Usrah Medik Terengganu

www.usramedic.blogspot.com

- Melahirkan individu yg beriman dan beriltizam serta mempunyai kefahaman yg sebenar - Meningkatkan kefahaman Islam, peka dengan isu semasa dunia Islam - Mendidik perasaan agar bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya - Mendidik jiwa agar mempraktikkan akhlak Islam di dalam kehidupan seharian - Membina kemahiran bekerja dan keupayaan memimpin - Memperkukuhkan ukhuwwah dan memupuk kesepakatan serta kebersamaan dalam tindakan dan amalan.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu

www.infokpt.com

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT juga berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Yayasan Terengganu (YT)

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Mesir

www.perubatan.org (Bridging The Community)

PERUBATAN merupakan suatu persatuan yang bersifat non-partisan yang berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir pada tahun 2002, menjadi platform untuk menyatukan dan mengumpul tenaga pelajar yang menuntut pengajian sains kesihatan di bumi Mesir ini dan kini PERUBATAN telah berjaya ditubuhkan dengan harapan misi penyatuan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dicapai.

Thursday, June 11, 2009

Tujuh Golongan....

     Bersyukur kepada Allah s.w.t karena dengan limpah kurniaNya, dapat lagi kita meneruskan kehidupan yang penuh dengan dugaan samada dari segi jasmani mahupun rohani. Dan dengan sifat ar Rahman dan ar RahimNya, kita dapat lagi menggunakan nikmat-nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada hambanya yang tidak terkira banyaknya dengan secara percuma.

     Jutaan terima kasih diucapkan kepada naqib usrah kami yang berwibawa, Ust. Ahmad Fahmi bin Che Nordin, sahabat –sahabat usrah yang seangkatan dengan saya, Abdul Malek Sufri bin Zaid (ketua), Che Muhammad Nur Anas bin Che Kadir (penolong), Mohd Zulkhairi bin Mohd Sulaiman (s/u sulit l), Mohd Fahami bin Ariffin (s/u sulit ll), dan Khairul Najmi Ashraf bin Mohd Azmin (bendahari) karena telah memberi sedikit ruangan di dalam blog ini untuk saya menyebarkan sedikit ilmu yang diberikan oleh Allah s.w.t. Moga-moga ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua orang. Tidak dilupakan juga kepada blogger-blogger jemputan yang telah bertungkus-lumus untuk memenuhkan ruangan blog ini.

      Jadi, sebagai permulaan kepada saya sebagai blogger, saya ingin membentangkan sebuah hadis Rasullullah s.a.w  yang bermaksud:-

 

 " Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."

 

Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

 

      Melalui hadis ini, dapatlah kita tahu bahawa terdapat tujuh golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah s.w.t. Antaranya:-
 
a)
Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Apabila seseorang itu dilantik sebagai seorang pemimpin, sebelah kakinya berada di dalam syurga manakala sebelah lagi berada di dalam neraka. Perupamaan ini memberi kepada kita betapa besarnya tanggungjawab seorang pemimpin. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.


b)
Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannyaIni kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.


c)
Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah s.w.t dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi. Selain itu, ada sebuah hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud di antara orang yang paling Rasulullah suka ialah pemuda yang selalu berulang-alik dari masjid.    

 

d) Dua orang yang sayang kerana berkasih Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah s.w.t. agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya. Insyaallah. Oleh itu, kita jalinkanlah persaudaraan sesama kita atas dasar ukhwah islamiyyah yang diredhai Allah s.w.t.


e)
Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!"
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya. Jika hal ini berlaku kepada kita, apakah kita mampu menangkis dugaan yang sebegini rupa. Na’uzubillahi min zaalik.


f)
Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu. Dan juga sesungguhnya, perasaan riya’ ini dapat menjadi penghalang kepada segala amalan kita untuk melepasi tujuh lapisan langit yang setiap satunya dikawal oleh malaikat yang berbeza untuk dibawa bertemu dengan Allah s.w.t.


g)
Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat- Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan. Namun begitu, ada juga sesetengah daripada masyarakat lebih rela menitiskan air mata mereka ketika menonton drama-drama yang boleh dikatagorikan sebagai jiwang berbanding ketika mengingati Allah s.w.t.

 

      Untuk itu, marilah kita renung kembali adakah kita ini tergolong dalam tujuh golongan manusia ini pada hari akhirat kelak. Apakah amalan yang kita lakukan selama ini melayakkan kita berada diantara tujuh golongan manusia ini. Moga-moga kita sama-sama dapat mengambil manfaat daripada hadis ini walaupun sedikit sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:-

“Apa yang kamu tidak boleh lakukan semuanya, jangan kamu tinggalkan semuanya “

                                           

Wallahua’lam….

1 comments:

al-aman said...

Jazakumullah kepada Dr. Hashim. Semoga terus istiqamah dalam dunia dakwah melalui penulisan.

Post a Comment

Usrah Medic Terengganu is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).