Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Sunday, August 30, 2009

Selamat hari lahir, 'bintang'!


Pihak usramedic ingin mengucapkan selamat panjang umur, selamat bagus amalan dan selamat murah rezeki kepada Doktor Khairun Najmi Asyraf bin Mohd Azmin. Pada 29 Ogos 2009, genaplah umur beliau 18 tahun. Tarikh lahir beliau ialah pada 29 Ogos 1991. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Mudah-mudahan pertambahan usia beliau menambahkan lagi kematangan beliau. Beliau merupakan pelajar yg paling muda di kalangan ahli usrahmedic. Beliau dan Hashim merupakan pelajar lompat. Bahkan kesemua anggota usrahmedic memang suka melompat kecuali naqibnya.

Pami mane?!

Nama 'Khairun Najmi Asyraf' jika diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia bermaksud 'Sebaik-baik bintang termulia'. Semoga Doktor Najmi benar-benar menjadi bintang! Hasil karyanya boleh dibaca di SINI. Satu kupasan yg bagus mengenai bahana pergaulan bebas yg melanda remaja masa kini. Kami masih tertunggu-tunggu tulisan seterusnya daripada anda wahai Doktor Najmi :)

Kepada Doktor Najmi secara khasnya dan kepada semua secara amnya, hayatilah sebuah Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam,

' خَيْرُ النَاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ '

Maksudnya, "Sebaik-baik manusia ialah yg panjang umurnya dan baik amalannya..." Hadith Riwayat Tirmizi.

Read More......

Thursday, August 27, 2009

Bilakah waktu berbuka puasa di atas kapal terbang?


"Kalo kite duk dalang flight, kite nok buke pose ikut waktu mane? Waktu tempat kite berlepah ke? Atau waktu tempat kita duk mase tu, contohnya kapa terbang tengoh terbang di ruang udara India, ikut waktu India la? Atau waktu tempat hok kite nok gi tu?" tanya Malik.


Hashim menjawab, "Saye ada terbace di lamang web infokpt pasal mende ni. Meh, kite buke. CC kat maktabah ni kang free."


"Fahami, tepi skek. Nok cari maklumak ni. Haaa, ni die!" pinta Zuket.


"Jom kite bace same-same." kata Anas.


"Komputer kang banyok lagi ni. Bakpe nok kerumun kang aku jugok ni?!" jerit Fahami.


"Sabor-sabor. Kite kang pose!" kata Najmi.



As-syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Ketua Persatuan Ulamak Sedunia telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang. Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang mereka berada di atasnya.


Mengikut fatwanya, setiap penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang dia berada di atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender mereka.

As-Syeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.



Fadhilatul Syeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, "Tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini?" Jawab mereka, "Tidak!!" Maka aku menjawab balik, "Demikianlah juga berbuka puasa, tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya."

Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali dia berada di tempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat –tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah datar.

Akhirnya, Al-Qaradawi telah meminta pesawat Qatar(yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat Arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul-betul selepas terbenamnya matahari.


Sumber asal : http://yusuf2013.blogspot.com/


p/s: Fatwa yang sama juga dikeluarkan oleh Mufti Mesir, Fadhilatul Ustaz Ad-Doktor Ali Jum'ah Muhammad di Darul Ifta' Al-Misriyyah. Untuk baca, klik sini.



Read More......

Saturday, August 15, 2009

Catatan Hari Jumaat; 23 Sya’aban 1430H

Masjid al-Azhar as-Syarif

Ayat pertama yang dibacakan oleh Imam dan Khatib Masjid al-Azhar as-Syarif dalam khutbah Jumaatnya kelmarin; “ ……dan agar Aku menyempurnakan nikmatKu ke atas kamu dan mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk” [al-Baqarah:150]. Minggu lepas, Syeikh menghuraikan ayat di awal juzu’ yang kedua berkaitan peristiwa ‘Tahwilul Qiblah’. Huraian terperinci mengikut susunan ayat bermula dari ayat ke 142 sehingga berakhir ayat yang ke 146 dari Surah al-Baqarah. Kali ini, huraian diteruskan dengan ayat ke 150 di atas.

