Monday, April 12, 2010
Sedar Terhadap Dosa Yang Dilakukan Pembuka Jalan Menuju Taubat
Posted on Monday, April 12, 2010
|
No Comments
|
Orang yang melakukan dosa kepada Allah Taala terdiri dari dua golongan;
1) Orang yang tidak tahu dia melakukan dosa maka dia dikira jahil.
2) Orang yang mengetahui perkara yang dilakukan adalah dosa. Dia dikira sebagai orang yang merendahkan syariat Allah Taala dan tergolong dalam ahli maksiat.
Ramai dalam kalangan masyarakat hari ini mengetahui perkara yang dilakukannya adalah perkara yang dilarang dalam agama akan tetapi masih tetap bertegas untuk melakukannya. Melakukan maksiat adalah perbuatan terkutuk dan merasa bangga dengan maksiat yang dilakukan lebih terkutuk dari itu.
Setiap Muslim diperintahkan untuk bertaubat atas setiap dosa yang dilakukan. Jalan pertama yang mendorong seseorang untuk bertaubat adalah dengan mengakui dan menyedari perkara yang dilakukannya adalah salah dari segi syarak. Adapun sekiranya seseorang cuba mengelak dari mengakui kesilapan yang dilakukan dengan mengatakan;" tidak salahpun aku melakukan perbuatan itu" sebagaimana yang kita dengari dari ramai orang yang keras hatinya, sesungguhnya ucapan itu menunjukkan kesombongannya dalam keadaan dia tidak menyedarinya. Bahkan, sesungguhnya ucapannya yang mengatakan perbuatannya itu tidak berdosa telah membawanya kepada dosa yang lebih besar iaitu berbohong.
Kita sangat biasa mendengar ucapan wanita yang mengaku beragama Islam yang tidak mahu menutup aurat mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Antara ucapan mereka; " Tidak mesti yang berpakaian menutup aurat hatinya baik". Berapa ramai artis yang mempertahankan pakaian seksi mereka atas nama seni. Ucapan sebeginilah yang merosakkan masyarakat hari ini. Sedarkah mereka; menutup aurat itu wajib tidak kira sesiapa sekalipun selagi dia adalah seorang Muslim? Mereka mengetahui hakikat itu tetapi kesombongan dalam hati menyekat mereka untuk menerima taufiq dari Ilahi.
Kita sangat biasa mendengar ucapan wanita yang mengaku beragama Islam yang tidak mahu menutup aurat mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Antara ucapan mereka; " Tidak mesti yang berpakaian menutup aurat hatinya baik". Berapa ramai artis yang mempertahankan pakaian seksi mereka atas nama seni. Ucapan sebeginilah yang merosakkan masyarakat hari ini. Sedarkah mereka; menutup aurat itu wajib tidak kira sesiapa sekalipun selagi dia adalah seorang Muslim? Mereka mengetahui hakikat itu tetapi kesombongan dalam hati menyekat mereka untuk menerima taufiq dari Ilahi.
Sayyiduna Umar Al-Khattab Radiallahu'anhu mengatakan: " Moga Allah Taala merahmati orang yang menunjukkan kepadaku akan kelemahanku". Apabila seseorang ditegur atas kesilapan yang dilakukan akan menyebabkannya bersegera menuju taubat atas kesilapannya. Begitulah contoh terbaik yang ditunjukkan oleh sahabat yang dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.
Apabila datang sesuatu perintah dari Allah, ianya akan mengena ke atas setiap hambaNya. Tidak boleh seseorang beralasan untuk mecari ruang meninggalkannya. Bahaya sungguh kefahaman hari ini yang berpendapat ketaatan itu untuk orang-orang tertentu yang mempelajari agama sahaja. Ada yang menganggap sesetengah perkara yang dipandang jelek oleh syarak adalah amalan biasa bagi mereka yang tidak mempelajari agama secara mendalam. Bahaya dan tersangat bahaya. Mereka yang tidak berpendidikan agama tidak boleh mencari kelonggaran dalam melakukan perintah Allah Taala. Adapun yang telah menceburi bidang agama, tanggungjawab mereka adalah menjaga nama baik agama dari terus dicemari. Jangan mereka pula yang menunjukkan contoh yang buruk dalam kehidupan seharian.
Berusahalah untuk menjadi hamba Allah Taala yang taat kerana Hari Esok kita bakal menerima soalan-soalan 'maut' terus dari Allah Taala. Agak-agak, ketika itu bolehkah kita beralasan sebagaimana alasan kita sekarang ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment