Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Saturday, August 15, 2009

Catatan Hari Jumaat; 23 Sya’aban 1430H

Masjid al-Azhar as-Syarif

Ayat pertama yang dibacakan oleh Imam dan Khatib Masjid al-Azhar as-Syarif dalam khutbah Jumaatnya kelmarin; “ ……dan agar Aku menyempurnakan nikmatKu ke atas kamu dan mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk” [al-Baqarah:150]. Minggu lepas, Syeikh menghuraikan ayat di awal juzu’ yang kedua berkaitan peristiwa ‘Tahwilul Qiblah’. Huraian terperinci mengikut susunan ayat bermula dari ayat ke 142 sehingga berakhir ayat yang ke 146 dari Surah al-Baqarah. Kali ini, huraian diteruskan dengan ayat ke 150 di atas.

Kemudian, Syeikh meneruskan khutbahnya; “ Aku melihat yang dimaksudkan dengan nikmat Allah Taala dalam ayat ini adalah nikmat Kiblat yang satu.

Sya’ban menyaksikan peristiwa penting dalam kalendar Islam iaitu peristiwa ‘Tahwilul Qiblah’. Permulaan juzu’ yang kedua dari al-Quran menceritakan peristiwa menarik ini selepas penghujung juzu’ pertama, Allah Taala menceritakan kisah berkaitan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ‘Alaihissalam yang meletakkan asas-asas pembinaan Baitullahil Haram. Dua peristiwa yang berlaku pada selang masa yang agak panjang tetapi mempunyai kaitan yang sangat erat antara keduanya.

Firman Allah Taala: “ ……dan agar Aku menyempurnakan nikmatKu ke atas kamu dan mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk. Sebagaimana Kami mengutuskan bagimu seorang Rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Kitab dan Hikmah serta mengajarkan kepadamu apa yang tidak kamu ketahui” [al-Baqarah: 150-151]

Sebagai perkenan Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam ketika Baginda mengasaskan pembinaan Baitullah;

“ Dan ingatlah ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): Wahai Tuhan kami, terimalah dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tuduk patuh,menyerah diri kepadamu dan dari kalangan zuriat kami umat yang tunduk patuh dan menyerah diri kepadamu dan tunjuklah bagi kami cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhan Kami utuskanlah bagi mereka seorang Rasul dalam kalangan mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, mengajarkan mereka kitab (al-Quran) dan al-Hikmah ( as-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mah Perkasa Lagi Maha Bijaksana” [al-Baqarah: 127-129]

Nikmat seluruh umat Islam mengadap kiblat yang satu diumpamakan oleh Allah Taala seperti nikmat pengutusan Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam untuk alam seluruhnya. Dibangkitkan dengan limpahan cahaya rahmat. Mengajak manusia bersatu untuk mentauhidkan Allah Taala Yang Esa. Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam adalah lambang kesatuan yang diredhai olehNya.

Firman Allah Taala:
“ Kami telah melihat wajahmu berpaling ke langit. Maka sesungguhnya kami akan palingkan kamu ke arah kiblat yang kamu redhai. Maka, palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada palingkanlah wajahmu ke arahnya….”[al-Baqarah:144]


Hikmah Allah Taala menjadikan seluruh jasad umat Islam mengadap kiblat yang satu secara zahirnya dan hakikat sebenar darinya adalah hati mereka dihadapkan kepada Allah Taala yang satu. Tidak ada Tuhan yang layak diabdikan selainNya. Begitulah Allah Taala mengajar untuk hambaNya untuk menghayati konsep persaudaraan dalam Islam menerusi ibadah mereka.

Firman Allah Taala:

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara..” [al-Hujuraat: 10]

Lihatlah cara Allah Taala mengajar hambaNya bermunajat kepadaNya dalam ibadah menerusi bacaan fatihah yang menjadi rukun dalam solat;
“ Hanya kepadaMu kami mengabdikan diri dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus..”[al-Faatihah: 5-6]

Penggunaan lafaz kami menimbulkan satu perasaan bahawa seluruh umat Islam yang mengabdikan diri kepada Allah Taala yang Esa, mengadap kiblat yang satu merupakan umat yang satu dan saling bersaudara. Mereka diajar untuk bersikap tawadhu’ dan rendah diri antara satu sama lain. Tidak ada yang membezakan melainkan dengan taqwa dalam keadaan tiada seorangpun yang mampu untuk mengetahui tahap ketakwaan masing-masing. Semuanya tersembunyi dalam ilmu Allah Taala.

Semangat ukhuwwah yang perlu dibina atas dasar iman dan takwa. Saling berkasih sayang sesama mu’min seumpama jasad yang satu. Tidak boleh dipisahkan antara mereka. Masalah yang menimpa adalah masalah bersama. Persaudaraan yang menjanjikan keredhaan Allah Taala apabila kasih sayang itu dibina dengan pertemuan dan perpisahan yang diasaskan semata-mata kerana Allah Taala.


Selamat berangkat pulang; selamat sampai; selamat mencurahkan khidmat di kampung halaman untuk sahabat seperjuangan juga seorang guru yang mengajar erti persudaraan Islam, Us Safwan bin Shamsuddin. Berangkat ke Mesir dengan satu penerbangan yang sama pada 3 Ramadhan 1428 yang lalu. Namun, kepulangan kali ini tidak mampu untuk bersama-sama. Perpisahan sementara di Bumi Mesir yang ditakdirkan oleh Allah Taala. Menahan sedih dan sebak ketika saling berpelukan di Lapangan Terbang, Kaherah malam tadi.

Pulangnya mutiara ilmu ke tanah air tercinta. Entah selepas ini, siapa yang mampu menjadi pengganti? Jasa dan pengorbanan yang tidak mampu dibalas, bahkan sangat-sangat perlu untuk dihargai. Tidak akan kedengaran lagi nasihat berharga menerusi kuliah selepas Isya’ yang disampaikan oleh beliau. Kalam-kalam nasihat dan pengajaran yang akan sentiasa dirindui. Guru yang berjaya melahirkan rasa tawadhu’ dengan ilmu yang ada di dada. Sehinggakan diri ini terasa hakikat sebagai insan kerdil yang sangat banyak kekurangan.

Kalam terakhir dari Us Safwan dalam majlis perpisahan malam tadi mengenai pertemuan dan perpisahan cukup penting untuk dihayati bersama. Beberapa cerita menarik mengenai pengalaman bersama pelajar perubatan yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Terasa diri semakin hina di sisi Ilahi. Saya sentiasa menegaskan samada melalui tulisan atau tazkirah lisan sebelum ini; tiada beza antara pelajar perubatan dan pengajian Islam. Ukhuwwah yang perlu terus dipupuk atas dasar keimanan. Semoga Allah Taala menyatukan kita dalam redhaNya di dunia dan menemukan kita dalam syurgaNya di Hari Akhirat, amin.

Cukuplah coretan ini terhenti di sini. Air mata saya sudah mula mengalir. Tidak tahan untuk menyembunyikan perasaan yang tersimpan di hati. Semoga ianya menjadi bukti persaudaraan ini dibina keranaMu, Ya Rahman.

[syukrinazar.blogspot.com]

1 comments:

al-aman said...

Selamat pulang sahabatku. Teruskan perjuangan...

Post a Comment

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).