- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.
KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)
PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.
Terdapat 10 peta. Setiap peta menunjukkan pergerakan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam bersama Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq radiyallahuanhu di dalam peristiwa hijrah menuju ke Madinah. Jalan yg dilalui oleh mereka bukanlah jalan yg biasa digunakan untuk ke Madinah. Rujuk setiap peta untuk membantu anda memahami pergerakan mereka dalam operasi Hijrah. Setiap peta diberikan penjelasan secara ringkas (di bahagian bawah setiap peta).
Allah telah mengizinkan Rasulullah Sollallahualaihiwasalam untuk berhijrah. Baginda telah keluar dari rumahnya pada waktu malam dan mengarahkan Sayyiduna Ali radiyallahuanhu supaya tidur di tempat baginda untuk mengaburi pihak kafir Quraisy yg ingin membunuhnya. Jika mereka mengintai melalui lubang pintu, mereka akan menyangka Baginda masih kekal di dalam rumah. Baginda menuju ke rumah Sayyiduna Abu Bakar yg berperanan sebagai teman Baginda dalam operasi hijrah. Mereka bergerak menuju ke Selatan Mekah yg menghala ke Yaman sedangkan Madinah berada di Utara Mekah, sebagai strategi untuk mengelirukan musuh. Lihat peta di atas.
Garis berwarna merah: Jalan biasa ke Madinah Garis berwarna hijau: Jalan operasi Hijrah ke Madinah
Pada malam 27 Safar Tahun ke-14 Kenabian, Baginda dan Sayyiduna Abu Bakar menghala ke arah Yaman, menuju ke Gua Thur. Jarak dari Mekah ke Gua Thur ialah 5 batu. Mereka menetap di sana selama 3 malam: Jumaat, Sabtu dan Ahad. Anak kepada Sayyiduna Abu Bakar, Abdullah berperanan sebagai pembawa berita dari Mekah. Pada waktu malam, beliau akan ke Gua Thur lalu menceritakan perancangan Quraisy yg beliau dengar di Mekah. Sebelum subuh, beliau akan pulang semula ke Mekah lalu pagi harinya, beliau sudah berada di Mekah. Maka musuh menyangka beliau ada bersama mereka di Mekah sepanjang malam. Musuh tidak akan menghidu sebarang misi yg dilakukan. Hamba Sayyiduna Abu Bakar, 'Amir bin Fuhairah pula akan ke Gua Thur bersama kambingnya, memberi susu kepada mereka sekaligus berperanan memadamkan kesan tapak kaki Abdullah dengan melalui jalan yg sama yg dilalui oleh Abdullah.
Baginda dan Sayyiduna Abu Bakar keluar dari Gua Thur pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal. Bersama mereka ialah seorang penunjuk jalan yg masih kafir, Abdullah bin Uraiqit dan 2 tunggangan yg sejak lama telah disediakan oleh Sayyiduna Abu Bakar, khas untuk misi hijrah. Sayyidatuna Asma', anak kepada Sayyiduna Abu Bakar pula berperanan menyiapkan bekalan untuk permusafiran mereka. Dari Gua Thur, mereka bergerak ke 'Usfan. Lihat peta.
Suraqah bin Malik bin Ju'syam berjaya mengesan lalu mengikuti jejak mereka. Tiba-tiba kaki kudanya terjerelus ke dalam pasir. Cubaan demi cubaan untuk mendekati Baginda semuanya gagal. Akhirnya beliau tahu bahawa Baginda dilindungi oleh Allah. Beliau juga memohon keamanan dari Baginda. Bahkan beliau dijanjikan gelang Maharaja Kisra, Raja Parsi . Sedangkan kerajaan Parsi hanya jatuh pada zaman Sayyiduna Umar bin Al-Khattab. Ini bererti, Baginda telah diwahyukan bahawa satu hari nanti Islam akan mengalahkan Parsi, kuasa besar dunia ketika itu. Dari 'Usfan, mereka menuju ke Amaj. Lihat peta.
Di dalam perjalanan, mereka lalu berhampiran Khemah Ummu Ma'bad Al-Khuza'iyyah. Ummu Ma'bad memberi minum dan makan kepada sesiapa sahaja yg lalu di situ. Tapi, ketika itu tiada apa yg mampu diberikan kepada mereka. Tiba-tiba, kambing kurus miliknya mampu mengeluarkan susu berkat tangan Baginda yg menyapu kantung susunya. Mereka minum susu yg diperah. Baginda juga meninggalkan sebekas susu di khemah Ummu Ma'bad, yg mengejutkan suaminya yg pulang, bagaimana kambing yg kurus mampu mengeluarkan susu. Ummu Ma'bad menceritakan segalanya. Dari Amaj, mereka menuju pula ke Qudaid. Lihat peta.
Abu Buraidah dan kaumnya seramainya 70 orang yg pada asalnya ingin menangkap Baginda untuk mendapatkan ganjaran 100 ekor unta yg dijanjikan puak kafir Quraisy akhirnya lembut hati lalu memeluk Islam kesemuanya setelah menerima dakwah daripada Baginda. Kemudian, Baginda meneruskan perjalanan.
Mereka bertemu dengan Az-Zubair bersama kafilah dagangnya yg pulang dari Syam. Beliau memberikan dua helai pakaian putih, sehelai untuk Baginda dan sehelai lagi untuk Sayyiduna Abu Bakar. Mereka meneruskan perjalanan hingga ke Marjih. Lihat peta.
Mereka terus bergerak hingga tiba di Quba' pada 8 Rabiul Awwal.
Mereka menetap di Quba' selama 4 hari : Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Di situ, masjid pertama dalam sejarah Islam dibina, Masjid Quba'. Masjid yg dibina atas dasar taqwa sebagaimana yg dinyatakan di dalam Surah At-Taubah ayat 108.
Baginda dan para sahabat keluar dari Quba' menuju ke Madinah yg ketika itu dikenali dengan Yathrib pada hari Jumaat. Mereka solat Jumaat di Kampung Bani Salim bin Auf. Jumlah mereka ialah 100 orang. Setelah solat Jumaat, mereka bergerak masuk ke Yathrib yg pada hari itu telah ditukar namanya kepada nama Madinah. Umat Islam di Madinah telah menunggu ketibaan Baginda sejak lama. Nasyid 'Tolaal Badru 'Alaina' bergema, tanda kegembiraan menyambut ketibaan Nabi yg dinanti-nantikan.
Unta yg ditunggang oleh Baginda telah diperintahkan oleh Allah untuk berhenti di tempat yg telah pun ditetapkan. Unta itu terus berjalan dan akhirnya duduk kemudian bangun kembali dan bergerak sedikit. Lalu, ia kembali semula ke tempat yg mula-mula didudukinya tadi. Baginda akhirnya turun dari unta tunggangannya. Di tempat itulah didirikan Masjid Nabawi. Kawasan itu ialah kawasan Bani Najjar yg mempunyai talian persaudaraan dengan Baginda dari sebelah bapanya. Baginda menjadi tetamu Sayyiduna Abu Ayyub Al-Ansari kerana rumahnya berada di hadapan tempat unta Baginda berhenti. Baginda menetap di rumah beliau selama 7 bulan sehinggalah siap terbina Masjid Nabawi dan rumah Baginda serta isteri-isterinya.
Perkara pertama yg dilakukan oleh Baginda apabila tiba di Madinah ialah membina masjid. Baginda sendiri melibatkan diri dalam kerja-kerja pembinaan masjid ini. Ketika bermukim di Quba', Baginda telah membina Masjid. Begitu juga apabila tiba di Madinah. Jelas, masjid sangat berperanan penting dalam pembangunan ummat. Masjid Nabawi ketika itu berperanan sebagai tempat ibadat, pusat pertemuan, madrasah dan pusat pemerintahan. Dari masjid inilah, Islam terus berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia sehinggalah pada hari ini, populasi penduduk dunia yg beragama Islam mencapai angka lebih kurang 1.8 billion.
# Untuk lihat Peta Perjalanan Hijrah (Flash) -Bahasa Arab- klik SINI. -Bahasa Inggeris- klik SINI.
# Special Page di Islamonline sempena Tahun Baru 1431 Hijrah. Klik SINI.
Blog ini merupakan medan berhimpunnya ahli-ahli usrah yg terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan Tahun Dua Terengganu 2009 di alam siber. Mudah-mudahan keberadaan mereka di Bumi Anbiya' ini dikurniakan limpahan ilmu dan pengalaman. Jumlah mereka ialah 5 orang.
'Doktor' yg dilantik menjadi ketua usrah ini ialah Abd Malik Sufri b. Zaid. Ahli-ahli usrah pula ialah, Muhammad Hasyim. Che Ngah, Khairun Najmi Asyraf b. Mohd Azmin, Mohd Zulkhairi b. Sulaiman dan Mohd Fahami b. Ariffin.
Usrah ini diletakkan di bawah Biro Dakwah KPT, yg diketuai oleh Ustaz Abdul Manan b. Jusoh. Naqib yg mengendalikan usrah ini untuk sesi ini ialah alfaqir Ahmad Fahmi b. Che Nordin.
Kami juga menjemput 4 orang penulis jemputan untuk membuat pengisian di blog ini. Mereka ialah Ustaz Muhammad Safwan b. Samsuddin, Ustaz Muhammad Syukri b. Mohd Nazar, Ustaz Muhammad Farezuan dan Doktor Tengku Abdul Kadir Bin Tengku Zainal Abidin.
0 comments:
Post a Comment