Kemudian, Syeikh meneruskan khutbahnya; “ Aku melihat yang dimaksudkan dengan nikmat Allah Taala dalam ayat ini adalah nikmat Kiblat yang satu.

Sya’ban menyaksikan peristiwa penting dalam kalendar Islam iaitu peristiwa ‘Tahwilul Qiblah’. Permulaan juzu’ yang kedua dari al-Quran menceritakan peristiwa menarik ini selepas penghujung juzu’ pertama, Allah Taala menceritakan kisah berkaitan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ‘Alaihissalam yang meletakkan asas-asas pembinaan Baitullahil Haram. Dua peristiwa yang berlaku pada selang masa yang agak panjang tetapi mempunyai kaitan yang sangat erat antara keduanya.

Firman Allah Taala: “ ……dan agar Aku menyempurnakan nikmatKu ke atas kamu dan mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk. Sebagaimana Kami mengutuskan bagimu seorang Rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Kitab dan Hikmah serta mengajarkan kepadamu apa yang tidak kamu ketahui” [al-Baqarah: 150-151]

Sebagai perkenan Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam ketika Baginda mengasaskan pembinaan Baitullah;

“ Dan ingatlah ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): Wahai Tuhan kami, terimalah dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tuduk patuh,menyerah diri kepadamu dan dari kalangan zuriat kami umat yang tunduk patuh dan menyerah diri kepadamu dan tunjuklah bagi kami cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhan Kami utuskanlah bagi mereka seorang Rasul dalam kalangan mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, mengajarkan mereka kitab (al-Quran) dan al-Hikmah ( as-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mah Perkasa Lagi Maha Bijaksana” [al-Baqarah: 127-129]

Nikmat seluruh umat Islam mengadap kiblat yang satu diumpamakan oleh Allah Taala seperti nikmat pengutusan Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam untuk alam seluruhnya. Dibangkitkan dengan limpahan cahaya rahmat. Mengajak manusia bersatu untuk mentauhidkan Allah Taala Yang Esa. Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam adalah lambang kesatuan yang diredhai olehNya.

Firman Allah Taala:
“ Kami telah melihat wajahmu berpaling ke langit. Maka sesungguhnya kami akan palingkan kamu ke arah kiblat yang kamu redhai. Maka, palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada palingkanlah wajahmu ke arahnya….”[al-Baqarah:144]


Hikmah Allah Taala menjadikan seluruh jasad umat Islam mengadap kiblat yang satu secara zahirnya dan hakikat sebenar darinya adalah hati mereka dihadapkan kepada Allah Taala yang satu. Tidak ada Tuhan yang layak diabdikan selainNya. Begitulah Allah Taala mengajar untuk hambaNya untuk menghayati konsep persaudaraan dalam Islam menerusi ibadah mereka.

Firman Allah Taala:

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara..” [al-Hujuraat: 10]

Lihatlah cara Allah Taala mengajar hambaNya bermunajat kepadaNya dalam ibadah menerusi bacaan fatihah yang menjadi rukun dalam solat;
“ Hanya kepadaMu kami mengabdikan diri dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus..”[al-Faatihah: 5-6]

Penggunaan lafaz kami menimbulkan satu perasaan bahawa seluruh umat Islam yang mengabdikan diri kepada Allah Taala yang Esa, mengadap kiblat yang satu merupakan umat yang satu dan saling bersaudara. Mereka diajar untuk bersikap tawadhu’ dan rendah diri antara satu sama lain. Tidak ada yang membezakan melainkan dengan taqwa dalam keadaan tiada seorangpun yang mampu untuk mengetahui tahap ketakwaan masing-masing. Semuanya tersembunyi dalam ilmu Allah Taala.

Semangat ukhuwwah yang perlu dibina atas dasar iman dan takwa. Saling berkasih sayang sesama mu’min seumpama jasad yang satu. Tidak boleh dipisahkan antara mereka. Masalah yang menimpa adalah masalah bersama. Persaudaraan yang menjanjikan keredhaan Allah Taala apabila kasih sayang itu dibina dengan pertemuan dan perpisahan yang diasaskan semata-mata kerana Allah Taala.


Selamat berangkat pulang; selamat sampai; selamat mencurahkan khidmat di kampung halaman untuk sahabat seperjuangan juga seorang guru yang mengajar erti persudaraan Islam, Us Safwan bin Shamsuddin. Berangkat ke Mesir dengan satu penerbangan yang sama pada 3 Ramadhan 1428 yang lalu. Namun, kepulangan kali ini tidak mampu untuk bersama-sama. Perpisahan sementara di Bumi Mesir yang ditakdirkan oleh Allah Taala. Menahan sedih dan sebak ketika saling berpelukan di Lapangan Terbang, Kaherah malam tadi.

Pulangnya mutiara ilmu ke tanah air tercinta. Entah selepas ini, siapa yang mampu menjadi pengganti? Jasa dan pengorbanan yang tidak mampu dibalas, bahkan sangat-sangat perlu untuk dihargai. Tidak akan kedengaran lagi nasihat berharga menerusi kuliah selepas Isya’ yang disampaikan oleh beliau. Kalam-kalam nasihat dan pengajaran yang akan sentiasa dirindui. Guru yang berjaya melahirkan rasa tawadhu’ dengan ilmu yang ada di dada. Sehinggakan diri ini terasa hakikat sebagai insan kerdil yang sangat banyak kekurangan.

Kalam terakhir dari Us Safwan dalam majlis perpisahan malam tadi mengenai pertemuan dan perpisahan cukup penting untuk dihayati bersama. Beberapa cerita menarik mengenai pengalaman bersama pelajar perubatan yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Terasa diri semakin hina di sisi Ilahi. Saya sentiasa menegaskan samada melalui tulisan atau tazkirah lisan sebelum ini; tiada beza antara pelajar perubatan dan pengajian Islam. Ukhuwwah yang perlu terus dipupuk atas dasar keimanan. Semoga Allah Taala menyatukan kita dalam redhaNya di dunia dan menemukan kita dalam syurgaNya di Hari Akhirat, amin.

Cukuplah coretan ini terhenti di sini. Air mata saya sudah mula mengalir. Tidak tahan untuk menyembunyikan perasaan yang tersimpan di hati. Semoga ianya menjadi bukti persaudaraan ini dibina keranaMu, Ya Rahman.

[syukrinazar.blogspot.com]

Read More......

Tuesday, August 11, 2009

Jerawat!

Hmm… jerawat…. Perkataan yang tidak asing lagi bagi kita semua. Kemasyhurannya selalu kita dengar dan rupa parasnya sentiasa kita tatapi. Tetapi kehadirannya kebiasaannya mendapat sambutan yang kurang baik dari sesetengah pihak. Tidak kira lelaki ataupun wanita. Namun disebabkan jerawat, kita semua kelihatan semakin matang! Syukran kepada Encik Jerawat!

Sebenarnya ini bukanlah 100% penulisan saya sendiri. Saya cuma ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian satu artikel yang saya terbaca semasa melayari internet beberapa hari yang lalu. Bagi saya, penemuan ini agak menarik perhatian saya dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah.

APA ITU JERAWAT?

Satu keradangan yang berlaku pada kulit. Kebiasaannya, jerawat ini ‘membesar’ apabila ‘whiteheads’ atau ‘blackheads’ telah dijangkiti. Ia boleh terjadi pada muka, leher, dada, belakang mahupun bahu.



JENIS-JENIS JERAWAT

1. WHITEHEADS- jenis jerawat yang kekal di bawah permukaan kulit

2. BLACKHEADS- jerawat ini timbul ke permukaan kulit dan kehitaman

3. PAPUL- bonjolan kecil berwarna merah jambu yang mungkin berasa sakit jika disentuh

4. PUSTUL- jerawat ini berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas

5. NODUL- jerawat yang besar dan menyakitkan di dalam kulit

6. SISTA- jerawat bernanah yang dalam, menyakitkan dan boleh meninggalkan parut

BAGAIMANA ENCIK JERAWAT DILAHIRKAN @ SEBAB-SEBABNYA :

Kulit kita mempunyai berjuta-juta rongga yang kecil. Rongga-rongga ini bersambung dengan kelenjar minyak. Di samping itu, kelenjar minyak di dada, muka dan belakang mampu mencapai angka ribu. Fungsi kelenjar ini adalah untuk melicinkan kulit dengan mengeluarkan minyak yang mengalir melalui saluran yang kecil menuju ke permukaan kulit.

Jadi terdapat 2 punca yang mampu saya ulaskan di sini iaitu:

1- HORMON:

-Merupakan punca utama yang menyumbang kepada kelahiran beliau. Kebiasaannya, kenaikan jumlah hormon dalam badan kita berlaku semasa akil baligh atau kitaran haid bagi wanita. Hal ini menyebabkan penghasilan hormon ‘DiHydroTestosterone(DHT). Hormon ini berperanan merangsang kelenjar minyak mengeluarkan minyak secara berlebihan lalu menyebabkan rongga-rongga di kulit tersumbat. Kesannya, lahirlah Encik Jerawat ini.


2- ‘ SLOUGHING ‘

-Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, pembaharuan kulit yang berlaku akan memproses sel-sel kulit yang telah mati dan menukar kulit. Penukaran kulit berlaku secara berterusan dan kulit baru akan ambil alih.

Tetapi ‘sloughing’, iaitu proses mengasingkan tisu-tisu hidup daripada tisu-tisu yang mati, berbeza bagi setiap orang dengan individu yang lain. Ada sebahagian individu yang tukar sel dengan kerap dan setengah yg lain tidak. Kesan bagi mereka yang jarang berlaku ‘sloughing’, akan menyebabkan sel-sel mati melekit dan bercantum menjadi ‘plug’. Plug ini akan memerangkap minyak dan bakteria dalam kulit. Proses ini memakan masa 2-3 minggu, lalu menghasilkan jerawat.



NASIHAT-NASIHAT DALAM MENGURUSKAN JERAWAT

-Jangan memicit jerawat, kerana ia boleh merosakkan kulit kerana kotoran atau bacteria pada hujung jari mampu menghasilkan keradangan dan meninggalkan parut

-Mengurangkan daripada menyentuh muka secara kerap terutamanya bagi mereka yang telah mempunyai jerawat, kerana geseran yang banyak pada kulit akan menutup rongga-rongga pada kulit secara berlebihan. Kesannya, pengaliran minyak ke permukaan kulit menjadi lebih sukar.

-Jangan menukar produk kebersihan secara kerap, kerana ia boleh menyebabkan alergik dan masalah-masalah kulit yang lain.

-Minta nasihat daripada doktor atau pakar kulit



Disediakan oleh:

Amgad’s student


# Ada juga yang kata jerawat ini timbul sebab jatuh hati pada seseorang. Hmm…. betul ke? (^^)

Read More......

Friday, August 7, 2009

Selamat Hari Lahir Murabbi Kami..

Bismillah wa alhamdulillah..

Tanggal 6 Ogos 1986 lahir seorang murabbi yang ditaqdirkan untuk menjadi Daie ila Allah. Betapa kami bersyukur kerana dikurniakan Allah s.w.t seorang guru yang sentiasa mendidik dan membimbing tanpa mengenal lelah. Beliau sering mengingatkan kami berkenaan himmah dan beliau sendiri mempamerkan sifat tersebut. WAKAFAN UMMAH. Kami berharap dan sentiasa berdoa, harapan dan hajat Ustaz Ahmad Fahmi seiring dengan Taufiq Allah. Selamat Hari Lahir. Moga senantiasa di bawah rimbunan kasih dan sayang Allah.


















Maaf ini ada hasil seorang amatur yang pertama kali menggunakan Adobe Photoshop. Mohon sesiapa yang sudi mengajar. ;)


Dzuu Haniin
[dzuuhaniin.blogspot.com]
Read More......

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).