Monday, April 5, 2010
Jauhi Sifat Dengki
Posted on Monday, April 05, 2010
|
No Comments
|
Hasad atau dengki adalah permusuhan yang terang-terangan kepada Allah Taala. Sifat ini menunjukkan seseorang yang dengki dengan nikmat yang diperolehi oleh saudaranya tidak berpuas hati dengan pembahagiaan nikmat Allah Taala kepada mana-mana hamba yang dikehendakiNya.
Hasad terbahagi kepada beberapa bahagian;
1) Seseorang bercita-cita supaya kebaikan yang diperolehi oleh saudaranya hilang walaupun kebaikan itu tidak akan berpindah ke tangannya.
2) Seseorang bercita-cita melihat kebaikan pada saudaranya hilang dan berpindah ke tangannya.
3) Seseorang bercita-cita melihat kebaikan pada saudaranya berpindah ke tangannya. Akan tetapi sekiranya, tiada jalan untuk dia memperolehinya, dia rela kebaikan itu kekal di tangan saudaranya.
4) Dikenali sebagai ghibthoh dan dibenarkan oleh Islam. Iaitu seseorang mengimpikan kebaikan yang ada pada saudaranya turut sama diperolehinya tanpa ada sebarang niat mahukan kebaikan itu hilang dari saudaranya. Seumpama seseorang melihat saudaranya mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran, lalu dia berazam untuk turut menghabiskan hafalan sebagaimana saudaranya.
Seseorang yang dengki tidak mungkin mampu untuk menjadi pendakwah kerana asal tujuan dakwah adalah menyampaikan cahaya keimanan kepada orang lain. Seseorang pendakwah berazam untuk berkongsi dan menyampaikan kebaikan, cahaya hidayah serta kemanisan bertaqarrub kepada Allah Taala kepada saudaranya yang lain manakala seseorang yang dengki tidak mahu kebaikan yang ada padanya diperolehi oleh orang lain dalam masa yang sama tidak senang duduk melihat kebaikan yang ada di tangan orang lain.
Ikuti kisah menarik yang diceritakan oleh Al-Habib 'Ali Al-Jufri Hafizohullah di bawah;

Seorang Imam Masjid yang bernama Syeikh Muhammad As-Syanqithi menceritakan satu kisah kepada Al-Habib Ali Al-Jufri.
Di tempat tinggal Syeikh As-Syanqithi, ada seorang pendatang dari luar negara yang bukan Muslim bekerja di syarikat minyak dan dia sudahpun berkhidmat di situ lebih kurang 20 tahun. Ketika kontraknya dengan syarikat tersebut hampir tamat dan dia akan kembali semula ke negara asalnya, dia berjumpa dengan seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang Syeikh. Lalu, dia pun menceritakan kepada lelaki tersebut keinginannya untuk masuk Islam setelah melihat keindahan agama Islam. Dia menceritakan bahawa umurnya sudah lebih 60 tahun dan sangat tertarik dengan akhlak umat Islam di situ. Dia bertanya dengan penuh harapan; " Adakah sekiranya aku masuk Islam, Allah Taala akan mengampunkan dosa kesalahanku selama ini?". Jawab lelaki yang berpakaian seperti seorang syeikh itu; " 60 tahun kamu bergelumang dengan dosa dengan dosa dan maksiat!! Kemudian, kamu bercita-cita untuk memasuki syurga Allah Taala? Agak sukar dan payah!!!". Lelaki yang bercita-cita untuk masuk Islam mempercayai kata-kata tersebut dan pulang dengan rasa kecewa.
Selepas enam bulan, dengan sebab keinginannya yang sangat tinggi untuk memeluk agama Islam, lelaki tersebut pergi berjumpa dengan Syeikh Syanqithi yang menceritakan kisah ini kepada Habib Ali. Dia bertanya kepada Syeikh; " Adakah aku boleh memeluk agama Islam?". Jawab Syeikh; " Sudah pasti boleh. Ucapkanlah dua kalimah syahadah sekarang!". Lelaki itu bertanya untuk mendapatkan kepastian dari syeikh: " Benarkah aku memang boleh memeluk Islam?". Jawab syeikh lagi memberi keyakinan kepadanya: " Memang pasti. Sekiranya kamu benar-benar tunduk dengan ajaran Islam, ucapkan kalimah syahadah sekarang!".
Lelaki tersebut mengucap dua kalimah syahadah dan menangis. Syeikh bertanya; " Apakah yang membuatkan kamu menangis?". Dia pun menceritakan kisahnya sebelum ini yang pergi bertemu lelaki yang berpakaian seperti syeikh dekat dengan tempatnya bekerja kemudiaannya lelaki itu memberitahu sukar untuk dirinya memperolehi keampunan Allah Taala. Syeikh meminta nombor telefon lelaki tersebut dan menelefonnya. Syeikh bertanya: " Mengapa kamu mengatakan kepada lelaki yang mahu memeluk agama Islam sukar untuknya mendapat keampunan Allah?". Lelaki tersebut menjawab: " Mana mungkin lelaki yang sudah puluhan tahun bergelumang dengan dosa dan maksiat, tiba-tiba dia mengidamkan untuk berada dalam syurga bersamaku yang telah lama melakukan ketaaan!!"
Lihatlah jawapan yang diberikan olehnya kepada syeikh; "........ tiba-tiba dia mengidamkan untuk berada dalam syurga bersamaku yang telah lama melakukan ketaaan!!".
Di sini terdapat beberapa masalah pada lelaki tersebut yang berpunca dari sifat dengki dalam dirinya. Dia tidak mahukan kebaikan diperolehi oleh orang lain. Dalam masa yang sama, dia berkeyakinan amalannya telah cukup untuk menempatkannya dalam syurga Allah Taala.
Sepatutnya bagi seseorang mu'min yang baik mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan cahaya Islam sampai ke seluruh alam. Tidakkah Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bersabda:
" Allah Taala memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab (dakwah) yang kamu lakukan, lebih baik dari unta merah (kenderaan yang paling mahal harganya"
Sekian.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment