Tuesday, April 20, 2010
Saya rindukan tamadun itu!
Tonton dua video di bawah ini. Saya benar-benar teruja menontonnya!
Part 1:
Part 2:
Read More......
Lahirnya Seorang Khalifah di Muka Bumi Allah (part 1)
Al-Quran berulang-ulang kali menyebut sesuatu yang menuntut para pembacanya untuk percaya. Adakalanya ia menceritakan tentang syurga, binatang dan tumbuhan dimana ia menjadi bukti kewujudan pencipta yang Agung. Pernahkah kita terfikir tentang bagaimana wujudnya manusia yang dianggap sebagai khalifah di muka bumi Allah. Ataupun adakah lahirnya kita semata-mata kerana percantuman air mani dari ayah dan ibu??
Kami telah menciptakan kamu,maka mengapa kamu tidak membenarkan (hari kebangkitan)Maka kamu perhatikan tentang (benih manusia )yang kamu pancarkan.Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan kami tidak lemah.
[Al-Waqi'ah:57-59]
Keagungan penciptaan manusia berkali-kali disebut di dalam AL-Quran. Penceritaan yang dikisahkan di dalam ayat-ayat tersebut begitu halus dan terperinci, mustahil bagi seseorang yang hidup pada abad ke-7 untuk mempunyai pengetahuan tentangnya.Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
- Manusia tidak dilahirkan daripada keseluruhan air mani tetapi hanyalah sebahagian yang amat kecil daripadanya(sperma)
- Lelakilah yang menentukan jantina bayi yg dilahirkan
- Embrio melekat di rahim ibu seperti lintah
- Pertumbuhan embrio berlaku di 3 kawasan gelap di dalam rahim ibu
Fakta-fakta ini hanya mampu dibuktikan melalui teknologi yang diperolehi pada abad ke-20.
Sekarang mari kita mengkaji perkara-perkara ini satu-persatu:
SETITIK AIR MANI
Sperma melalui perjalanan di dalam badan ibu sampai mereka menjumpai ovum.Hanya seribu daripada 250 juta yang berjaya menjumpai ovum.Di akhir perjalanan yg hanya lima minit ini,ovum yg hanya sebesar separuh dari sebiji garam hanya membenarkan satu daripada seribu sperma untuk disenyawakan.
perkara ini berpatutan lah dengan apa yang dikatakan di dalam Al-Quran dimana hanya sebahagian yang amat kecil daripadanya.Ini juga dijelaskan lagi dalam Surah al-Qiyama
Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkn begitu sahaja (tanpa pertanggungjawaban)?. Bukankah dia mulanya hanya setetes mani yg ditumpahkan (ke dalam rahim)[al-Qiyama:36-37]
Cecair atau lebih dikenali sebagai air mani mengandungi sperma tidak merangkumi hanya sperma sahaja.Sebaliknya ia merangkumi percampuran pelbagai cecair yang lain.Air mani adalah percampuran cecair yang dihasilkan daripada beberapa organ persetubuhan lelaki seperti testis,salur prostat,seminal vesicles dan juga saluran air kencing lelaki.
Kajian yang lebih terperinci juga menunjukkan air mani lelaki mengandungi komponen-komponen lain seperti citric acid, prostaglandin, flavin, ascorbic acid, ergothioneine, cholesterol, phospholipids, fibrinolysin, zinc, phosphatase acid, phosphase, hyaluronidase and sperma.Cecair yang terkandung dalam air mani mempunyai banyak fungsi antara untuk memberi tenaga kepada sperma, mengneutralkan acid di dalam rahim perempuan dan juga untuk melicinkan pergerakan sperma.
Perkara ini telah di sebut di dalam al-Quran dan telah dibuktikan oleh sains pada masa kini:
Pada pandangan sesetengah golongan, jantina bayi ditentukan oleh sel ibu, malah ada juga yang menyatakan jantina ditentukan oleh kedua-dua sel ibu dan ayah.Tetapi di dalam Al-quran ada menyatakan samada lelaki atau perempuan bayi yang akan dilahirkan adalah bergantung kepada setitik air mani daripada ayah.
Kajian yang terperinci telah dilakukan bagi membuktikan apa yang dinyatakan didalam al-quran dan terbukti apa yang dinyatakan adalah benar .JAntina bayi ditentukan oleh sperma daripada ayah dan bukan telur daripada ibu.
Chromosomes adalah elemen utama bagi mentukan jantina seseorang.Badan manusia mempunyai 46 chromosomes dan 2 daripadanya dikenali sebagai "sex chromosomes" atau chromosomes jantina.Sex chromosomes akan berbeza dari lelaki dan perempuan,lelaki mempunyai chromosomes "XY" manakala perempuan "XX".Y chromosomes adalah untuk jantina lelaki manakala X adalah untuk perempuan.
