Saturday, February 27, 2010
The miracle of brain
Otak(brain) merupakan salah satu organ yang amat penting kepada manusia dan juga satu nikmat besar yang dikurniakan oleh ALLAH SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Dengannya, pelbagai aktiviti mampu dilaksanakan dengan mudah dan lancar. Ia mempunyai kebolehan dalam menerima segala rangsangan(stimuli) pada tubuh manusia dan menganalisis maklumat yang diterima tersebut dengan mengarahkan tubuh badan bergerak mengikut situasi yang dikehendaki. Tetapi, otak perlu bekerjasama dengan sebahagian yang lain dalam menguruskan proses yang amat kompleks dan rumit ini.
Dalam Al-Quran , ALLAH SWT telah berfirman:
(Surah Al-Alaq: ayat 14-15)
“…(14)Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?(15)Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),(16)Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah…”
Jika diteliti semula, ayat ini mengkaitkan ubun-ubun dengan perbuatan dusta dan derhaka . Jadi, para saintis cuba mengeluarkan persoalan kenapa ALLAH SWT mengkaitkan dua perkara tersebut. Bagaimanakah ubun-ubun mampu mengubah tingkahlaku seseorang ? Apakah kaitan menipu dengan ubun-ubun?
Dari segi ilmu sains, otak mempunyai banyak kawasan (gambar) yang berbeza fungsinya antara satu sama lain. Ada kawasan yang mengawal percakapan, pergerakan otot, penglihatan, pendengaran dan lain-lain lagi. Jadi, ubun-ubun yang dijelaskan dalam ayat al-quran merujuk bahagian hadapan tengkorak dan ia merujuk kepada prefrontal area. Kawasan ini merupakan sebahagian daripada limbic system iaitu sistem yang menguruskan emosi, jangkaan, memori dan perangai seseorang. Prefrontal area berperanan dalam mengekspresskan emosi dan mampu menjangka akibat perbuatan yang dilakukan. Ia juga dikatakan pusat aggresif dalam otak.
Oleh itu, kawasan ini mampu mengawal seseorang samada ingin menipu atau menerangkan perkara yang benar. Subhanallah…. penemuan fungsi prefrontal area ini baru sahaja dibuktikan oleh para saintis sekitar 70 tahun yang lalu mengikut Prof. Keith L. Moore tetapi telah diterangkan al-quran yang memakan ribuan tahun lalu. Keagungan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW tidak mampu dipertikai lagi bahkan memang tidak ada sebarang kecacatan pada Al- Quran. Jadi, amallah apa yang terkandung dalam al-quran yang tiada sebarang keraguan lagi. Semoga al-quran yang selalu dibaca meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada ALLAH SWT. Wallahu alam.
Disediakan oleh,
amgad's student
Read More......
Subscribe to:
Posts (Atom)