Zubair bersama kafilah dagangnya yg pulang dari Syam. Beliau memberikan dua helai pakaian putih, sehelai untuk Baginda dan sehelai lagi untuk Sayyiduna Abu Bakar. Mereka meneruskan perjalanan hingga ke Marjih. Lihat peta.
Mereka terus bergerak hingga tiba di Quba' pada 8 Rabiul Awwal.
Mereka menetap di Quba' selama 4 hari : Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Di situ, masjid pertama dalam sejarah Islam dibina, Masjid Quba'. Masjid yg dibina atas dasar taqwa sebagaimana yg dinyatakan di dalam Surah At-Taubah ayat 108.
Baginda dan para sahabat keluar dari Quba' menuju ke Madinah yg ketika itu dikenali dengan Yathrib pada hari Jumaat. Mereka solat Jumaat di Kampung Bani Salim bin Auf. Jumlah mereka ialah 100 orang. Setelah solat Jumaat, mereka bergerak masuk ke Yathrib yg pada hari itu telah ditukar namanya kepada nama Madinah. Umat Islam di Madinah telah menunggu ketibaan Baginda sejak lama. Nasyid 'Tolaal Badru 'Alaina' bergema, tanda kegembiraan menyambut ketibaan Nabi yg dinanti-nantikan.
Unta yg ditunggang oleh Baginda telah diperintahkan oleh Allah untuk berhenti di tempat yg telah pun ditetapkan. Unta itu terus berjalan dan akhirnya duduk kemudian bangun kembali dan bergerak sedikit. Lalu, ia kembali semula ke tempat yg mula-mula didudukinya tadi. Baginda akhirnya turun dari unta tunggangannya. Di tempat itulah didirikan Masjid Nabawi. Kawasan itu ialah kawasan Bani Najjar yg mempunyai talian persaudaraan dengan Baginda dari sebelah bapanya. Baginda menjadi tetamu Sayyiduna Abu Ayyub Al-Ansari kerana rumahnya berada di hadapan tempat unta Baginda berhenti. Baginda menetap di rumah beliau selama 7 bulan sehinggalah siap terbina Masjid Nabawi dan rumah Baginda serta isteri-isterinya.
Perkara pertama yg dilakukan oleh Baginda apabila tiba di Madinah ialah membina masjid. Baginda sendiri melibatkan diri dalam kerja-kerja pembinaan masjid ini. Ketika bermukim di Quba', Baginda telah membina Masjid. Begitu juga apabila tiba di Madinah. Jelas, masjid sangat berperanan penting dalam pembangunan ummat. Masjid Nabawi ketika itu berperanan sebagai tempat ibadat, pusat pertemuan, madrasah dan pusat pemerintahan. Dari masjid inilah, Islam terus berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia sehinggalah pada hari ini, populasi penduduk dunia yg beragama Islam mencapai angka lebih kurang 1.8 billion.
# Untuk lihat Peta Perjalanan Hijrah (Flash)
-Bahasa Arab- klik SINI.
-Bahasa Inggeris- klik SINI.
# Special Page di Islamonline sempena Tahun Baru 1431 Hijrah. Klik SINI.
Read More......
# Untuk lihat Peta Perjalanan Hijrah (Flash)
-Bahasa Arab- klik SINI.
-Bahasa Inggeris- klik SINI.
# Special Page di Islamonline sempena Tahun Baru 1431 Hijrah. Klik SINI.
Friday, December 11, 2009
Ulang tahun kelahiran Dr. Zuket
Pihak usramedic ingin mengucapkan selamat menyambung ulangtahun ke-19 kepada Dr. Mohd Zulkhairi bin Sulaiman aka Zuket. Tarikh lahir beliau ialah pada 10 Disember 1990.
Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru 1431 Hijrah dan 2010 Masihi, diharapkan agar Dr. Zuket mempunyai azam dan semangat baru yg berkobar-kobar. Teruskan kecemerlangan akademik anda di samping jangan lupakan ilmu-ilmu agama yg merupakan kewajipan bersama. Anda istimewa kerana ditakdirkan Allah untuk mengambil bidang perubatan di Bumi Anbiya. Jangan sia-siakan peluang keemasan ini. Tingkatkan prestasi spiritual, mental dan fizikal anda.
Jadilah seorang doktor Muslim yg memahami tanggungjawab dakwah. Peluang berdakwah di bidang perubatan terbuka luas. Berdakwah bukan sahaja melalui kata-kata bahkan dengan perbuatan dan akhlak. Menyumbang kepada jalan dakwah bukan sahaja melalui tenaga bahkan juga dengan idea dan material. Jadilah seorang doktor Muslim yg berkhidmat kerana Allah. Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam,
Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru 1431 Hijrah dan 2010 Masihi, diharapkan agar Dr. Zuket mempunyai azam dan semangat baru yg berkobar-kobar. Teruskan kecemerlangan akademik anda di samping jangan lupakan ilmu-ilmu agama yg merupakan kewajipan bersama. Anda istimewa kerana ditakdirkan Allah untuk mengambil bidang perubatan di Bumi Anbiya. Jangan sia-siakan peluang keemasan ini. Tingkatkan prestasi spiritual, mental dan fizikal anda.
Jadilah seorang doktor Muslim yg memahami tanggungjawab dakwah. Peluang berdakwah di bidang perubatan terbuka luas. Berdakwah bukan sahaja melalui kata-kata bahkan dengan perbuatan dan akhlak. Menyumbang kepada jalan dakwah bukan sahaja melalui tenaga bahkan juga dengan idea dan material. Jadilah seorang doktor Muslim yg berkhidmat kerana Allah. Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam,
خير الناس أنفعهم للناس
"Sebaik-baik manusia ialah yg paling memberi manfaat kepada manusia."
Profesion sebagai seorang doktor amat selari dengan kalam Nabi ini. Tahniah!
Sabda Baginda lagi,
' خير الناس من طال عمره وحسن عمله '
"Sebaik-baik manusia ialah yg panjang umurnya dan baik amalannya..." Hadith Riwayat Tirmizi.
Ayuh, kita jaga iman dan akhlak kita! Upgrade ibadah kita!
Thursday, November 26, 2009
Adab-adab dan Sunat-sunat Hari Raya
1- Disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya). Hukum sunatnya diqiyaskan dengan hukum sunat mandi Jumaat kerana Hari Raya ialah hari berhimpunnya manusia. Mana-mana waktu atau tempat yg berlakunya perhimpunan manusia, maka disunatkan mandi.
Bahkan disunatkan mandi kepada semua, samada yg ingin menghadiri solat Hari Raya ataupun tidak kerana mandi ini bertujuan untuk menzahirkan kecantikan.
Disunatkan membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku (cara potong kuku klik SINI), menghilangkan bau-bau yg tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan memakai wangi-wangian.
2- Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan, musolla dan sebagainya supaya dapat membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yg diwajibkan berpuasa. Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepas Solat Raya supaya makanan yg mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yg berkat. Anas radiyallahuanhu meriwayatkan, "Nabi Sollallahualaihiwasallam tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, Baginda memakannya dengan bilangan ganjil." Riwayat Bukhari
3- Memakai pakaian yg paling bagus, walaupun bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Tetapi jika warna putih maka terhimpun padanya dua sunat; pakaian yg bagus dan warna putih iaitu warna yg paling afdhal.
Disunatkan menghadirkan anak-anak yg sudah mumayyiz untuk solat sunat Hari Raya.
Disunatkan membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku (cara potong kuku klik SINI), menghilangkan bau-bau yg tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan memakai wangi-wangian.
2- Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan, musolla dan sebagainya supaya dapat membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yg diwajibkan berpuasa. Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepas Solat Raya supaya makanan yg mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yg berkat. Anas radiyallahuanhu meriwayatkan, "Nabi Sollallahualaihiwasallam tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, Baginda memakannya dengan bilangan ganjil." Riwayat Bukhari
3- Memakai pakaian yg paling bagus, walaupun bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Tetapi jika warna putih maka terhimpun padanya dua sunat; pakaian yg bagus dan warna putih iaitu warna yg paling afdhal.
Disunatkan menghadirkan anak-anak yg sudah mumayyiz untuk solat sunat Hari Raya.
4- Bertakbir. Takbir terbahagi kepada dua. Takbir mutlak atau mursal dan takbir muqayyad. Pada Aidilfitri, hanya disunatkan takbir mutlak sahaja.
1- Takbir mutlak atau mursal : Takbir yg dilaungkan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa terikat dengan solat.
-Waktu bermula pada kedua-dua hari Raya ialah selepas gelincir matahari iaitu masuknya hari baru iaitu selepas masuknya waktu maghrib. Berakhir setelah imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya.
2- Takbir muqayyad : Takbir selepas menunaikan solat sama ada solat tunai mahupun qadha', fardhu mahupun sunat kerana takbir ialah syiar waktu. Takbir muqayyad selepas solat tidak disunatkan pada malam Aidilfitri menurut pendapat yg ashah dalam mazhab Syafie. Walaubagaimanapun, takbir yg bergema di masjid-masjid pada malam Aidilfitri tidaklah dianggap sebagai bidaah yg keji kerana ia boleh dianggap sebagai takbir mutlak dan bukan takbir muqayyad yg dikhususkan selepas solat.
-Waktu bermula dari subuh Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah sehingga asar Hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.
Tidak disunatkan takbir selepas sujud tilawah dan sujud syukur kerana kedua-duanya bukan solat.
*Ini semuanya bagi orang yg tidak mengerjakan haji. Bagi yg mengerjakan haji, maka bagi mereka ada hukum-hukum yg khas.
5- Pergi awal ke musolla bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untuk lewat sedikit sehingga tiba waktu untuk solat kerana mengikut perbuatan Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam. Disunatkan bagi imam untuk melewatkan solat sunat Aidilfitri untuk memberi ruang kepada umat Islam untuk membayar zakat fitrah pada waktu yg afdhal iaitu sebelum solat, manakala disunatkan menyegerakan solat sunat Aidiladha untuk segera menjalankan acara korban.
6- Disunatkan berjalan dan melalui jalan yg berbeza ketika pergi dan ketika pulang. Tidak menaiki kenderaan melainkan kerana terdapat keuzuran seperti sakit, lemah dan jauh, maka tidak mengapa untuk menaiki kenderaan. Jabir radiyallahuanhu meriwayatkan, "Adalah Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam apabila Hari Raya, Baginda membezakan jalan (pergi melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain). Riwayat Bukhari.
Disunatkan ketika pergi ke musolla untuk melalui jalan yg lebih jauh kerana pergi lebih afdhal daripada pulang. Supaya jalan-jalan yg dilaluinya menjadi saksi atas ibadatnya dan supaya memperbanyakkan pahalanya. Ini disunatkan dalam setiap ibadat seperti Solat Jumaat, Haji dan menziarahi orang sakit.
7- Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya (walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur). Tujuannya untuk menyaksikan kebaikan, doa umat Islam dan mendengar khutbah.
Tidak dibenarkan wanita memakai wangi-wangian melainkan yg baunya hanya memadai untuk dirinya sahaja.
8- Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan istighfar. Walaupun hadith-hadith yg menceritakan kelebihannya berstatus dhaif, tetapi dibenarkan untuk tujuan fadhail amal. Abu Umamah radiyallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahualaihiwasallam bersabda, "Sesiapa yg menghidupkan dua malam Hari Raya, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya seluruh hati."
9- Solat sunat mutlak. Tiada solat sunat khas sebelum dan selepas solat Hari Raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat sunat (nafilah) mutlak pada Hari Raya selepas naiknya matahari sebelum menunaikan solat Hari Raya ataupun selepasnya (bukan dengan niat solat sunat sebelum dan selepas Solat Sunat Hari Raya). Kerana tiada yg lebih penting daripada solat. Abu Burdah, Anas, Al-Hasan dan Jabir bin Zaid solat sebelum keluarnya imam pada Hari Raya - Riwayat Baihaqi.
Adapun bagi imam, dimakruhkan baginya solat sunat sebelum Solat Sunat Hari Raya dan selepasnya kerana menyibukkan dirinya dengan perbuatan yg tidak penting. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiyallahuanhuma "Sesungguhnya Nabi Sollallahualaihiwasallam keluar pada Hari Aidilfitri, lalu solat dua rakaat (solat sunat Hari Raya), Baginda tidak solat sebelum dan selepasnya." Riwayat Bukhari.
Imam Syafie rahimahullah berkata, “Telah sampai khabar kepada kami, bahawa doa dimakbulkan pada 5 malam. Malam Jumaat, dua malam hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Rujukan : Al-Muktamad fi al-Fiqh as-Syafie karangan Dr. Muhammad Az-Zuhaili hafizahullah.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Read More......
1- Takbir mutlak atau mursal : Takbir yg dilaungkan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa terikat dengan solat.
-Waktu bermula pada kedua-dua hari Raya ialah selepas gelincir matahari iaitu masuknya hari baru iaitu selepas masuknya waktu maghrib. Berakhir setelah imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya.
2- Takbir muqayyad : Takbir selepas menunaikan solat sama ada solat tunai mahupun qadha', fardhu mahupun sunat kerana takbir ialah syiar waktu. Takbir muqayyad selepas solat tidak disunatkan pada malam Aidilfitri menurut pendapat yg ashah dalam mazhab Syafie. Walaubagaimanapun, takbir yg bergema di masjid-masjid pada malam Aidilfitri tidaklah dianggap sebagai bidaah yg keji kerana ia boleh dianggap sebagai takbir mutlak dan bukan takbir muqayyad yg dikhususkan selepas solat.
-Waktu bermula dari subuh Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah sehingga asar Hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.
Tidak disunatkan takbir selepas sujud tilawah dan sujud syukur kerana kedua-duanya bukan solat.
*Ini semuanya bagi orang yg tidak mengerjakan haji. Bagi yg mengerjakan haji, maka bagi mereka ada hukum-hukum yg khas.
5- Pergi awal ke musolla bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untuk lewat sedikit sehingga tiba waktu untuk solat kerana mengikut perbuatan Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam. Disunatkan bagi imam untuk melewatkan solat sunat Aidilfitri untuk memberi ruang kepada umat Islam untuk membayar zakat fitrah pada waktu yg afdhal iaitu sebelum solat, manakala disunatkan menyegerakan solat sunat Aidiladha untuk segera menjalankan acara korban.
6- Disunatkan berjalan dan melalui jalan yg berbeza ketika pergi dan ketika pulang. Tidak menaiki kenderaan melainkan kerana terdapat keuzuran seperti sakit, lemah dan jauh, maka tidak mengapa untuk menaiki kenderaan. Jabir radiyallahuanhu meriwayatkan, "Adalah Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam apabila Hari Raya, Baginda membezakan jalan (pergi melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain). Riwayat Bukhari.
Disunatkan ketika pergi ke musolla untuk melalui jalan yg lebih jauh kerana pergi lebih afdhal daripada pulang. Supaya jalan-jalan yg dilaluinya menjadi saksi atas ibadatnya dan supaya memperbanyakkan pahalanya. Ini disunatkan dalam setiap ibadat seperti Solat Jumaat, Haji dan menziarahi orang sakit.
7- Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya (walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur). Tujuannya untuk menyaksikan kebaikan, doa umat Islam dan mendengar khutbah.
Tidak dibenarkan wanita memakai wangi-wangian melainkan yg baunya hanya memadai untuk dirinya sahaja.
8- Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan istighfar. Walaupun hadith-hadith yg menceritakan kelebihannya berstatus dhaif, tetapi dibenarkan untuk tujuan fadhail amal. Abu Umamah radiyallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahualaihiwasallam bersabda, "Sesiapa yg menghidupkan dua malam Hari Raya, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya seluruh hati."
9- Solat sunat mutlak. Tiada solat sunat khas sebelum dan selepas solat Hari Raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat sunat (nafilah) mutlak pada Hari Raya selepas naiknya matahari sebelum menunaikan solat Hari Raya ataupun selepasnya (bukan dengan niat solat sunat sebelum dan selepas Solat Sunat Hari Raya). Kerana tiada yg lebih penting daripada solat. Abu Burdah, Anas, Al-Hasan dan Jabir bin Zaid solat sebelum keluarnya imam pada Hari Raya - Riwayat Baihaqi.
Adapun bagi imam, dimakruhkan baginya solat sunat sebelum Solat Sunat Hari Raya dan selepasnya kerana menyibukkan dirinya dengan perbuatan yg tidak penting. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiyallahuanhuma "Sesungguhnya Nabi Sollallahualaihiwasallam keluar pada Hari Aidilfitri, lalu solat dua rakaat (solat sunat Hari Raya), Baginda tidak solat sebelum dan selepasnya." Riwayat Bukhari.
Imam Syafie rahimahullah berkata, “Telah sampai khabar kepada kami, bahawa doa dimakbulkan pada 5 malam. Malam Jumaat, dua malam hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Rujukan : Al-Muktamad fi al-Fiqh as-Syafie karangan Dr. Muhammad Az-Zuhaili hafizahullah.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Monday, November 23, 2009
Ringkasan Feqah Ibadah Qorban
RINGKASAN FEQAH IBADAH QORBAN
DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGANNYA
DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGANNYA
[saduran kitab kuning]
بسم الله الرحمن الرحيم
Firman Allah Ta’ala :
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” (Al-Kautsar: 2)
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Hajj: 36)
Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil
Firman Allah Ta’ala
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آَدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآَخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”
Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s
Firman Allah Ta’ala;
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ . فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ . فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ .
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.” (Al-Soffat: 100-102)
Untuk mengetahui kisahnya dengan lebih terperinci, tuan-tuan/puan-puan disarankan untuk membaca kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. InsyaAllah ceritanya menarik untuk dijadikan I’tibar.
2. HIKMAH KORBAN
Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala ;
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ
“Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”. (Surah Al-Hajj:37)
Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.
Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya.
3. DEFINISI KORBAN
Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala (Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259).
4. HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan. Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2:
1] Korban sunat (muakkad - yakni tersangat dituntut mengerjakannya)
2] Korban wajib
* Bagaimana korban boleh menjadi wajib? Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada:
i) Nazar itu nazar yang sebenar (nazar hakikat) ataupun
ii) Nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Apa yang dimaksudkan dengan nazar yang sebenar dan nazar dari segi hukum? Nazar sebenar/hakiki itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti”.
Adapun bernazar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban”, maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘ayin) binatang tersebut.
Binatang yang dinazarkan sebagai korban atau binatang korban wajib itu tidak boleh ditukar dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik. Apatah lagi dijual, disewakan atau dihibahkan (diberikan).
Sekiranya binatang korban wajib itu dijual oleh orang yang berkoban, maka hendaklah dia mendapatkannya semula daripada orang yang telah membelinya jika masih ada di tangan pembeli dan dia hendaklah memulangkan harga belian yang diterimanya. Jika tiada lagi di tangan pembeli, umpamanya sudah disembelihnya, maka wajib baginya mengadakan nilaian harga yang lebih mahal daripada harga waktu dia memiliki yang dahulu, dan hendaklah dia membeli semula dengan nilaian itu binatang korban yang sama jenisnya dan sama umurnya untuk disembelih pada tahun itu juga.
Jika luput dia daripada menyembelihnya, maka wajib ke atasnya menyembelih binatang korban wajib itu pada tahun hadapannya sebagai qadha yang luput itu. Jika harga binatang korban itu (yang sama jenis dan umur dengan yang dahulu) lebih mahal kerana naik harga dan harga nilaian itu tidak mencukupi untuk membeli binatang yang sama dengan yang dahulu itu hendaklah ditambahnya dengan hartanya yang lain. Begitulah juga hukumnya jika binatang itu tidak disembelih setelah masuk Hari Raya Adha dan binatang itu binasa dalam tempoh tersebut.
Jika binatang korban wajib itu rosak, umpamanya mati atau dicuri orang sebelum masuk waktu berkorban dan bukan kerana kecuaiannya, tidaklah wajib dia menggantinya.
Manakala jika ia dibinasakan oleh orang lain, maka hendaklah orang yang membinasakan itu mengganti harga binatang korban wajib itu kepada orang yang punya korban dan dia hendaklah membeli semula binatang yang sama seperti yang dahulu, jika tidak diperolehi binatang yang sama, hendaklah dibelinya yang lain sahaja sebagai ganti.
Adapun jika binatang korban wajib itu disembelih sebelum masuk waktu korban, wajiblah disedekahkan kesemua dagingnya dan tidak boleh bagi orang yang berkorban wajib itu memakan dagingnya walaupun sedikit dan wajib pula menyembelih yang sama dengannya pada hari korban itu sebagai ganti.
Jika binatang korban yang telah ditentukan dalam korban wajib itu menjadi cacat (‘aib) setelah dinazarkan dan sebelum masuk waktu menyembelihnya dan kecacatan binatang itu adalah cacat yang tidak boleh dibuat korban pada asalnya, maka tidaklah disyaratkan menggantinya dan tidaklah terputus hukum wajib menyembelihnya dengan adanya cacat tersebut. Bahkan jika disembelihnya pada Hari Raya Adha adalah memadai (boleh dibuat) sebagai korban.
Sekiranya binatang yang dalam keadaan cacat itu disembelih sebelum Hari Raya Adha hendaklah disedekahkan dagingnya itu dan tidak wajib menggantinya dengan binatang yang sama untuk disembelih pada Hari Raya Adha itu. Tetapi wajib bersedekah nilaian harga binatang yang disembelih itu.
Jika kecacatan itu berlaku setelah Hari Raya Adha dan disembelih dalam keadaan yang demikian, maka tidaklah ia memadai (tidak memenuhi syarat) sebagai korban, kerana ia telah menjadi barang jaminan selagi belum disembelih, dan wajib diganti dengan yang baru.
Tidak sah dibuat korban bagi orang yang hidup melainkan dengan izinnya, dan tidak sah juga dibuat korban bagi orang yang telah mati jika simati tidak berwasiat untuk berbuat demikian.
Orang yang membuat korban bagi simati dengan izinnya (yakni dengan wasiatnya) wajiblah atasnya bersedekah kesemuanya. Tidak ada bahagian untuk dirinya atau orang-orang dibawah tanggungannya (nafkah), kerana ianya merupakan orang yang menerima dan orang yang menyerah. (Matla al-Badrain)
Bapa atau datuk boleh melaksanakan korban bagi orang yang diwalikan seperti anak dan cucunya dengan diambil perbelanjaan daripada harta ayah atau datuk atau anak atau cucu itu sendiri.
5. WAKTU MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai solat dua rakaat solat hari raya dan dua khutbah pendek/ringan. Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah. Ringkasnya: 10 Zulhijjah - 13 Zulhijjah.
Jika binatang korban disembelih selepas berakhirnya hari Tasyriq (setelah berlalunya hari Tasyriq yang terakhir) sembelihan itu tidak dianggap sebagai korban kerana dilakukan setelah berlalu masa yang diharuskan. Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang masih belum disembelih di dalam waktunya yang diharuskan, sehingga habis masa, ia wajib menyembelih binatang itu (walaupun diluar waktu) dan sembelihan itu dikira qadha. (I’aanah at-Tholibin, Juz 2; hal: 331)
6. JENIS-JENIS BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN SERTA SYARAT-SYARATNYA
Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban itu ialah binatang korban itu hendaklah binatang ternakan (an‘am) seperti:
a) unta atau yang sejenisnya,
b) lembu atau yang sejenisnya
c) kerbau atau yang sejenisnya dan
d) kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ
Maksudnya:“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu”.(Surah al-Hajj: 34)
Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud aqiqah, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis:
Maksudnya:“Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (dari Madinah) mengucapkan tahlil (Lailahaillallah), dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah”.(Hadis riwayat Muslim)
Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah korban tersebut.
Afdhalnya binatang yang dibuat korban itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.
Binatang itu hendaklah cukup umur. Dari Jabir bin Abdillah r.a, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
لَا تَذْبَحُوا إِلَّا مُسِنَّةً إِلَّا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنْ الضَّأْنِ
Maksudnya: “Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri.” (Hadis riwayat Muslim)
Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:
- Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.
- Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.
- Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda bermaksud:“Binatang korban yang paling bagus adalah jadza kambing” (Hadith riwayat Termizi dan Ahmad)
Uqbah bin Amir telah bertanya kepada Rasulullah saw, maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai jadza. Rasulullah menjawab: Berkorbanlah dengannya.”(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut Imam Syafie kalimah jadza dalam hadith-hadith diatas itu bermaksud kambing biri-biri yang berumur satu tahun.
Dan menurut Imam Nawawi: Keseluruhan ulama mazhab telah mengharuskan anak biri-biri yang berumur satu tahun (untuk korban) meskipun ia mendapat binatang lain ataupun tidak.
Di dalam kitab Hasyiah al-Baijuri, Juz 2, halaman 306, ada menyebut “Mengikut pendapat yang rajih, apabila biri-biri yang belum sampai umur satu tahun tetapi telah bersalin giginya selepas ia berumur enam bulan maka boleh dibuat korban.”
Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban.
{{Faedah}}
Yang lebih afdhal berbuat korban bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy, kemudian seekor kambing, kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu dan tujuh (7) ekor kambing lebih afdhal dari seekor unta dan seekor lembu atau kerbau.
Binatang terafdhal untuk dijadikan korban ialah unta, kemudian lembu kemudian biri-biri dan kemudian kambing. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang.
Tujuh (7) ekor biri-biri untuk korban adalah lebih afdhal daripada tujuh (7) ekor kambing untuk korban. Manakala tujuh (7) ekor kambing adalah lebih afdhal daripada satu ekor unta untuk korban kerana bertambahnya taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban.
Binatang korban itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
( وَعَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي الْأَضَاحِيِّ : الْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوَرُهَا ، وَالْمَرِيضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضُهَا ، وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ضَلْعُهَا ، وَالْكَسِيرُ الَّتِي لَا تُنْقِي } .رَوَاهُ الْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ ) . نيل الأوطار - (ج 8 / ص 115)
Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda bersabda: “Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan korban itu ialah:
a. Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat korban.
b. Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat korban.
c. Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat korban.
d. Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.
e. Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.
f. Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227)
g. Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat korban. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)
h. Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.
i. Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Pendapat ini adalah muktamad. Mengikut Ibn al-Rif’ah memadai korban daripada binatang yang bunting. Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)
Binatang yang harus dibuat korban itu tidak kira samada jantan atau betina atau khuntha. Binatang yang dikasi, sah dan harus dibuat korban, kerana dengan dikasi tubuhnya semakin bertambah gemuk. (Muhammad Asy-Syarbini, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)
Tambahan: Ibnu Abbas r.huma berpendapat bahawa adalah memadai korban itu hanya dengan “menumpahkan darah” walaupun dengan binatang seumpama ayam atau itik, sebagaimana yang dikatakan oleh Midaani. Syeikh (guru) bagi Syeikh al-Bajuri menyuruh supaya bertaqlidkan kepada pendapat Ibn Abbas ini dan beliau mengqiaskan ‘aqiqah keatas korban dan menyuruh sesiapa [yang tak mampu] yang memperolehi anak membuat aqiqah dengan ayam jantan berdasarkan kepada mazhab Ibn Abbas. (Hasyiah al-Allamah Baijuri & Matla al-Badrain) - Yang ni bagi mereka yang tersangat tak mampu.
Cara menyembelih binatang korban itu ialah dengan memotong kesemua halqum dan mari’ sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). Halqum itu ialah tempat keluar masuk nafas dan urat mari’ itu pula ialah tempat laluan makanan dan minuman yang terletak di bawah halqum.
Adalah wajib bagi orang yang menyembelih itu memotong halqum dan mari’ itu. Jika ditinggalkan sebahagian daripada halqum atau mari’ itu (belum putus) dan mati binatang tersebut dalam keadaan yang demikian, maka tiada sempurna sembelihan itu dan ia adalah dikira bangkai. Begitu juga jika telah berhenti gerak binatang yang disembelih itu padahal halqum atau mari’ belum putus, kemudian dipotong semula halqum atau mari’ yang tertinggal itu, maka yang demikian itu pun adalah menjadi bangkai (tidak boleh dimakan).
Disyaratkan binatang yang disembelih itu ada hayat mustaqirrah ketika mula-mula disembelih iaitu ia akan hidup jika tidak disembelih ketika itu. Di antara tanda adanya hayat mustaqirrah itu ialah kuat geraknya ketika dipotong halqum dan mari’nya, dan menyembur darahnya. Mengikut Imam An-Nawawi memadai dengan kuat geraknya ketika disembelih.
Ketika hendak menyembelih binatang korban, sunat dibaca seperti berikut:
Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Bismillah, Allahuma solli ‘ala Muhammad, Allahumma haazihi minka wa ilaika fataqabbal minni, Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahil hamd
Maksudnya: Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah Ya Tuhanku kurniakan selawat dan rahmat keatas Sayyidina Muhammad. Ya Allah ya Tuhanku, Ini korban daripada Engkau dan kembali kepada Engkau, maka terimalah korban daripada hamba. Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dan kepada Allah lah kembali segala pujian.
Atau diucapkan : Bismillah, Allahu Akbar, Allahumma minKa wa ilaiKa. Allahumma taqabbal min Fulan wa fulan...
Binatang yang panjang lehernya seperti unta, sunat disembelih di pangkal leher yang bawah (berhampiran dada) dengan memotong halqum dan mari’, kerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Yang demikian itu juga akan memudahkan roh binatang itu keluar. Sementara binatang yang pendek lehernya seperti lembu, kerbau dan kambing disembelih di hujung leher (yang atas).
Sunat disembelih lembu, kerbau atau kambing dengan dibaringkan binatang itu di atas tanah sebelah rusuk kirinya dan diikat kakinya, sementara kaki kanannya bebas lepas tanpa diikat supaya binatang itu dapat berehat dengan menggerakkan kaki kanannya itu. Sementara unta pula, sunat disembelih dengan didirikan binatang itu. Jika tidak mampu untuk disembelih dalam keadaan unta tersebut berdiri, maka sembelihlah dalam keadaan unta itu duduk. (Mughni al-Muhtaj: 4/341)
Sunat ditajamkan mata pisau bagi sembelih dan disembelih dengan kuat bersungguh-sungguh dan mengadap kiblat oleh yang menyembelih dan dihalakan ke kiblat akan binatang yang akan disembelih itu kerana kiblat itu semulia-mulia pihak.
Sunat diberi binatang itu minum sebelum ia disembelih. Kemudian sunat dibaringkan binatang itu dengan keadaan lemah lembut. Jangan diasah pisau sembelih dan jangan disembelih binatang yang lain di hadapan binatang yang akan disembelih itu.
Sunat ketika membaringkan binatang itu dibacakan : Rabbana taqabbal minna, innaka antas sami'ul'alim.. (Subulus Salam 4:121)
Sunat dibiarkan binatang itu setelah disembelih sehingga ia mati.
Untuk kupasan lebih terperinci mengenai sembelihan, sila rujuk pada kitab-kitab feqah mengenai bab sembelihan.
8. PENGAGIHAN DAGING KORBAN .
Daging Korban Wajib: Bagi korban wajib (korban nazar), maka yang demikian itu wajib disedekahkan semua daging sembelihan itu termasuk kulit dan tanduknya.
Dan haram atas orang yang berkorban wajib itu memakan daging tersebut walaupun sedikit. Jika dimakannya daging tersebut, maka wajib diganti kadar yang telah dimakannya itu, tetapi tidak wajib dia mentembelih binatang lain sebagai ganti.
Jika orang yang berkorban itu melambat-lambatkan pembahagian daging korban wajib tersebut sehingga rosak, maka wajib ke atas orang yang berkorban itu bersedekah dengan harga daging itu dan tidaklah wajib dia membeli yang baharu sebagai gantinya kerana telah dikira memadai dengan sembelihan tersebut.
Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat daripada seseorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
Daging Korban Sunat: Sebagaimana yang kita ketahui berkorban itu hukumnya sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya.
Sunat bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripadanya. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala;
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
yang bermaksud : “Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir”. (Surah Al-Hajj: 28)
Afdhalnya yang dimakan itu ialah hatinya, kerana telah diriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah makan sebahagian daripada hati binatang korbannya, tetapi makan di sini bukanlah bererti dia wajib memakannya.
Berdasarkan kepada ayat di atas, para ulama berpendapat bahawa selain daripada sunat dimakan, wajib pula disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu dalam keadaan mentah lagi basah kepada orang-orang fakir atau miskin yang Islam.
Ini bererti setiap orang yang berkorban sunat itu wajib menyediakan sebahagian daripada daging korbannya itu untuk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin. Tidak memadai jika daging-daging korban itu dihadiahkan keseluruhannya kepada orang-orang kaya misalnya. Hal inilah yang wajib diketahui oleh setiap orang yang berkorban.
Harus bagi orang yang berkorban itu membahagikan daging korbannya kepada tiga bahagian; satu pertiga (1/3) untuk dimakan, satu pertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan satu pertiga (1/3) lagi untuk dihadiahkan kepada orang kaya.
Namun yang afdhalnya adalah disedekahkan semuanya, melainkan dimakannya sedikit sahaja iaitu kadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripadanya, kerana yang demikian itu lebih mendekatkan diri kepada taqwa dan jauh daripada sifat mementingkan diri sendiri.
Sekalipun sah korban sunat seseorang itu, jika dimakan kesemua daging korbannya dan tiada sedikit pun disedekahkan kepada orang fakir atau miskin, tetapi wajib didapatkan atau dibeli daging-daging yang lain kadar yang wajib disedekahkan sebagai ganti.
Memberikan daging korban sunat sebagai hadiah kepada orang kaya Islam adalah harus. Walau bagaimanapun hadiah itu setakat untuk dimakan sahaja, bukan untuk tujuan memilikinya. Ini bererti dia tidak boleh menjualnya, menghibahkannya atau sebagainya kecuali menyedekahkannya kepada fakir atau miskin. Berlainan halnya dengan orang fakir dan miskin, di mana daging yang disedekahkan kepadanya itu adalah menjadi milik mereka. Mereka diharuskan menjual daging tersebut atau menghibahkan (memberikan) kepada orang lain.
Satu perkara lagi yang wajib kita ketahui ialah hukum haram menyedekah dan menghadiahkan daging korban kepada orang kafir sekalipun dia kaum kerabat, sama ada ia korban wajib atau sunat sekalipun sedikit kerana ia adalah perkara yang berhubung dengan ibadat.
Di dalam kitab Matla’ al-Badrain: 81 “… haram hukumnya memberi, menghadiahkan atau menjual daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam, sekalipun fakir miskin itu terdiri daripada kafir zimmi”. Oleh sebab itu, sekiranya ada bahagian daging tersebut yang diberikan, dihadiahkan atau dijual kepada orang bukan Islam, maka wajib diganti dengan daging yang lain sekira-kira menyamai kadar berkenaan.
Kulit atau daging binatang korban itu haram dijadikan upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah jika penyembelih itu orang miskin atau hadiah jika dia bukan orang miskin.
Sepertimana yang dijelaskan di atas, bahagian yang wajib disedekahkan itu hendaklah ia daging yang masih basah dan mentah. Ini bererti tidak memadai jika bahagian yang disedekahkan itu bukan daging seperti kulit, hati, tanduk dan sebagainya. Begitu juga tidak memadai jika daging tersebut dimasak kemudian dipanggil orang-orang fakir dan miskin untuk memakannya kerana hak fakir dan miskin itu bukan pada makan daging tersebut, tetapi adalah memiliki daging berkenaan dan bukan memilikinya dalam keadaan yang telah dimasak.
Apa yang dimaksudkan dengan memindahkan daging korban itu ialah memindahkan daging korban dari negeri tempat penyembelihannya ke negeri lain, supaya daging korban itu dibahagi-bahagikan kepada mereka yang berhak di negeri berkenaan itu.
Adakah harus bagi orang-orang tempatan berwakil untuk berkorban di luar negeri dan daging korban itu dipindahkan daripada tempat korban ke negeri atau daerah lain?
As-Sayyid Al-Bakri Ad-Dumyathi, Pengarang Hasyiah I‘anah At-Thalibin menjelaskan bahawa telah dijazamkan dalam An-Nihayah bahawa haram memindahkan daging korban daripada tempat berkorban itu seperti mana juga zakat, sama ada korban sunat atau wajib. Adapun yang dimaksudkan daripada korban sunat itu ialah bahagian yang wajib disedekahkan kepada fakir miskin.
Manakala memindahkan wang daripada satu negeri ke negeri yang lain untuk membeli binatang korban adalah di haruskan seperti mana katanya yang ertinya : “Adapun memindah wang dirham daripada satu negeri ke negeri yang lain untuk membeli dengannya binatang korban di negeri tersebut maka ia adalah harus.” (I‘anat At-Thalibin: 2/380)
As-Syeikh Mohammad bin Sulaiman Al-Kurdi pernah ditanya :“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang Jawi (kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na‘am (seperti lembu dan kambing) di Mekkah untuk dijadikan aqiqah dan korban sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi. Adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak, mohon fatwakan kepada kami. Jawapan: Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.” (I‘anah At-Thalibin: 2/381)
Dalam perkara ini pengarang Kitab Sabil Al-Muhtadin pula menyebutkan: “Kata Syeikhi Muhammad bin Sulaiman: Harus berwakil pada membeli na‘am akan korban pada negeri yang lain dan pada menyembelih dia dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu intaha. Maka iaitu zahir sama ada negeri Mekkah atau lainnya tetapi jangan dipindahkan dagingnya daripada negeri tempat berkorban kepada negeri yang lain maka iaitu haram lagi akan datang kenyataannya dan sayuginya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masalah ini wallahu ‘alam. (Sabil Al-Muhtadin: 214)
Katanya lagi jikalau berwakil seorang akan seorang pada berkorban di negeri lain kerana menghasilkan murah umpamanya hendaklah disedekahkan oleh wakil akan dagingnya bagi fakir miskin negeri itu dan janganlah dipindahkannya akan sesuatu daripada dagingnya daripada negeri itu kepada negeri yang berwakil melainkan sekadar yang sunat ia memakan dia itupun jika ada korban itu sunat (adapun) jika ada korban itu wajib maka wajiblah atas wakil mensedekahkan sekeliannya kepada fakir di dalam negeri tempat berkorban itu (dan haram) atasnya memindahkan suatu daripadanya ke negeri yang lain. (Sabil Al-Muhtadin: 216)
Berdasarkan perkataan para ulama seperti yang dinukilkan di atas, adalah jelas bahawa hukumnya harus berwakil untuk membeli binatang korban di negeri yang lain dan menyembelihnya serta membahagikan daging tersebut kepada fakir miskin di negeri berkenaan.
Adapun memindahkan daging korban daripada tempat sembelihan ke negeri yang lain itu adalah berhubungkait dengan hukum menyedekahkan daging korban itu:
I. Jika korban itu adalah korban wajib yang mana kesemua dagingnya wajib disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, maka haram hukumnya memindahkan daging korban berkenaan daripada tempat sembelihan. Inilah pendapat jumhur ulama Syafi‘eyah.
II. Jika korban itu korban sunat di mana sebahagian daripada daging korban itu harus dihadiahkan atau dimakan oleh orang yang berkorban, maka bahagiannya (hak orang yang berkorban) itu sahaja yang harus dipindahkan ke negeri lain. Manakala bahagian yang wajib disedekahkan kepada fakir miskin itu wajib disedekahkan di tempat berkorban itu juga dan haram dipindahkan ke negeri lain. (I‘anah At-Thalibin: 2:380)
Maka sebagi jalan keluar, adalah lebih munasabah menjalankan sembelihan korban bagi pihak yang berwakil terus sahaja ditempat-tempat atau negeri-negeri yang akan diagihkan daging korban itu. Dengan ini dapat dielakkan hukum pemindahan daging korban daripada tempat sembelihan ke negeri lain. Kalau diperhatikan sekarang terdapat egen-egen yang mengelolakan ibadah korban diluar Malaysia seperti di Kampuchea, Vietnam, Ambon dll, dimana urusan penyembelihan dan pengagihan daging korban dilakukan ditempat-tempat tersebut.