Penentuan jantina bagi seorang bayi itu ditentukan daripada penggabungan 2 chromosomes ini.Perempuan mempunyai 2 sex chromosomes iaitu "XX",berbeza bagi lelaki yang mempunyai satu X dan satu Y.Jika X chromosomes daripada perempuan bercantum dengan X chromosomes daripada lelaki maka akan menghasilkan bayi perempuan.Tetapi jika bercantum dengan Y chromosomes dariapada lelaki maka akan menghasilkan bayi lelaki.
Dalam erti kata yang lain,jantina bagi bayi ditentukan oleh chromosomes yang datang dari lelaki bukan daripada perempuan.
Coretan penulis:
Pada masyarakat zaman sekarang ini,perempuan selalu dipersalahkan jika bayi yang dilahirkan adalah lelaki.Seperti mana yang kita ketahui,pada zaman jahiliah bayi perempuan dianggap membawa bala dan dibunuh dengan serta-merta malah ada yang ditanam hidup-hidup.
Sunday, April 18, 2010
" Tidak malukah kamu, mencelaku dihadapanku?" - Mulianya Akhlak Para Ulama'
Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam pernah bersabda:
Monday, April 12, 2010
Jom tonton Rabo3yat, beberapa minit sahaja!
# Laman web Rabo3yat: http://www.rabo3yat.com/
(Laman boleh diterjemah ke banyak bahasa)
Video boleh ditonton di laman web dan juga di Youtube.
# Rabo3yat di Youtube:
Dalam bahasa Arab di SINI.
Sarikata bahasa Inggeris di SINI.
# Rabo3yat di Facebook: SINI
Sedar Terhadap Dosa Yang Dilakukan Pembuka Jalan Menuju Taubat
Kita sangat biasa mendengar ucapan wanita yang mengaku beragama Islam yang tidak mahu menutup aurat mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Antara ucapan mereka; " Tidak mesti yang berpakaian menutup aurat hatinya baik". Berapa ramai artis yang mempertahankan pakaian seksi mereka atas nama seni. Ucapan sebeginilah yang merosakkan masyarakat hari ini. Sedarkah mereka; menutup aurat itu wajib tidak kira sesiapa sekalipun selagi dia adalah seorang Muslim? Mereka mengetahui hakikat itu tetapi kesombongan dalam hati menyekat mereka untuk menerima taufiq dari Ilahi.
Sayyiduna Umar Al-Khattab Radiallahu'anhu mengatakan: " Moga Allah Taala merahmati orang yang menunjukkan kepadaku akan kelemahanku". Apabila seseorang ditegur atas kesilapan yang dilakukan akan menyebabkannya bersegera menuju taubat atas kesilapannya. Begitulah contoh terbaik yang ditunjukkan oleh sahabat yang dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.
Apabila datang sesuatu perintah dari Allah, ianya akan mengena ke atas setiap hambaNya. Tidak boleh seseorang beralasan untuk mecari ruang meninggalkannya. Bahaya sungguh kefahaman hari ini yang berpendapat ketaatan itu untuk orang-orang tertentu yang mempelajari agama sahaja. Ada yang menganggap sesetengah perkara yang dipandang jelek oleh syarak adalah amalan biasa bagi mereka yang tidak mempelajari agama secara mendalam. Bahaya dan tersangat bahaya. Mereka yang tidak berpendidikan agama tidak boleh mencari kelonggaran dalam melakukan perintah Allah Taala. Adapun yang telah menceburi bidang agama, tanggungjawab mereka adalah menjaga nama baik agama dari terus dicemari. Jangan mereka pula yang menunjukkan contoh yang buruk dalam kehidupan seharian.
Berusahalah untuk menjadi hamba Allah Taala yang taat kerana Hari Esok kita bakal menerima soalan-soalan 'maut' terus dari Allah Taala. Agak-agak, ketika itu bolehkah kita beralasan sebagaimana alasan kita sekarang ini?
Monday, April 5, 2010
Sanah helwah yaa gamill
Pihak usramedic ingin mengucapkan selamat panjang umur kepada 2 orang ahli, Dr Anas & Dr Hasyim.Dr Anas telah genap umurnya 20 tahun pada 19 Mac baru-baru ini dan Dr Hasyim yang baru sahaja melangkah umur yang ke 19 iaitu pada 5 April. Semoga pertambahan usia diiringi dengan bertambahnya ilmu dan amalan. Amin...
Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam,
"Sebaik-baik manusia ialah yg panjang umurnya dan baik amalannya..."
Hadith Riwayat Tirmizi.
Jauhi Sifat Dengki
Hasad terbahagi kepada beberapa bahagian;
1) Seseorang bercita-cita supaya kebaikan yang diperolehi oleh saudaranya hilang walaupun kebaikan itu tidak akan berpindah ke tangannya.
2) Seseorang bercita-cita melihat kebaikan pada saudaranya hilang dan berpindah ke tangannya.
3) Seseorang bercita-cita melihat kebaikan pada saudaranya berpindah ke tangannya. Akan tetapi sekiranya, tiada jalan untuk dia memperolehinya, dia rela kebaikan itu kekal di tangan saudaranya.
4) Dikenali sebagai ghibthoh dan dibenarkan oleh Islam. Iaitu seseorang mengimpikan kebaikan yang ada pada saudaranya turut sama diperolehinya tanpa ada sebarang niat mahukan kebaikan itu hilang dari saudaranya. Seumpama seseorang melihat saudaranya mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran, lalu dia berazam untuk turut menghabiskan hafalan sebagaimana saudaranya.
Seseorang yang dengki tidak mungkin mampu untuk menjadi pendakwah kerana asal tujuan dakwah adalah menyampaikan cahaya keimanan kepada orang lain. Seseorang pendakwah berazam untuk berkongsi dan menyampaikan kebaikan, cahaya hidayah serta kemanisan bertaqarrub kepada Allah Taala kepada saudaranya yang lain manakala seseorang yang dengki tidak mahu kebaikan yang ada padanya diperolehi oleh orang lain dalam masa yang sama tidak senang duduk melihat kebaikan yang ada di tangan orang lain.
Ikuti kisah menarik yang diceritakan oleh Al-Habib 'Ali Al-Jufri Hafizohullah di bawah;
Di tempat tinggal Syeikh As-Syanqithi, ada seorang pendatang dari luar negara yang bukan Muslim bekerja di syarikat minyak dan dia sudahpun berkhidmat di situ lebih kurang 20 tahun. Ketika kontraknya dengan syarikat tersebut hampir tamat dan dia akan kembali semula ke negara asalnya, dia berjumpa dengan seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang Syeikh. Lalu, dia pun menceritakan kepada lelaki tersebut keinginannya untuk masuk Islam setelah melihat keindahan agama Islam. Dia menceritakan bahawa umurnya sudah lebih 60 tahun dan sangat tertarik dengan akhlak umat Islam di situ. Dia bertanya dengan penuh harapan; " Adakah sekiranya aku masuk Islam, Allah Taala akan mengampunkan dosa kesalahanku selama ini?". Jawab lelaki yang berpakaian seperti seorang syeikh itu; " 60 tahun kamu bergelumang dengan dosa dengan dosa dan maksiat!! Kemudian, kamu bercita-cita untuk memasuki syurga Allah Taala? Agak sukar dan payah!!!". Lelaki yang bercita-cita untuk masuk Islam mempercayai kata-kata tersebut dan pulang dengan rasa kecewa.
Selepas enam bulan, dengan sebab keinginannya yang sangat tinggi untuk memeluk agama Islam, lelaki tersebut pergi berjumpa dengan Syeikh Syanqithi yang menceritakan kisah ini kepada Habib Ali. Dia bertanya kepada Syeikh; " Adakah aku boleh memeluk agama Islam?". Jawab Syeikh; " Sudah pasti boleh. Ucapkanlah dua kalimah syahadah sekarang!". Lelaki itu bertanya untuk mendapatkan kepastian dari syeikh: " Benarkah aku memang boleh memeluk Islam?". Jawab syeikh lagi memberi keyakinan kepadanya: " Memang pasti. Sekiranya kamu benar-benar tunduk dengan ajaran Islam, ucapkan kalimah syahadah sekarang!".
Lelaki tersebut mengucap dua kalimah syahadah dan menangis. Syeikh bertanya; " Apakah yang membuatkan kamu menangis?". Dia pun menceritakan kisahnya sebelum ini yang pergi bertemu lelaki yang berpakaian seperti syeikh dekat dengan tempatnya bekerja kemudiaannya lelaki itu memberitahu sukar untuk dirinya memperolehi keampunan Allah Taala. Syeikh meminta nombor telefon lelaki tersebut dan menelefonnya. Syeikh bertanya: " Mengapa kamu mengatakan kepada lelaki yang mahu memeluk agama Islam sukar untuknya mendapat keampunan Allah?". Lelaki tersebut menjawab: " Mana mungkin lelaki yang sudah puluhan tahun bergelumang dengan dosa dan maksiat, tiba-tiba dia mengidamkan untuk berada dalam syurga bersamaku yang telah lama melakukan ketaaan!!"
Lihatlah jawapan yang diberikan olehnya kepada syeikh; "........ tiba-tiba dia mengidamkan untuk berada dalam syurga bersamaku yang telah lama melakukan ketaaan!!".
Di sini terdapat beberapa masalah pada lelaki tersebut yang berpunca dari sifat dengki dalam dirinya. Dia tidak mahukan kebaikan diperolehi oleh orang lain. Dalam masa yang sama, dia berkeyakinan amalannya telah cukup untuk menempatkannya dalam syurga Allah Taala.
Sepatutnya bagi seseorang mu'min yang baik mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan cahaya Islam sampai ke seluruh alam. Tidakkah Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bersabda:
" Allah Taala memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab (dakwah) yang kamu lakukan, lebih baik dari unta merah (kenderaan yang paling mahal harganya"
Sekian.