Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Tuesday, July 28, 2009

Laporan Usrah Medic

1. Jaulah Usrah Medic KPT
2. Kepulangan ahli ke Malaysia
3. Keputusan peperiksaan


Jaulah Usrah Medic-KPT

Tarikh : 9-11 Julai 2009
Tempat : Matruh dan Siwa.

13 orang peserta Jaulah Usrah Medic KPT

Seramai 13 orang peserta menyertai jaulah ini. Bersama kami, Ustaz Ahmad Fahmi bin Che Nordin selaku naqib, Ustaz Mohd Safuan bin Shamsuddin; pembimbing dan Ustaz Nafizul dijemput khas sebagai Chef bagi jaulah kali ini. Beberapa rakan lain yg turut bersama kami kali ini ialah Dr. Ahmad Danial (Ain Shams), Dr. Ijlal Syamim (Ain Shams), Dr. Tengku Huzaifah (Ain Shams) dan Dr. Hazim (Mansoura). Jazakumullahu khairan jaza' bagi semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Pantai Ajiba yg membiru...

Selain aktiviti mandi-manda dan bersiar-siar melihat keindahan pemandangan ciptaan Tuhan, aktiviti yg bersifat spiritual diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, solat berjemaah 5 waktu terjaga. Doa menaiki kenderaan diamalkan sentiasa. Bacaan mathurat bergema di dalam van. Pengisian yg mengupas kandungan kitab 'Apa Erti Saya Menganut Islam' dibentangkan kepada peserta sekaligus menamatkan silibus usrah sesi ini.



Alunan Burdah juga sering berkumandang memuji makhluk yg paling mulia, Penghulu Sekalian Nabi, Saidina Muhammad Sollallahu alaihi wasallam. Peserta juga diingatkan supaya menghidupkan sunnah Nabi yg kini kian dilupakan umat iaitu solat sunat di atas kenderaan. Ketua rombongan sentiasa mengingatkan peserta bahawa diri KITA ketika BERMUSAFIR ialah diri KITA ketika BERMUKIM. Tiada beza. Allah yg disembah ketika bermukim itulah juga Allah yg disembah ketika bermusafir. Segala yg diamalkan di saat bermukim hendaklah diamalkan juga di saat bermusafir. Solat fardhu dan solat sunat mesti dijaga seperti biasa. Solat berjemaah harus diutamakan.




Kepulangan ke Tanah Air
Tarikh : 13 Julai 2009
Tempat : Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir

Sebagaimana yg tertera pada tarikh di atas, 5 orang ahli usrah medic telah pulang ke tanah air dan hanya meninggalkan seorang ahli di Mesir. Segala proses sepanjang berada di lapangan terbang berjalan lancar. Seorang ahli menitiskan air mata, mengenangkan saat perpisahan dengan kawan-kawan. Dengan izin dan lindungan Allah, mereka akhirnya selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu.

Dr. Malek selaku Ketua Usrah memohon nasihat dan pesanan untuk dilaksanakan sepanjang keberadaan di tanah air yg tercinta. Antara nasihat yg diberikan ialah pastikan kebersamaan ahli terjaga. Adakan jaulah dan ulangi segala yg telah diajar dalam jaulah yg lepas. Jaga solat jemaah dan sentiasa berkhidmat untuk Islam berdasarkan kemampuan yg dikurniakan.

Diharapkan agar semua ahli menggunakan masa dengan sebaiknya ketika berada di tanah air. Manfaatkan segala masa dan ruang yang ada dalam memenuhi tanggungjawab kita sebagai 'abdi.


Keputusan peperiksaan ahli

Dr. Zuket : Mumtaz!
Dr. Najmi : Mumtaz!
Dr. Malek : Jayyid Jiddan!
Dr. Fahami : Jayyid Jiddan!
Dr. Anas : Jayyid Jiddan!
Dr. Hashim : Jayyid Jiddan!

Release tension di musim exam dengan UNO!

Tahniah diucapkan kepada semua! Selamat naik ke Tahun Dua dan selamat menjadi senior! Tahniah juga kepada senior-senior dan semua rakan seperjuangan, Engku Fahmi, Ijlal, Akmal, Teng, Den dan lain-lain. Naqib dan Ust Safuan selaku tenaga pengajar amat berbangga dengan pencapaian kalian. Tingkatkan lagi prestasi dan mutu pembelajaran. Jadilah para doktor yg berkhidmat untuk kemuliaan Islam. Tanggungjawab dakwah terpikul di pundak semua.



Laporan disediakan oleh;
Dzuu Haniin (http://dzuuhaniin.blogspot.com)

Diedit oleh (--)
Al-aman (http://al-aman.blogspot.com)

Kenangan dan Pengalaman Silam, Motivasi Diri Di Masa Hadapan.

2 comments:

udin said...

sapo la yg nangis tuuu??? hehe.. jeng3... V(",)

al-aman said...

Hmmm... biarkan ianya misteri.. huhu

Post a Comment

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).