Sunday, May 17, 2009
Warkah Buat Diri Yang Mengaku Hamba
Bismillahirahmanirrahim….
Dibawah naungan kekuasan-Mu yang menguasai timur dan barat. Segalanya telah berada dalam gengaman Tuhan Yang Maha Esa. Seringkali makhluk ciptaan-Mu ini menyampaikan amalan yang kurang enak untuk di hadapkan pada-Mu wahai Tuhan Yang Maha Esa. Kami tahu akan paksi kami pada kalimah “Tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Mu Ya Allah”, telah kami tenggelamkan kalimah ini di dasar hati agar lemas kami dalam lautan dunia, mampu kami bernafas di dasarnya dengan kalimah ini. Namun, sejauh kami tenggelam dalam dunia ini, mata kami masih lagi kabur dalam mencari kalimah ini pada dasarnya….janganlah engkau matikan kami sebelum sempat kami mampu berpaut dengan kalimah ini sejazamnya pada hati kami Ya Allah. Tiadalah indah penghidupan kami di sana tanpa beriman pada Mu Ya Allah.
Wahai Tuhanku… hamba yang hina masih mengharap pada Mu.
Engkau telah mengukirkan dalam Al-Furqan bahawa sesungguhnya…Tanpa kami sempat berfikir bahawa dunia ini adalah tempat yang sementara. Engkau datangkan ayat menerangkan pada kami…
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dibawah naungan kekuasan-Mu yang menguasai timur dan barat. Segalanya telah berada dalam gengaman Tuhan Yang Maha Esa. Seringkali makhluk ciptaan-Mu ini menyampaikan amalan yang kurang enak untuk di hadapkan pada-Mu wahai Tuhan Yang Maha Esa. Kami tahu akan paksi kami pada kalimah “Tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Mu Ya Allah”, telah kami tenggelamkan kalimah ini di dasar hati agar lemas kami dalam lautan dunia, mampu kami bernafas di dasarnya dengan kalimah ini. Namun, sejauh kami tenggelam dalam dunia ini, mata kami masih lagi kabur dalam mencari kalimah ini pada dasarnya….janganlah engkau matikan kami sebelum sempat kami mampu berpaut dengan kalimah ini sejazamnya pada hati kami Ya Allah. Tiadalah indah penghidupan kami di sana tanpa beriman pada Mu Ya Allah.
Wahai Tuhanku… hamba yang hina masih mengharap pada Mu.
Engkau telah mengukirkan dalam Al-Furqan bahawa sesungguhnya…
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga, mereka kekal selamanya di dalamnya”. Al-Baqarah, ayat 82.
“Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." Al-Hadid, ayat 20.Namun, seringkali kami ingin keluar dari lingkaran yang menyempitkan diri ini, kekadang menyebabkan kami terasa terlalu sukar kerana pautan nafsu pada dunia seolah-olah enggan berenggang dengannya. Sehinggakan kami terasa bagaikan keseorangan dalam perlawanan dengan hawa nafsu, sedangkan kami dibekalkan iman di hati ini. Hinggalah kami akur bahawa kehidupan yang kami lalui ini takkan sunyi dari tarikan hawa nafsu pada dunia, saat kami terasa lemah lingkaran iman terus menyentak menyedarkan kami hakikat kehidupan yang abadi. Maka, wahai Tuhan Yang Maha Esa, janganlah Engkau biarkan kami lemah dalam melawan hawa nafsu dunia, jangan biarkan kami terus hanyut dalam tipu daya syaitan yang selalu menjanjikan kesenangan yang sementara. Oleh itu, bantulah kami dalam memalingkan nafsu kami ke arah keredhaanMu..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dalam kami membaca ayat suci-Mu, tidak kami terlepas memahami akan hakikat kejahatan Syaitan yang selalu memalingkan kami dari mengadap ke arah-Mu, sehinggalah Engkau menyatakan pendirian seorang mukmin terhadap kerjasama dengan syaitan melalui ayat suci-Mu yang agung ini…
“Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” Al-Baqarah, ayat 168.
Selamanya tidak dibenarkan melakukan kerjasama dengan makhluk tuhan yang bernama Syaitan, kerana matlamat mereka hanya untuk merungkaikan ikatan ketakwaan pada Ilahi, sehinggalah tenggelam di dalam ombak kederhakaan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Ya Allah, seringkali kami diuji dengan ujian yang begitu berat sehinggalah tanpa kami sedari mahkota ketakwaan yang kami julang telah tersungkur ke tanah tanpa kami sedari, kerana nafsu telah menutupi perasaan rasa bersalah terhadap perbuatan keji yang kami lakukan. Pengaduan kami hanyalah padaMu, kerana kami hambaMu dan Engkau adalah Tuhan kami. Janganlah biarkan kami tertipu dengan dunia khayalan kami sendiri yang tidak menjanjikan apa-apa yang pasti, maka ampunilah setiap kesalahan yang kami lakukan.
Ya Allah, dengan namaMU Yang Maha Agung, Engkau telah menjadikan kami daripada tiada. Tidak sesekali Engkau akan membiarkan kami terkapai-kapai dalam mengharungi kehidupan dunia ini, maka Engkau telah hadiahkan kami jalan hidup yang bernama Islam. Kami mulia kerana berdiri teguh di atasnya dan kami celaka jika membelakanginya, oleh itu Engkau tetapkanlah kami di atas jalan Islam.
Namun, Ya Allah, umat kini kian lusuh daripada memahami isi kandungan Islam. Islam yang dianuti hanya semata-mata atas dasar warisan daripada nenek moyangnya sehingga kebenaran dalam Islam tertutup dengan bongkah kejahilan dan kesesatan yang terus mekar di atas tanah kebatilan. Tika zaman jahiliyah bertapak di bumi Arab, Engkau telah bersihkannya dengan pengutusan Baginda Nabi Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam, kini Baginda sudah tiada namun pewarisnya takkan lenyap ditelan zaman. Maka Ya Allah, Engkau kuatkanlah pewaris para anbia’ agar Islam yang tulen terus menjadi agen pembersih ummah daripada kekejian dunia.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kami sering dalam kesedihan tika mengingati peristiwa ketika mana bertembungnya keinginan nafsu dan ugama, sering pakaian ugama dicabut semata-mata untuk memenangkan nafsu yang di bantu oleh Syaitan laknatullah. Kesesalan mula menghukum jiwa kerana mahkota taqwa dibuang semata-mata untuk menggantikan najis kemaksiatan kepada Ilahi. Takut kami pada azabMu datang menghukum setelah bercerai melakukan maksiat, sesungguhnya tiadalah diterima taubat jika terus melakukan kemaksiatan kepada Ilahi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan, Engkau takkan sesekali menyakiti diri kami tetapi kamilah yang selalu meyakiti diri kami sendiri, maka ampunilah kesalahan kami wahai Tuhan Yang Maha Pengampun.
“…Dan Allah tidak menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang yang selalu menganiayai diri mereka sendiri." An-Nahl, ayat 33.
Sebagaimana Engkau membekalkan kami hati, maka palingkanlah hati kami kepada ketaatanMu. Jangan biarkan hati kami terus keras membatu sehingga dibakar oleh api nerakaMu di negeri akhirat kelak. Maka padanya sesalan, tiada manfaat lagi buat kami kerana tiada dunia kedua buat manusia yang menyesal di akhirat nanti.
Wallahualam…
Posted by,
Ust Farezuan
Ust Farezuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment