Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Friday, June 26, 2009

Berpuasa di Bulan Rejab

Berpuasa di Bulan Rejab

Imam al-Nawawi (rahimahullah) menyebut:

“Tiada larangan dan tiada juga galakkan berhubung dengan bulan Rejab itu sendiri,
walaubagaimanpun:

• berasaskan bahawa pada prinsipnya berpuasa itu sendiri merupakan suatu amalan yang
dipuji, dan

• di dalam Sunan Abu Dawud, Rasulullah telah menggalakkan berpuasa di bulan-bulan
Haram, dan bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram.


Hadith Berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab

[1] `Uthman ibn Hakim al-Ansari berkata: "Aku bertanya Said ibn Jubair berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, dan kami sedang berada di bulan Rejab, dan beliau berkara: “Aku mendengar Ibn ‘Abbas berkata: “Rasulullah pernah berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak akan berbuka samasekali, dan beliau juga [ada ketikanya] tidak berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak berpuasa samasekali.”

[Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dalam Kitab al-sawm, dalam bab berpuasa di bulan selain dari bulan Ramadhan, dan berpuasa di bulan Rejab].

Imam Nawawi seterusnya berkata bahawa:
"Berdasarkan hadith Said ibn Jubair dari Ibn `Abbas itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa berpuasa di bulan Rejab itu sendiri tidaklah dilarang dan tidaklah juga digalakkan secara khususnya, namun, ianya tertakluk kepada kaedah sepertimana berpuasa di bulan-bulan lain. Tiada dalil khusus yang mensabitkan secara nyata bahawa berpuasa di bulan Rejab itu dilarang mahupun digalakkan, namun berdasarkan prinsip bahawa berpuasa itu sendiri merupakan amalan perbuatan yang digalakkan dan di dalam Sunan Abu Dawud (*) menyebut bahawa Rasulullah telah menjadikan berpuasa di bulan-bulan Haram adalah amalan terpuji, maka bulan Rejab yang merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram, berpuasa di bulannya turut digalakkan. Wallahu alam.”

[Imam Nawawi, Sharh Sahih Muslim Kitab 13 Bab 34 #179]

(*) Di dalam Sunan Abu Dawud pada Kitab al-Siyam, pada Bab “Berpuasa di bulan-bulan Haram”, juga di dalam Ibn Majah dan Ahmad, di mana hadith seorang lelaki yang mengulangi kata-katanya kepada Rasulullah : "Aku boleh menanggung lebih dari itu," dan Rasulullah akhirnya bersabda:

"Berpuasalah di bulan-bulan Haram."

Ianya juga sabit bahawa Ibn `Umar berpuasa di bulan-bulan Haram. [lihat Musannaf `Abd al-Razzaq 4:293, Musannaf Ibn Abi Shayba 1:125]



[2] Abdullah, seorang hamba yang dibebaskan oleh Asma’, anak perempuan kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq, merupakan bapa saudara kepada anak ‘Ata melaporkan bahawa "Asma' telah mengutusku kepada Abdullah ibn `Umar dan berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa kau mengharamkan tiga perkara: jubah berjalur, kain pelana diperbuat dari sutera merah dan berpuasa penuh di bulan Rejab.” Abdullah menjawab: "Adapun berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, bagaimana pula kiranya seseorang itu berpuasa sepanjang waktu? Adapun berhubung dengan pakaian berjalur, aku mendengar `Umar ibn al-Khattab berkara bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian diperbuat dari sutera, tiada baginya saham buatnya di Hari Akhirat kelak." Dan aku khuatir jalur juga termasuk sebahagian darinya.

Adapun berhubung dengan kain pelana merah, nah! ini adalah kain pelana Abdullah dan ianya adalah merah. Aku kembali kepada Asma’ dan memaklumkan kepada beliau, lalu beliau berkata: "Nah! Ini adalah jubah Rasulullah ," dan beliau keluarkan dan tunjukkan kepadaku jubah yang diperbuat dari kain Parsi dengan dihiasi dari jalur-jalur sutera, dengan bahagian hujung tangan jubah itu juga dihiasi sutera dan berkata: "Ini adalah jubah Rasululah bersama `A'ishah sehingga beliau (Aishah) meninggal dunia, kemudiannya aku memilikinya. Rasulullah pernah memakainya dan kami membasuhnya kepada orang sakit supaya mereka dapat disembuhkan dengan sebabnya."

[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Libas]

Imam Nawawi seterusnya berkata: "`Jawapan Ibn Umar di atas berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab itu adalah merupakan penafian beliau terhadap apa yang didengari oleh Asma’ kononnya beliau mengharamkannya, dan penegasan beliau bahawa beliau berpuasa penuh di bulan Rejab dan juga berpuasa sepanjang waktu, kecuali pada Hari Raya dan Tashriq. Ini adalah mazhab beliau dan mazhab bapanya, Saidina`Umar ibn al-Khattab, `A'isyah, Abu Talhah, dan lain-lain di kalangan Salaf, begitu juga Imam Shafi`e dan lain-lain. Pendirian mereka ialah puasa secara berterusan itu bukan sesuatu yang makruh.

[Pandangan lain Ibn ‘Umar melalui hadith diriwayatkan Ahmad di dalam kitabnya "al-Mughni" 3:167, di mana beliau tidak menggalakkan berpuasa sepenuhnya di bulan Rejab, tetapi berkata:
“Berpuasalah sebahagiannya, dan berbukalah sebahagiannya.”]

* * * * *
Imam Nawawi seterusnya menambah: "Hadith ini adalah dalil bahawa digalakkan mengambil berkat dari barang peninggalan dan pakaian para solehin. (wa fi hadha al-hadith dalil `ala istihbab al-tabarruk bi āthār al-salihīn wa thiyābihim)."
[Sharh sahih Muslim Kitab 37 Bab 2 #10]

[3] Bayhaqi meriwayatkan dalam Shu`ab al-iman (#3802):
Abu Abdallah al-Hafiz dan Abu Muhammad ibn Abi Hamid al-Muqri telah berkata:
dari Abu al-`Abbas al-Asamm,
dari Ibrahim ibn Sulayman al-Barlisi,
dari Abdallah ibn Yusuf,
dari`Amer ibn Shibl,
yang berkata: "Aku mendengar Abu Qilabah berkata:
"Di sana ada suatu tempat di Syurga untuk mereka yang berpuasa di bulan Rejab.”

Imam Bayhaqi seterusnya menambah: "Walaupun ianya mawquf setakat Abu Qilabah (tidak sampai kepada Rasulullah), yang merupakan salah seorang Tabi’in, dia sesungguhnyya tidak mengucapkan sedemikian itu melainkan pernah mendengarnya dari orang yang pernah mendengar orang yang diturunkan kepadanya wahyu (iaitu Rasulullah ), dan kejayaan itu adalah dari Allah jua."


Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah , kaum keluarga Baginda dan para Sahabat Baginda.

GF Haddad ©

-Siap diterjemahkan dengan izin Sheikh Gibril Fuoad Haddad oleh Abu Afaf pada hari ini, 27/07/2006, bersamaan 2 Rejab 1427 di Edinburgh, Scotland-


Sumber asal: http://www.mindamadani.my/content/view/164/4/


Anas bin Malik radiyallahuanhu berkata apabila tiba bulan Rejab, Baginda Sollallahualaihiwasallam berdoa,
اللهم بارِكْ لنا في رجب وشعبان وبَلِّغْـنا رمضان
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan."

Walaupun sanad hadith ini dhaif tetapi kebanyakan ulama mengatakan harus dan sunat beramal dengan hadith dhaif selagi mana tidak maudhu' atau terlalu teruk kedhaifannya.
Read More......

Friday, June 19, 2009

Apabila Allah Terus Berbicara

Semalam, madah Histology tamat bersama dengan ujian shafawinya. Maka kami masih berbaki 2 madah lagi. Iaitu yang terdekat Anatomy selepas itu Biochemistry.Mohon doa sahabat-sahabat untuk kejayaan kami. Naqib kami, Ust. Ahmad Fahmi sudah berjaya menamatkan peperiksaan beliau semalan, dan saya yakin bahawa beliau melakukannya dengan baik.

Selama menerawang di alam siber, hingga menemukan saya dengan penemuan terbaru para saintis dengan hasil eksplorasi mereka. Di sini




























Benarlah kata Allah dalam warkah cinta kepada hambaNya.

الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً مَّا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِن تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِن فُطُورٍ

ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِأً وَهُوَ حَسِيرٌ

Maksudnya : 3. Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali- kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

4. Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah. (Surah Al-Mulk)




Seperti mana hebatnya langit maka,se-gah itu jugalah bumi. Selama bertahun-tahun manusia hidup di muka bumi Allah ini, belum pernah bumi berhenti membuat kejutan kepada mereka yang menghuninya. Saban tahun ada saja penemuan-penemuan terbaru yang dijumpai dari alam rahsia yang tersimpan di muka dan perutnya. Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.


SYUKUR
Setelah kita melihat segala keagungan dan kehebatan Allah maka sewajibnya kita bersyukur. Teringin saya memetik dari kitab Penawar Bagi Hati yang dinukilkan oleh Sheikh Abdul Qadir al-Mandili berkenaan syukur.

Syukur itu memalingkan oleh hamba akan segala barang yang memberi nikmat Allah taala dengan dia atasnya daripada pendengar,penglihat,kaki ,tangan dan lainnya kepada barang yang dijadikan kerananya.

Bermaksud, syukur itu kita menggunakan anggota yang dijadikan Allah pada jalannya atau pada matlamat kejadiannya.

Pada hakikatnya, kedudukan peringkat syukur ini lebih tinggi dari peringkat sabar,zuhud dan khauf(takut). Sesungguhnya sifat-sifat tersebut hanya kita amalkan di dunia sahaja. Berbeza dengan sifat syukur. Syukur tidak putus setelah putusnya dunia. Sifat syukur berterusan diamalkan hingga ke dalam syurga. Firman Allah s.w.t dalam Surah Yunus ayat 10 :

وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya : Dan kesudahan doa bagi ahli syurga itu," Segala puji tertentu bagi Allah yang menjadikan sekalian alam.


Dan syukur itu setinggi-tinggi peringkat, tidak ramai yang sampai ke peringkat ini.

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

Maksudnya : Sedikit dari sekalian hambaku yang bersyukur. (Surah Saba' ayat 13)



Amat indah apabila pada setiap berakhirnya amalan kita,tidak jemu untuk bersyukur atas nikmat dikurniakan rasa syukur..Wallahualam

(Jazakallah kepada Tuan Guru Safuan atas pengajaran kitab Penawar Bagi Hati)

Specially brought by Dzuu Haniin
Read More......

Saturday, June 13, 2009

Ulang tahun Kelahiran Dr. Abd Malik Sufri


Pihak usramedic ingin mengucapkan selamat panjang umur, selamat bagus amalan dan selamat murah rezeki kepada Doktor Abdul Malek Sufri b. Zaid. Beliau merupakan Ketua Usrah Medic bagi sesi ini. Pada hari ini, 13 Jun 2009 genaplah umur beliau 19 tahun. Tarikh lahir beliau ialah pada 13 Jun 1990. Suasana di Hospital Besar Kuala Terengganu tentu ceria pada hari itu memandangkan lahirnya seorang tokoh ummat :)


Mudah-mudahan pertambahan usia beliau menambahkan lagi kematangan beliau. Kami juga mendoakan cita-cita beliau untuk menjadi seorang ustaz dan doktor pakar tercapai. Khidmat untuk ummah!




Marilah sama-sama kita hayati sebuah Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam,

' خير الناس من طال عمره وحسن عمله '

Maksudnya, "Sebaik-baik manusia ialah yg panjang umurnya dan baik amalannya..." Hadith Riwayat Tirmizi.


p/s: Kami sedia menerima pelawaan anda untuk menjemput kami makan pada bila-bila masa sahaja :) Read More......

Thursday, June 11, 2009

Tujuh Golongan....

     Bersyukur kepada Allah s.w.t karena dengan limpah kurniaNya, dapat lagi kita meneruskan kehidupan yang penuh dengan dugaan samada dari segi jasmani mahupun rohani. Dan dengan sifat ar Rahman dan ar RahimNya, kita dapat lagi menggunakan nikmat-nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada hambanya yang tidak terkira banyaknya dengan secara percuma.

     Jutaan terima kasih diucapkan kepada naqib usrah kami yang berwibawa, Ust. Ahmad Fahmi bin Che Nordin, sahabat –sahabat usrah yang seangkatan dengan saya, Abdul Malek Sufri bin Zaid (ketua), Che Muhammad Nur Anas bin Che Kadir (penolong), Mohd Zulkhairi bin Mohd Sulaiman (s/u sulit l), Mohd Fahami bin Ariffin (s/u sulit ll), dan Khairul Najmi Ashraf bin Mohd Azmin (bendahari) karena telah memberi sedikit ruangan di dalam blog ini untuk saya menyebarkan sedikit ilmu yang diberikan oleh Allah s.w.t. Moga-moga ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua orang. Tidak dilupakan juga kepada blogger-blogger jemputan yang telah bertungkus-lumus untuk memenuhkan ruangan blog ini.