10.HUKUM BERWAKIL MEMBELI DAN MENYEMBELIH KORBAN
Sepertimana kebiasaan di negara kita ibadat korban itu dilaksanakan dengan berkumpulan sama ada atas nama kementerian, jabatan, persatuan, kampung dan sebagainya. Kadang-kadang ibadat korban itu sudah menjadi projek tahunan bagi pihak-pihak yang berkenaan itu.
Jika dilihat daripada amalan kebiasaan bagi perlaksanaan ibadah korban itu, kumpulan tersebut akan menentukan wakil mereka untuk mengurus pembelian, penyembelihan binatang korban dan pengagihan dagingnya di pusat-pusat penyembelihan. Jika ditinjau dari segi hukum, perlaksanaan yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah iaitu berwakil.
11.HURAIAN UMUM MENGENAI WAKALAH
Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain agar melakukannya dalam hal-hal yang boleh diwakilkan.
Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur’an, sunnah dan ijma‘ ulama.
Wakalah mempunyai empat rukun iaitu:
i. Muwakkil (orang yang berwakil)
ii. Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)
iii. Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)
iv. Shighah (ijab dan qabul). (I‘anah At-Thalibin: 3/100-101)
12. SHIGHAH DALAM WAKALAH
Apa yang ingin dihuraikan di sini ialah rukun yang keempat iaitu shighah di mana perkara ini sangat penting diketahui demi menjaga keshahihan ibadah korban berkenaan.
Disyaratkan ijab ke atas orang yang berwakil itu dengan melafazkan sesuatu perkataan sama ada secara sharih (jelas atau terang) ataupun kinayah (yang tidak terang atau tidak jelas) seperti dalam kitabah (penulisan), persuratan atau dengan isyarat jika yang berwakil itu orang bisu yang boleh difahami, yang menyatakan bahawa orang yang berwakil itu adalah dengan keredhaan hatinya. (Majmuk: 14/197)
Ini bererti ada interaksi antara orang yang berwakil dengan orang yang diwakilkan yang dinamakan aqad. Namun orang yang dijadikan wakil itu tidak disyaratkan baginya qabul (ucap terima), kecuali di dalam keadaan tertentu seperti jika dalam perwakilan itu dengan upah. Contohnya orang yang berwakil itu mewakilkan seseorang untuk menjualkan sebidang tanahnya dengan harga sekian dan memberi upah kepada wakilnya itu. Maka dalam keadaan ini, wakil itu hendaklah melafazkan qabulnya sama ada dia menerimanya ataupun tidak. Adapun yang disyaratkan bagi orang yang dijadikan wakil itu ialah dia tidak menolak ucapan atau lafaz orang yang berwakil itu. Jika orang yang dijadikan wakil itu menolak ucapan tersebut, seperti dia berkata: “aku tidak terima” atau seumpamanya, maka batal dan tidak sah akad perwakilan itu.
Jika dilihat ketentuan hukum dalam bab wakalah dan dipraktikkan dengan cara kebiasaan yang tersebut di atas oleh sebahagian kumpulan yang berkorban itu ditakuti tidak menepati kehendak sebenar hukum wakalah. Pada kebiasaannya, orang-orang yang hendak menyertai ibadat korban akan mendaftarkan namanya dan membayar kadar tertentu bagi tujuan tersebut tanpa disertai dengan lafaz tawkil kepada wakil yang dilantik.
Amalan tersebut tidak memenuhi kehendak hukum berwakil kerana jika dilihat kepada tuntutan bab wakalah orang yang berwakil itu wajib melafazkan tawkilnya (akad) sama ada dengan lafaz yang sharih atau kinayah kepada wakil yang ditentukan bagi tujuan seperti membeli dan menyembelih binatang korban serta mengagihkan daging korban tersebut.
13.MELANTIK WAKIL KEDUA
Dalam bab wakil ini, para ulama fiqh juga berpendapat bahawa orang yang dijadikan wakil itu harus mewakilkan lagi kepada orang lain untuk menjadi wakil yang kedua tanpa perlu mendapat izin daripada orang yang berwakil. Itu pun jika perkara yang diwakilkan itu tidak dapat dikerjakan oleh wakil itu sendiri, disebabkan dia tidak layak melakukannya atau tidak berkemampuan mengerjakannya. Akan tetapi jika sebaliknya, iaitu dia mampu untuk melaksanakan perkara yang diwakilkan ke atasnya itu, maka tidak harus baginya melantik orang lain menjadi wakil yang kedua melainkan dengan izin orang yang berwakil.(Majmuk: 14/218)
14.MEWAKILKAN SEMBELIHAN BINATANG KORBAN
Menurut hukum asal berkorban itu bahawa sunat binatang yang hendak dijadikan korban itu disembelih oleh orang yang berkorban itu sendiri, kiranya dia pandai menyembelih. Walaupun begitu boleh juga dia mewakilkan orang lain untuk menyembelih korban itu dan hadir ketika penyembelihannya. Afdhalnya wakil itu ialah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam mengenai korban.
Keharusan berwakil dalam ibadah korban itu diambil daripada perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang telah berkorban dengan seratus ekor unta, di mana Baginda sendiri menyembelih - dengan tangan Baginda yang mulia - enam puluh tiga ekor, kemudian Baginda menyerahkan pisau penyembelih itu kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhah untuk menyembelih bakinya
15. PERSOALAN NIAT KORBAN
Disyaratkan orang yang berkorban itu berniat kerana korban ketika menyembelih, kerana ia ibadat dan harus juga mendahulukan niat itu sebelum menyembelih mengikut pendapat yang ashah.
Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korbannya dengan hadir orang yang berwakil ketika itu. Dalam hal ini, niat orang yang berwakil itu adalah memadai dan wakil tidak perlu lagi berniat. Walau bagaimanapun adalah lebih baik orang yang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban tersebut.
Apa yang mesti diambil perhatian dalam hal berniat korban ini, ada baiknya ditentukan niat itu umpamanya sebagai korban sunat, bagi mengelakkan niat itu menjadi korban wajib, kerana haram bagi yang berkorban itu makan daripada daging korban wajib, bahkan wajib disedekahkan semua daging tersebut kepada fakir miskin.
Lafaz Niat Dan Tawkil Dalam Korban
Niat itu tempatnya di hati dan sunat melafazkannya dengan lidah. Niat bagi korban sunat itu ialah seperti berikut:
Maksudnya: “Sahaja aku melakukan korban yang sunat”
Contoh lafaz berwakil: “Buatkan korban/udhhiyyah sunat untuk saya”, Atau “Belikan korban sunat untuk saya”, yang bermakna: “Sembelihkan untuk saya, niatkan untuk saya.”
Contoh terima wakalah: “Aku terima.”
16. PENUTUP
Oleh kerana hukum berkorban itu sunat mu’akkadah dan mempunyai kelebihan-kelebihannya yang banyak, sayugia jangan dilepaskan peluang untuk membuat amalan korban ini.
Supaya korban itu sempurna, fahamilah hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah korban itu. Begitu juga mengambil perhatian dalam memenuhi tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan seperti berwakil membeli dan menyembelih sebagaimana yang dijelaskan di atas supaya amalan berkorban itu benar-benar menepati syara‘.
..والله أعلم
Read More......
Thursday, November 19, 2009
Thursday, November 12, 2009
Bangkitlah dari lenamu
Posted on Thursday, November 12, 2009
|
No Comments
|
Labels:
Islam dan Sains
,
Sains
,
Sejarah
,
Tazkirah
,
Tokoh
Apabila bercakap di hadapan pelajar-pelajar perubatan di Mesir, perkara yg saya sebut berulang-ulang kali ialah "Manfaatkan keberadaan anda di sini. Pastikan diri anda berbeza dengan pelajar-pelajar perubatan di tempat lain." Anda dikelilingi para ulama Al-Azhar. Anda juga hidup bersama komuniti pelajar-pelajar agama. Kawan-kawan anda di Ireland misalnya perlu mengeluarkan kos yg mahal untuk menjemput tenaga pengajar dari luar untuk memberi pengisian kepada mereka. Namun di sini, anda berjiran dengan mereka. Bahkan ada yg sebilik dan berkongsi katil. Sedarlah, sudah tiba masanya untuk bangkit dari lena yg panjang.
Sebagaimana anda fokus kepada subjek-subjek di universiti, maka berikan juga penekanan kepada ilmu-ilmu agama. Tamadun Islam yg pernah menaungi dunia satu ketika dahulu ialah kerana kejayaan umat Islam dalam berlaku adil kepada aspek duniawi dan ukhrawi. Pembangunan kebendaan aktif dimajukan. Pembangunan insan tidak pernah diabaikan. Aktiviti-aktiviti intelektual berkembang pesat. Maka, Islam bangkit sebagai sebuah tamadun dan kuasa besar yg mengejutkan dunia di kala itu. Ilmu-ilmu agama diutamakan namun ilmu-ilmu lain tidak diketepikan.
Ketika Imam Syafie (wafat 204 H) tersohor dengan metod ilmiahnya membentuk ilmu Usul Fiqah, maka Jabir bin Hayyan (wafat 200 H) pula tekun dengan kajiannya sehingga dianggap sebagai Bapa Ilmu Kimia. Al-Khawarizmi (wafat 234 H) melalui karyanya, Al-Gebr wa Al-Muqabalah yg ditulis pada zaman pemerintahan Al-Makmun telah memperkenalkan Algebra kepada dunia. Istilah yg berasal daripada bahasa Arab ini masih digunapakai oleh Matematik Moden pada hari ini.
Pada kurun ke-4 Hijrah, Al-Battani telah melakukan pengiraan bahawa setahun menyamai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Pengiraan di zaman moden pula menunjukkan bahawa setahun menyamai 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat. Maka, beza pengiraan Al-Battani dengan pengiraan moden hanyalah 2 minit 22 saat sahaja!
Umat Islam telah mengetahui bahawa bumi beredar mengelilingi matahari sejak dari kurun ke-8 Hijrah lagi melalui kajian Ibnu As-Syatir Ad-Dimasyqi. Tahukah anda bahawa Ahli Falak Islam berperanan besar merancakkan kemajuan ilmu astrologi di barat. Bahkan istilah-istilah yg digunakan mereka masih digunapakai pada hari ini. Zigrid Honka menghitung dan mendapati jumlahnya mencapai 160 istilah.
Siapa tidak mengenali Ibnu Sina yg masyhur dengan karyanya Al-Qanun fi At-Tibb? Ibnu Nafis (wafat 687 H) pula merupakan orang pertama yg menemui sistem peredaran darah dalam tubuh manusia. Beliau juga digelar Ibnu Sina Kedua. Karya bermutu Az-Zahrawi (wafat 404 H) dalam ilmu perubatan diterjemah ke Bahasa Latin lalu diajar di Eropah selama 500 tahun. Ibnu Al-Jazzar Al-Qoirowani (wafat 369 H) pula tokoh perubatan pertama yg menulis buku tentang Paediatrik.
Jangan lupa bahawa nama-nama ini juga tersenarai sebagai ulama dalam bidang ilmu agama. Ibnu Nafis sebagai contoh merupakan ulama besar dalam Mazhab Syafie. Beliau ada mensyarahkan kitab At-Tanbih karangan Abu Ishak As-Syirazi.
Cukuplah sekadar ini sebagai motivasi penguat diri. Ketahuilah sesungguhnya umat Islamlah sebenarnya pemangkin kepada kebangkitan dan kemajuan di Eropah. Kepada pelajar-pelajar perubatan, jangan semata-mata fokus kepada pembelajaran di kuliah sehingga mengabaikan ilmu-ilmu agama. Kepada para pelajar bidang agama pula, janganlah pula buta ilmu-ilmu lain. Kesepaduan ilmu perlu diwujudkan. Masing-masing punya tanggungjawab besar. Sejauh manakah generasi hari ini mampu menjamin kehebatan generasi akan datang? Saya tidak fikir generasi akan datang menjadi generasi yg 'warak' dan serius dengan agama tanpa sibuk dengan kemajuan. Dunia sekarang tidak dipandu ke arah itu. Tapi saya fikir mungkin generasi akan datang serius dengan kemajuan tanpa sibuk dengan agama. Saya bimbang mereka hanya membawa Islam pada nama sedang roh pengamalan Islam jatuh tercicir jauh di belakang.
Ada pihak yg adil dalam aspek dunia tapi zalim dalam aspek akhirat. Begitu jugalah sebaliknya. Akhirnya, Islam dilihat cacat. Ajaran Islam tidak dilihat syumul. Maka, umat Islam mesti mengembalikan keadilan dalam menguruskan kedua-dua aspek, duniawi dan ukhrawi seterusnya sabar menunggu kepulangan Tamadun Islam yg sekian lama menghilang. Yakinlah, Tamadun Islam sedang menunggu gilirannya. Maka, bangkitlah dari lenamu yg panjang!
Berhibur? Silakan tapi jangan melampau.
Artikel ini tidak ditulis khas untuk pelajar-pelajar perubatan. Artikel ini untuk semua.
-A wake up call for the muslim students-
al-aman
Baitul Hikmah
1430 H
Friday, November 6, 2009
Jerawat 2 !
Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar bahawa menyentuh muka yang berjerawat boleh memberi kesan yang negatif dan memudaratkan kesihatan. Ada juga yang berkata ia mampu meningkatkan lagi populasi jerawat di muka. Bukan itu sahaja, malah sebarang jangkitan pada muka mampu memberi impak yang bahaya. Jadi, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit 'input' yang telah saya perolehi semasa kuliah baru-baru ini berkenaan dengan muka.
Untuk pengetahuan sahabat sekalian, doktor-doktor telah menyimpulkan bahawa terdapat satu kawasan pada muka kita yang dikenali sebagai 'dangerous area of face', yang dianggap kawasan yang bahaya pada muka kita. Di sinilah kawasan yang boleh dikatakan induk bagi penyebaran jangkitan kuman ke dalam tengkorak manusia. Hal ini kerana terdapat beberapa saluran darah yang utama wujud di kawasan ini. Kawasan yang dimaksudkan ialah seperti gambar ini:
Semua kawasan dalam bentuk segi tiga ini dianggap bahaya kerana saluran darah yang terdapat di bawah permukaan muka bersambung dengan cavernous sinus (satu tempat pengumpulan darah dalam rongga tengkorak). Tambahan pula, di dalam 'cavernous sinus' ini terdapat beberapa saraf yang penting. Jika jangkitan berlaku pada muka, ia mampu menyebarkan jangkitan ini yang berada di muka hingga ke dalam tengkorak, iaitu pada 'cavernous sinus'. Jangkitan ini mampu menjangkiti saraf-saraf yang terdapat di dalam 'cavernous sinus' ini.
Ada di antara saraf-saraf ini yang mengawal pergerakan motor bagi otot-otot di muka. Jadi, sekiranya seseorang itu menghidapi jangkitan pada muka lalu menjangkiti pula saraf ini, ia mampu menyebabkan otot-otot di muka lumpuh dan menyebabkan seseorang itu tidak mampu memberi sebarang ekspresi muka. Seolah-olah muka anda akan dianggap tiada perasaan.
Oleh itu, marilah kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam penjagaan muka. Semoga tulisan saya yang tidak seberapa ini memberi sedikit info yang berguna kepada para pembaca dan diharapkan ilmu yang sedikit ini mampu melahirkan umat Islam yang sihat, insyaallah. Wallahua'lam...
Entri tentang jerawat, siri lepas : Jerawat !
Disediakan oleh,
Dr. Malek (amgad's student)
Sunday, October 18, 2009
Selamat kembali semua!
Selamat kembali diucapkan kepada semua ahli usramedic yg telah tiba di Mesir, Egypt, Ardul Kinanah, Bumi Anbiya yang juga Bumi Firaun, Perlembahan Nil, Ummu Dunya, Kota Seribu Menara. Kepelbagaian namanya sesuai dengan kepelbagaian ragam penduduknya. Di sinilah terletaknya, universiti tersohor di dunia. Maka, para ulama dan auliya memenuhi bumi Mesir ini. Tidak lupa juga penduduk-penduduknya yg nakal dan kelakar. Hanya yg pernah ke Mesir sahaja yg tahu hakikat sebuah kehidupan di sini.
Selamat kembali ke sini. Allah telah memilih anda ke mari. Anda pasukan terpilih. Jangan sia-siakan kesempatan ini. Adik-adikku, di sini bumi ilmu juga bumi tarbiyah. Jika sabar dengan 1001 kerenah Mesir, insya Allah anda hanya perlu beberapa anak tangga lagi untuk mencapai makam kewalian. Tak percaya?!
Kesinambungan Kembara Matruh Siwa ialah Kembara Sekayu. Jazakumullah, Ustaz Nasir, Ustaz Koji dan Ustaz Faisal selaku pembimbing. Jazakumullah kepada ahli-ahli yg menyumbangkan wang, makanan, kenderaan dan tenaga. Tunggu ganjaran anda di syurga!
Alhamdulillah, ada yg telah selesai puasa 6. Selamat raya. Ada yg belum. Cepat-cepat habiskan puasa. Selamat Raya. Maaf zahir batin. Syawal berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Saya masih kebal beraya di perantauan. Rindu dan sayu tersembunyi di sebalik senyuman. Dalam hati, hanya Allah yg tahu. Oh...
Anas sudah meninggalkan kita dan berpindah ke bulatan baru. Dia sudah naik maqam. Tolong-tolonglah dia. "Orang yg menunjuk ke arah kebaikan umpama orang yg melakukannya...", begitu sabda Baginda Sollallahualaihiwasallam. Raya kali ini, Anas kesepian beraya di perantauan. Kawan-kawan usramedic semua beraya di tanah air.
Malik masih kekal dengan penampilan lamanya. Cool dan bersahaja. Dia punya misi penting. Misi yg dibincangkan bersama pembimbing mulia usramedic, Ustaz Safuan hafizahullah.
Mesej yg dihantar oleh Ustaz Safuan menyatakan sedikit sebanyak tentang peperangannya dengan syaitan-syaitan di Dungun. Konsert mahu dianjurkan. Maklumlah, Dungun sudah naik taraf. Taraf maksiat juga melonjak naik.
Zuket pula memang rajin orangnya. Baru sahaja tiba di Mesir, terus melangkah ke kuliah bersama Anas. Cabaran pertama untuk Zuket, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yg membosankan. Sabar, sabar... Sabar itu separuh dari iman. Di sebalik kepahitan itu tersirat kemanisan.
Fami pula terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Alhamdulillah, tiada cedera berat. Berjaya juga sampai ke bumi Mesir, bumi berkat. Allah mahu Fahami terus belajar untuk berkhidmat. Berkhidmat untuk umat.
Najmi pula diuji dengan peminum arak tegar. Pesawat pun satu hal. Jangan disediakan arak, harammm! Pakar bedah ini minum 7 tin tiger beer dan 2 gelas wine. Bau mulut mengalahkan longkang. Salam yg berada di sebelahnya lebih-lebih lagi tertekan. Alangkah indahnya jika ada pesawat yg diurus mengikut tatacara Islam 100%. Sediakan tempat solat, pramugarinya menutup aurat...
Hashim pula kelihatannya semakin mengembang. Insya Allah minda turut sama berkembang. Tak mengapa jika ayah masih tak izin untuk memandu kereta. Dia sayang kamu. Sampai masa nanti, memandulah sepuas-puasnya. Memandulah ke arah kebenaran.
Jika tahun lepas ialah tahun pengenalan, maka cuba jadikan tahun ini tahun pemerkasaan. Ikhlaskan niat, tambahkan ilmu, tingkatkan iman, banyakkan doa, curahkan bakti, luaskan dakwah. Jadilah seperti pohon yg berbuah. Dilontar batu, dibalasnya buah. Masa depan ialah milik Islam. Renungkan. Jika kita pentingkan masa depan kita, maka ingatlah sesungguhnya masa depan Islam lebih wajib untuk kita pentingkan.
p/s: Hampir semua gambar dicuri dari Zuket. Kameranya power!
-al-aman-
Ardul Kinanah 1430 H
Read More......
Kesinambungan Kembara Matruh Siwa ialah Kembara Sekayu. Jazakumullah, Ustaz Nasir, Ustaz Koji dan Ustaz Faisal selaku pembimbing. Jazakumullah kepada ahli-ahli yg menyumbangkan wang, makanan, kenderaan dan tenaga. Tunggu ganjaran anda di syurga!
Alhamdulillah, ada yg telah selesai puasa 6. Selamat raya. Ada yg belum. Cepat-cepat habiskan puasa. Selamat Raya. Maaf zahir batin. Syawal berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Saya masih kebal beraya di perantauan. Rindu dan sayu tersembunyi di sebalik senyuman. Dalam hati, hanya Allah yg tahu. Oh...
Anas sudah meninggalkan kita dan berpindah ke bulatan baru. Dia sudah naik maqam. Tolong-tolonglah dia. "Orang yg menunjuk ke arah kebaikan umpama orang yg melakukannya...", begitu sabda Baginda Sollallahualaihiwasallam. Raya kali ini, Anas kesepian beraya di perantauan. Kawan-kawan usramedic semua beraya di tanah air.
Malik masih kekal dengan penampilan lamanya. Cool dan bersahaja. Dia punya misi penting. Misi yg dibincangkan bersama pembimbing mulia usramedic, Ustaz Safuan hafizahullah.
Mesej yg dihantar oleh Ustaz Safuan menyatakan sedikit sebanyak tentang peperangannya dengan syaitan-syaitan di Dungun. Konsert mahu dianjurkan. Maklumlah, Dungun sudah naik taraf. Taraf maksiat juga melonjak naik.
Zuket pula memang rajin orangnya. Baru sahaja tiba di Mesir, terus melangkah ke kuliah bersama Anas. Cabaran pertama untuk Zuket, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yg membosankan. Sabar, sabar... Sabar itu separuh dari iman. Di sebalik kepahitan itu tersirat kemanisan.
Fami pula terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Alhamdulillah, tiada cedera berat. Berjaya juga sampai ke bumi Mesir, bumi berkat. Allah mahu Fahami terus belajar untuk berkhidmat. Berkhidmat untuk umat.
Najmi pula diuji dengan peminum arak tegar. Pesawat pun satu hal. Jangan disediakan arak, harammm! Pakar bedah ini minum 7 tin tiger beer dan 2 gelas wine. Bau mulut mengalahkan longkang. Salam yg berada di sebelahnya lebih-lebih lagi tertekan. Alangkah indahnya jika ada pesawat yg diurus mengikut tatacara Islam 100%. Sediakan tempat solat, pramugarinya menutup aurat...
Hashim pula kelihatannya semakin mengembang. Insya Allah minda turut sama berkembang. Tak mengapa jika ayah masih tak izin untuk memandu kereta. Dia sayang kamu. Sampai masa nanti, memandulah sepuas-puasnya. Memandulah ke arah kebenaran.
Pengalaman hidup di celah-celah Kota Kaherah yg penuh sesak merupakan kenangan dan pengalaman yg tidak akan dilupakan. Antara nasihat yg perlu diulang-ulang ialah sentiasa memperbaharui niat dan sentiasa menjaga hati. Musim sejuk bakal menjelma. Hati-hati, jangan hingga tertewas dengan Saratoga. Penangannya sungguh berbisa. Solat berjemaah harus dijaga. Al-Quran mesti menjadi teman setia. Majlis ilmu perlu dihadiri sentiasa.
Jika tahun lepas ialah tahun pengenalan, maka cuba jadikan tahun ini tahun pemerkasaan. Ikhlaskan niat, tambahkan ilmu, tingkatkan iman, banyakkan doa, curahkan bakti, luaskan dakwah. Jadilah seperti pohon yg berbuah. Dilontar batu, dibalasnya buah. Masa depan ialah milik Islam. Renungkan. Jika kita pentingkan masa depan kita, maka ingatlah sesungguhnya masa depan Islam lebih wajib untuk kita pentingkan.
p/s: Hampir semua gambar dicuri dari Zuket. Kameranya power!
-al-aman-
Ardul Kinanah 1430 H
Subscribe to:
Posts (Atom)