Saturday, October 3, 2009
Doa Rabitah (دعاء الرابطة)
Ketika ujian dan bala menimpa bertubi-tubi, musuh-musuh pula menyerang tanpa henti, namun hati-hati pejuang Islam akan terus tabah menghadapi. Ya Allah, dengan hati yang penuh pengharapan, kami menadah tangan, bermunajat kepadaMu, memohon segala kebaikan dan manfaat dan menolak segala kejahatan mudarat. Kurniakanlah hidayah petunjukMu kepada kami.
Ya Allah, biarlah kami tumbang menyembah bumi, asalkan Islam tertegak tinggi. Kurniakanlah kami kekuatan. Tiada kekuatan melainkan kekuatanmu. Ayuh, kita sama-sama membaca Doa Rabitah!
Ya Allah, biarlah kami tumbang menyembah bumi, asalkan Islam tertegak tinggi. Kurniakanlah kami kekuatan. Tiada kekuatan melainkan kekuatanmu. Ayuh, kita sama-sama membaca Doa Rabitah!
اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ
وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ
إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ
اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Terjemahan:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu,
bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar,
serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu.
(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah doa kami..."
Amiinnn...
bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar,
serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu.
(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah doa kami..."
Amiinnn...
Bacaan Doa Rabitah oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haniyeh hafizahullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ameen Ya Rabb..moga Allah permudahkan urusan antum di sana.. 'Wahai org2 yg beriman...bersabarlah & kuatkan kesabaranmu..' (Surah Ali-'Imran 3 : 200)
Lidah Nik Aziz Bercabang 10
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
Kalau setakat nk berhujjah dengan Berita Hairan n Utusan Meloya, baik x yah. TV3 ke, TV1 ke.. sama belake. TG Nik Aziz bercakap 1 jam dia ambik 30 saat je. Kadang2 tnjuk video je suara x de. Fikir pakai kepala lutut gini la jadinya.
Kalau berani, ambik la sumber dari Harakah ke TV PAS ke... baru la adil. Apa la lu!
Ada lagi makhluk melayu yg sokong UMNO. Ish, pemikiran kuno betul hang ni. Buat malu je.Sekarang ramai dah orang kenal UMNO. Korup, rasuah no.1. Hang ni minda kelas ke-10 pa?
Kalau x nak sokong PAS, x pe lagi.Tapi jangan duk sokong UMNO. Nampak sangat bodohnya. Maaf, kasar sikit sebab lu pun kasar dgn TG Nik Aziz.
Lu jmpa la sama TG Nik Aziz kiamat kelak. Lu jawab la ye. Jaga2, daging ulama beracun!
x payah la nk buruk2 kan TG Nik Aziz.. aku tmpor kang !!
sedar sikit kita 2 xde ilmu..
Berhujjah pakai nas utusan meloya dan berita hairan je........ Ish..ish..ish dahsyat.
Post a Comment