Saturday, August 27, 2011
Ramadhan Yang Berbaki, Ubati Penyakit Hati
Posted on Saturday, August 27, 2011
|
No Comments
|
“ Sebahagian manusia -bilangan mereka kecil- tidak menyahut seruan agama walaupun pada bulan Ramadhan. Kita membaca Firman Allah Taala mengenai kewujudan syaitan dalam kalangan jin dan manusia. Sebahagian manusia -kita mohon dari Allah Taala selamat darinya- tetap tidak mampu untuk meninggalkan keburukan walaupun dalam keadaan syaitan telah dirantai. Syaitan diikat ataupun tidak, dia tetap berada dalam keadaan yang sama dalam akhlak yang tidak baik tanpa perubahan”
“ Betapa ramai dari orang yang berpenyakit hatinya walaupun berada dalam bulan Ramadhan, dia masih tidak mampu menghidupkan hatinya dengan kebaikan. Dia berada dalam bahaya. Dia mesti berusaha merawat dirinya dengan rawatan yang shahih”
“ Keadaan ini seumpama hadis Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam ketika Baginda Sollallahu’alaihiwasallam menaiki mimbar. Pada anak tangga yang pertama Nabi Sollallahu’alaihiwasallam menyebut: ‘amin’, begitulah pada anak tangga kedua dan ketiga. Lalu sahabat bertanya tentang perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam sebelum itu. Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam menerangkan bahawa Jibril ‘Alaihissalam datang kepadanya ketika dia menaiki mimbar. Antara yang disebut oleh Jibril; Celakalah, rugilah –dunia dan akhirat- sesiapa yang diberi kesempatan untuk bersama Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya. Malaikat Jibril berkata kepadaku:Katakanlah amin. Lalu aku pun mengucapkan: ‘amin’ “
“Maksud darinya: sesiapa yang berada pada bulan Ramadhan, tetapi dirinya masih tidak terdorong untuk melakukan kebaikan, wajib dia mengetahui bahawa dia sedang sakit. Dia perlulah berusaha untuk melaksanakan perintah Allah Taala sebelum dirinya terhalang dari taubat dan amal soleh”
[Petikan sebahagian muhasabah penting Dr Nouh Al-Qudhah: Jordan]
Subscribe to:
Posts (Atom)