      Jadi, sebagai permulaan kepada saya sebagai blogger, saya ingin membentangkan sebuah hadis Rasullullah s.a.w  yang bermaksud:-

 

 " Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."

 

Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

 

      Melalui hadis ini, dapatlah kita tahu bahawa terdapat tujuh golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah s.w.t. Antaranya:-
 
a)
Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Apabila seseorang itu dilantik sebagai seorang pemimpin, sebelah kakinya berada di dalam syurga manakala sebelah lagi berada di dalam neraka. Perupamaan ini memberi kepada kita betapa besarnya tanggungjawab seorang pemimpin. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.


b)
Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannyaIni kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.


c)
Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah s.w.t dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi. Selain itu, ada sebuah hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud di antara orang yang paling Rasulullah suka ialah pemuda yang selalu berulang-alik dari masjid.    

 

d) Dua orang yang sayang kerana berkasih Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah s.w.t. agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya. Insyaallah. Oleh itu, kita jalinkanlah persaudaraan sesama kita atas dasar ukhwah islamiyyah yang diredhai Allah s.w.t.


e)
Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!"
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya. Jika hal ini berlaku kepada kita, apakah kita mampu menangkis dugaan yang sebegini rupa. Na’uzubillahi min zaalik.


f)
Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu. Dan juga sesungguhnya, perasaan riya’ ini dapat menjadi penghalang kepada segala amalan kita untuk melepasi tujuh lapisan langit yang setiap satunya dikawal oleh malaikat yang berbeza untuk dibawa bertemu dengan Allah s.w.t.


g)
Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat- Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan. Namun begitu, ada juga sesetengah daripada masyarakat lebih rela menitiskan air mata mereka ketika menonton drama-drama yang boleh dikatagorikan sebagai jiwang berbanding ketika mengingati Allah s.w.t.

 

      Untuk itu, marilah kita renung kembali adakah kita ini tergolong dalam tujuh golongan manusia ini pada hari akhirat kelak. Apakah amalan yang kita lakukan selama ini melayakkan kita berada diantara tujuh golongan manusia ini. Moga-moga kita sama-sama dapat mengambil manfaat daripada hadis ini walaupun sedikit sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:-

“Apa yang kamu tidak boleh lakukan semuanya, jangan kamu tinggalkan semuanya “

                                           

Wallahua’lam….

Read More......

Tuesday, June 2, 2009

Rokok tanpa asap dan Gambar Kempen Anti Rokok serata dunia

Rokok tanpa asap?

This electronic cigarettes are unapproved by the government and virtually unstudied has not deterred thousands of smokers from flocking to mall kiosks and the Internet to buy them. And because they produce no smoke, they can be used in workplaces, restaurants and airports. One distributor is aptly named Smoking Everywhere. Source: http://www.nytimes.com

Para mufti kena jawab ni... hukum, hukum.


Gambar- gambar kempen anti rokok:


Fahami betul-betul.


Kalau cucuh api mesti best ni! Booommm!!!
Smoke Is Poison Advertisement: 12 meter long chemical tanker that looks like a giant cigarette was used by Cancer Research UK to highlight the toxic smoke in cigarettes


Jangan jadi macam saya...



Stop Smoking Bus Advertisement: “Ready to quit?





Kalau letak di bus stop, nescaya penuhlah ia dalam tempoh kurang daripada 1 minit.
Bus stop anti-smoking campaign



“What we see when you smoke”






This one from the Cancer Patient Aid Association was put on the roofs of outdoor smoking areas



Anti-smoking promotion for ‘World No Tobacco Day’ found at coffee shops in Dubai, where people come to smoke



Fight Smoking“: an ad campaign throughout the gyms



Budak-budak kalau hisap rokok, tangan dia jadi besar ke? huhu.
Second hand smoke in the home hospitalises 17,000 UK children a year” (the campaign for Roy Castle Lung Cancer Foundation, the UK medical research charity dedicated to dedicated to defeating lung cancer)


Another campaign for Roy Castle Lung Cancer Foundation: Deathbed



Petua untuk kelihatan tua.
“Smoking causes premature ageing”


“There is an easier way of committing suicide: try smoking”

Source: http://www.dirjournal.com





Berhenti merokok. Sekian, terima kasih!

Read More......

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).