Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Sunday, October 18, 2009

Selamat kembali semua!

Selamat kembali diucapkan kepada semua ahli usramedic yg telah tiba di Mesir, Egypt, Ardul Kinanah, Bumi Anbiya yang juga Bumi Firaun, Perlembahan Nil, Ummu Dunya, Kota Seribu Menara. Kepelbagaian namanya sesuai dengan kepelbagaian ragam penduduknya. Di sinilah terletaknya, universiti tersohor di dunia. Maka, para ulama dan auliya memenuhi bumi Mesir ini. Tidak lupa juga penduduk-penduduknya yg nakal dan kelakar. Hanya yg pernah ke Mesir sahaja yg tahu hakikat sebuah kehidupan di sini.

Selamat kembali ke sini. Allah telah memilih anda ke mari. Anda pasukan terpilih. Jangan sia-siakan kesempatan ini. Adik-adikku, di sini bumi ilmu juga bumi tarbiyah. Jika sabar dengan 1001 kerenah Mesir, insya Allah anda hanya perlu beberapa anak tangga lagi untuk mencapai makam kewalian. Tak percaya?!

Kesinambungan Kembara Matruh Siwa ialah Kembara Sekayu. Jazakumullah, Ustaz Nasir, Ustaz Koji dan Ustaz Faisal selaku pembimbing. Jazakumullah kepada ahli-ahli yg menyumbangkan wang, makanan, kenderaan dan tenaga. Tunggu ganjaran anda di syurga!

Alhamdulillah, ada yg telah selesai puasa 6. Selamat raya. Ada yg belum. Cepat-cepat habiskan puasa. Selamat Raya. Maaf zahir batin. Syawal berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Saya masih kebal beraya di perantauan. Rindu dan sayu tersembunyi di sebalik senyuman. Dalam hati, hanya Allah yg tahu. Oh...

Cukuplah gambar cincin sebagai pengganti gambar saya...

Anas sudah meninggalkan kita dan berpindah ke bulatan baru. Dia sudah naik maqam. Tolong-tolonglah dia. "Orang yg menunjuk ke arah kebaikan umpama orang yg melakukannya...", begitu sabda Baginda Sollallahualaihiwasallam. Raya kali ini, Anas kesepian beraya di perantauan. Kawan-kawan usramedic semua beraya di tanah air.

Anas hanya makan biskut dan snek di pagi raya... sedihnya...

Malik masih kekal dengan penampilan lamanya. Cool dan bersahaja. Dia punya misi penting. Misi yg dibincangkan bersama pembimbing mulia usramedic, Ustaz Safuan hafizahullah.

Malik yang cool...

Mesej yg dihantar oleh Ustaz Safuan menyatakan sedikit sebanyak tentang peperangannya dengan syaitan-syaitan di Dungun. Konsert mahu dianjurkan. Maklumlah, Dungun sudah naik taraf. Taraf maksiat juga melonjak naik.

Bilakah Ustaz Safuan akan buat nasi minyak?

Zuket pula memang rajin orangnya. Baru sahaja tiba di Mesir, terus melangkah ke kuliah bersama Anas. Cabaran pertama untuk Zuket, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yg membosankan. Sabar, sabar... Sabar itu separuh dari iman. Di sebalik kepahitan itu tersirat kemanisan.

Zuket yang rajin :)

Fami pula terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Alhamdulillah, tiada cedera berat. Berjaya juga sampai ke bumi Mesir, bumi berkat. Allah mahu Fahami terus belajar untuk berkhidmat. Berkhidmat untuk umat.

Fami yg sihat walafiat...

Najmi pula diuji dengan peminum arak tegar. Pesawat pun satu hal. Jangan disediakan arak, harammm! Pakar bedah ini minum 7 tin tiger beer dan 2 gelas wine. Bau mulut mengalahkan longkang. Salam yg berada di sebelahnya lebih-lebih lagi tertekan. Alangkah indahnya jika ada pesawat yg diurus mengikut tatacara Islam 100%. Sediakan tempat solat, pramugarinya menutup aurat...

Najmi, jangan jadi macam pakar bedah dalam pesawat tu!

Hashim pula kelihatannya semakin mengembang. Insya Allah minda turut sama berkembang. Tak mengapa jika ayah masih tak izin untuk memandu kereta. Dia sayang kamu. Sampai masa nanti, memandulah sepuas-puasnya. Memandulah ke arah kebenaran.

Hashim yg 'bola'

Pengalaman hidup di celah-celah Kota Kaherah yg penuh sesak merupakan kenangan dan pengalaman yg tidak akan dilupakan. Antara nasihat yg perlu diulang-ulang ialah sentiasa memperbaharui niat dan sentiasa menjaga hati. Musim sejuk bakal menjelma. Hati-hati, jangan hingga tertewas dengan Saratoga. Penangannya sungguh berbisa. Solat berjemaah harus dijaga. Al-Quran mesti menjadi teman setia. Majlis ilmu perlu dihadiri sentiasa.

Jika tahun lepas ialah tahun pengenalan, maka cuba jadikan tahun ini tahun pemerkasaan. Ikhlaskan niat, tambahkan ilmu, tingkatkan iman, banyakkan doa, curahkan bakti, luaskan dakwah. Jadilah seperti pohon yg berbuah. Dilontar batu, dibalasnya buah. Masa depan ialah milik Islam. Renungkan. Jika kita pentingkan masa depan kita, maka ingatlah sesungguhnya masa depan Islam lebih wajib untuk kita pentingkan.


p/s: Hampir semua gambar dicuri dari Zuket. Kameranya power!


-al-aman-
Ardul Kinanah 1430 H

Read More......

Saturday, October 3, 2009

Doa Rabitah (دعاء الرابطة)




Ketika ujian dan bala menimpa bertubi-tubi, musuh-musuh pula menyerang tanpa henti, namun hati-hati pejuang Islam akan terus tabah menghadapi. Ya Allah, dengan hati yang penuh pengharapan, kami menadah tangan, bermunajat kepadaMu, memohon segala kebaikan dan manfaat dan menolak segala kejahatan mudarat. Kurniakanlah hidayah petunjukMu kepada kami.

Ya Allah, biarlah kami tumbang menyembah bumi, asalkan Islam tertegak tinggi. Kurniakanlah kami kekuatan. Tiada kekuatan melainkan kekuatanmu. Ayuh, kita sama-sama membaca Doa Rabitah!

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ

وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ

وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا

وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا

وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ

وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ

اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ



Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu,

bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu,

hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar,

serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap,

lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu,

hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu.

(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah doa kami..."

Amiinnn...


Bacaan Doa Rabitah oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haniyeh hafizahullah
Read More......

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).