Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Monday, March 23, 2009

Aku, tanah airku dan PPSMI...

Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi juga TaufiqNya untuk saya menulis dalam blog ini. Untuk pertama kalinya. Dan menjadi ahli usrah yang pertama menulis di laman ini. Sebelum ini, guru-guru kami telah beraksi. Dan saya berasa teramat segan untuk menulis. Takut jika dibandingkan tulisan saya dengan tulisan para Guru, memanglah saya ini tidak layak. Tambahan pula, pembaca-pembaca blog ini bukan dari kalangan kebiasaan orang. ini membuatkan saya terlebih segan. Jadi pada awalnya, saya memohon maaf kalau tulisan ini tak memuaskan hati pembaca.

5 Tahun Bersama PPSMI:

Suatu hari saya dapat mesej dari naqib kami, Ustaz Fahmi. Beliau meminta untuk menulis berkenaan PPSMI. Puas saya berfikir, nak tulis apa ye... Fikir saya, kalau saya membantah PPSMI sekalipun tiada orang pun nak dengar. Kalau Sasterawan Negara membantah mereka tak dengar, inikan pula saya.

Jadi, saya rasa lebih baik saya membawa kepada anda pengalaman saya bersama PPSMI. Sebab saya merupakan generasi pertama PPSMI. InsyaAllah ada serba sedikit pengalaman hidup untuk dikongsi.

Saya mendapat pendidikan peringkat rendah di Sek. Keb. Marang. Walaupun Marang dipanggil Bandar Marang tapi hakikatnya ia tak ubah seperti sebuah pekan. Maka di sekeliling saya bukan dari kalangan golongan elit. Hanya orang kebiasaan. Kerja sebagai nelayan, petani, pegawai rendah dll.

Sewaktu di bangku sekolah, ketika saya darjah 6,di kalangan rakan-rakan saya masih ada yang tak tahu membaca. Bukan mereka tak tahu membaca buku bahasa Inggeris, tapi mereka tak tahu membaca Bahasa Melayu. Kadang-kadang saya punya kesempatan secara tak langsung melihat pembelajaran mereka (waktu nak ke kelas muzik memang sempat melihat mereka, sebab kelas muzik sebelah kelas pemulihan). Seperti suasana di tadika. Pembelajaran yang dipenuhi dengan alat bantu mengajar(ABM). Sesekali timbul rasa sedih juga.

Jadi macam mana bila masuk tingkatan 1 (tahun 2003 akan bermula PPSMI) mereka nak belajar? Sedangkan Bahasa Melayu pun mereka membaca dengan merangkak. Inikan pula Bahasa Inggeris. Mereka yang kurang berminat dalam pembelajaran akan menjadi semakin kurang minat. Maka banyaklah masa-masa kosong terhasil. Jadi tak hairan semakin berleluasa masalah sosial.

Peringkat Menengah:

Setelah mendapat keputusan yang baik sewaktu UPSR, maka saya pun beralih ke suatu peringkat yang lebih tinggi dan berada di kalangan mereka yang lebih baik(dari sudut akademik). Apabila berada dalam kalangan mereka yang lebih hebat, kita akan berasa terawang-awangan. Hingga lupa mereka yang di bawah. Duduk di sebuah sekolah berasrama penuh, mana mungkin melihat mereka yang buta huruf, tapi kita yang menjadi BUTA. Kita lupa sahabat-sahabat yang berada diluar yang jauh ketinggalan. Kita sibuk bersaing sesama kita. Terkadang timbul perasaan buruk, memandang rendah sahabat-sahabat lain. Kadang-kadang timbul dalam hati kita seakan memperlekeh mereka. Kami dikalangan pelajar-pelajar MRSM memang tak timbul masalah untuk belajar menggunakan bahasa Inggeris, hanya ada segelintir sahaja.

Namun dikalangan kami sebenarnya ada yang begitu tak gemar dan lemah dengan penggunaan Bahasa Inggeris, di antaranya homeroomate saya, antara kenyataannya adalah,

“Aku bukan tak tahu jawab tapi aku tak tahu nak tulis camne. Kalau bahasa Melayu boleh la..”

Sehingga pada satu masa, ada beberapa sahabat saya yang tak tahan, akhirnya mereka menulis jawapan dalam bahasa Melayu. Tapi bagi saya satu kerosakan yang lebih besar berlaku. Mereka tak mengguna bahasa Inggeris sepenuhnya dan tak juga menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Apabila menulis mengguna bahasa Melayu tapi mengguna istilah-istilah bahasa Inggeris. Tidakkah menjadi carca merba? Jadi apa guna belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tapi hakikatnya mereka seakan-akan mengguna bahasa Melayu. Bahkan bahasa ‘rojak’ pula berlaku (saya pun menulis dalam keadaan rojak hehe..).

Ada sahaja dalam MRSM sendiri di mana guru-guru mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Alasan mereka, “YANG PENTING FAHAM.”(sumber dari saudara Malek, ketua usrah kami)

Tambahan, jikalau di kalangan pelajar-pelajar MRSM sendiri yang kononnya dikatakan pelajar yang mempunyai ‘darjat’ tersendiri, berasa susah menggunakan bahasa Inggeris, inikan pula pelajar luar Bandar. Saya sendiri mengakui, pada mulanya agak sukar untuk ‘menangkap’ pembelajaran di kelas. Lebih-lebih lagi pada waktu kelas fizik yang diajar oleh Puan Wan Ainizah. Beliau mengajar menggunakan Bahasa Inggeris dari awal hingga akhir dalam slanga US pulak. Tapi lama kelamaan menjadi lebih baik.

Sewaktu nadwah kami pernah di bawa ke sekolah luar Bandar. Ditugaskan untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Sekali lagi saya dihadapkan dengan suasana semasa sekolah rendah. Masih ramai pelajar yang buta huruf. Sekali lagi juga saya terfikir bagaimanakah nasib mereka?

Peringkat Tinggi:

Sekalipun saya sudah berpindah ke dunia yang lebih jauh tapi masih ada di kalangan kami yang masih mempunyai kesukaran dalam pembelajaran dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, Allah beri kemudahan teknologi pada saya, jadi kamus sentiasa ada di tangan (telefon bimbit..).

Pernah suatu ketika saya membaca satu muka surat sahaja tapi dibaca beberapa kali bagi memahaminya. Sedangkan saya dan rakan-rakan merupakan generasi pertama PPSMI. Selama 5 tahun kami belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi di mana silapnya?

Memang dari satu sudut penggunaan Bahasa Inggeris ini lebih mudah. Bahasanya mudah dan ringkas. Namun fikir saya, sepanjang pengalaman belajar, penggunaan buku ‘international’ lebih mudah dari buku tempatan. Saya bukan pakar bahasa. Tapi ini adalah dari pengalaman. Sewaktu di Matrikulasi, saya lebih selesa menggunakan buku ‘luar’ berbanding buku tempatan. Kerana bahasanya lebih mudah dan ringkas. Begitu juga semasa di Mesir. Tapi Alhamdulillah , Allah tetap beri kemudahan pada kami.

Akhirnya, terkadang kita berasa kesal dengan apa yang berlaku. Sebagai pelajar dan penuntut ilmu, saya berharap sahabat-sahabat saya yang lain mampu bersama untuk menggali ilmu. Saya pernah berasa kesal sewaktu Ma'arad Kutub. Kerana tak mampu membaca buku bahasa Arab. Jadi mungkinkah ini yang dirasa oleh sahabat-sahabat yang lain apabila berasa terlalu sukar untuk membaca buku bahasa Inggeris... Wallahualam.

[dzuuhaniin.blogspot.com]

4 comments:

Shahibul Afzan Wahab said...

Akak pun setuju dgn pandangan yg adik berikan ini.PPSMI hanya memberi keuntungan pd sesetengah golongan dan menyebabkan segolongan yg lain terabai...tidak perlu terlalu isti'jal utk menguasai sains dan teknologi ini kan?
Segala2nya harus difikirkan oleh para menteri...

Anonymous said...

Orang bijak pandai berkata, kalau ditanya kpd seorang pelajar, " Satu tambah satu sama dengan ?." Lalu dijawabnya "DUA!"

Maka ditanya pula, " One plus one equals?" Lalu dia tak mampu menjawab. Maka itu tandanya dia tak reti bahasa Inggeris bukan tak reti matematik!

Dzuu Haniin said...

sepatutnya yg perlu diperkasakn adalah bhs inggeris..mungkin krjaan blh blaja n amik modul2 dr British Council @ wat kajian dgn pakar bagi mengajar bahasa Inggeris.tambahn m'sia masih jauh dr sudut penterjemahan buku.klu indonesia,mereka begitu aktif menterjemah dan meperkembang bahasa mereka.DBP mungkin patut main peranan yg lebih jitu..jika zaman dahulu kita mampu,i'Allah sekarang juga mampu.

Fitrie Muhammad said...

Thanks Dzuu Haniin because you have response to my question about PPSMI(BI graduate Azhar je ni).Baru2 ni di Msia dibuat perhimpunan membantah PPSMI.Ana sebenarnya masih lagi tertanya-tanya sejauh mane kesan penggunaan Bahasa Inggeris dlm Sains & matematik terutamanya untuk kemahiran Bahasa Inggeris tu sdiri,bkn SN & M3.Kl tak berkesan ana sangat bersetuju kl BI tu sendiri yang diperkasakan.PPSMI hanya menguntungkan pelajar2 bandar yg biasanya kaya,ibu bapa diaorng yg practice BI di rmh dan pelajar2 cerdik shj.emm..,kl nak bahas ni,panjang lagi ni,semula la..

Post a Comment

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).